Kali ini orang muda diberi peluang untuk membawa harapan BN di Kuala Besut. Semoga lebih ramai yang akan menyokong harapan Perdana Menteri YAB DS Najib Razak bersama Menteri Besar Terengganu YB DS Ahmad Said untuk memperjuangkan nasib rakyat Malaysia khususnya di Kuala Terengganu.
Pengumuman yang dibuat oleh YAB TS Muhyiddin semalam disambut dengan gembira dan penuh sokongan dari segenap penyokong BN. Semoga Tengku Zaihan akan membawa harapan Kuala Besut.
Tengku Zaihan calon BN bagi PRK DUN Kuala Besut
Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
TENGKU Zaihan Che Ku Abdul Rahman hari ini dipilih sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM
MUHYIDDIN Yassin memakaikan topi BN kepada Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang diumumkan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut di Dataran Kuala Besut hari ini. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM
KUALA BESUT 9 Julai - Bekas Jurutera Awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.
Pemilihan calon muda anak tempatan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran jentera UMNO dan pengumuman calon di sini petang ini.
Beliau berkata, bagi menunaikan tanggungawab yang menuntut kepada gerak kerja yang lebih kuat, Barisan Nasional (BN) mengetengahkan tokoh yang lebih muda untuk memacu masa depan rakyat dalam kawasan tersebut. - UTUSAN ONLINE
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!