Kononnya terdapat demonstrasi yang dianjurkan oleh pencacai SAMM yang dipimpin oleh Chegubard melalui orang Sarawak sendiri. Terdapat ancaman untuk memecahkan kepala Ketua Menteri Sarawak yang tidak mahu berundur?
Apa hak mereka untuk mendesak Ketua Menteri Sarawak untuk berundur? Lebih baik mereka menggesa Lim Kit Siang untuk berundur terlebih dahulu atau pun Karpal Singh yang sudah tidak mampu untuk berdikari atau berdiri atas kaki sendiri?
Ketua Menteri Sarawak jelas telah dipilih dan diundi sebulat suara oleh penduduk di Sarawak. Lihatlah ramainya rakyat Sarawak yang telah tampil di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak untuk membela dan menjaga keselamatan pemimpin mereka.
Kami Ahli-Ahli PARTI PBB SARAWAK menegaskan dengan lafaz keramat DEMI ALLAH, kami takkan membiar sesiapa saja penyangak politik rakus jalanan mengapa-apakan YAB PRESIDEN PARTI KAMI YANG KAMI SAYANGI . DATANGLAH KEPADA KAMI DULU LANGKAHLAH MAYAT KAMI DULU SEBELUM KAMU CUBA MENGAPA-APAKAN BELIAU.BELIAU ADALAH PEMIMPIN PILIHAN PARTI SECARA UNANIMOUS DAN MUTLAK,KETUA PARTI DIPILIH SECARA DEMOKRASI BERPELAMBAGAAN DENGAN MAJORITY YANG BESAR OLEH RAKYAT MENGIKUT UNDANG2 UNIVERSAL.SIAPA KAMU CHEGU BUTT OR BAD YANG NAK MENGAJAR ORANG PADAHAL KAMU SENDIRI TAK DAPAT MENGAJAR KETUA KAMU DALAM PKR YANG PENUH DENGAN SKANDAL LIWAT CHINA DOLL DLL DAN PERNAH MENIPU KAMU , KATA KAMU DALAM YOUTUBE. KAMU SENDIRI DITOLAK DENGAN MUTLAK OLEH PENGUNDI SG.ACHEH. AWAK NI NAMPAKNYA SEORANG PENYANGAK POLITIK JALANAN YANG TIDAK PATUT DIJADIKAN CONTOH OLEH SESIAPA. BAIK AWAK BERSARA DARI BUAT KECOH MURAHAN. WASSALAM.- disedut dari fb Dato Idris Buang-
Demonstrasi tidak jadi kenyataan
by Saibi Gi dan Mahathir Haroun. Posted on December 30, 2013, Monday
KAWALAN KESELAMATAN: Beberapa anggota polis berkawal di hadapan pintu masuk kediaman Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Pihak yang mendakwa akan adakan demonstrasi di hadapan kediaman Taib semalam tidak muncul
KUCHING: Pihak yang didakwa akan mengadakan demonstrasi di hadapan kediaman Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam tidak muncul, bagaimanapun polis kelihatan berkawal di lokasi mulai jam 2 petang.
Demonstrasi yang dikatakan cuba dirancang Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) nampaknya juga gagal menarik penyertaan penduduk tempatan.
Polis lengkap berpakaian seragam dan preman kelihatan berkawal di pintu masuk kediaman Ketua Menteri bagi memantau keadaan demonstrasi yang dikatakan ingin memaksa Taib meletak jawatan.
Pada masa sama polis turut mengadakan sekatan jalan raya di Jalan Demak di dua lokasi berhampiran kediaman Ketua Menteri dan memeriksa hampir semua kenderaan yang melalui jalan tersebut.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik membuat laporan polis sejak Jumaat lepas yang bertujuan membantah rancangan tersebut.
Antaranya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS), Pertubuhan Peradaban dan Warisan Melayu (ADAB) Sarawak, PEJASA serta beberapa persatuan bekas polis dan tentera.
Laporan polis dibuat selepas tersebarnya khabar mengatakan demonstrasi itu akan diadakan semalam menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dan Internet.
Malah pada petang semalam, Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) seakan-akan mengukuhkan khabar itu. Bagaimanapun Chegu Bard menafikan akan menganjurkan demonstrasi itu.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Idris Buang berkata beliau kesal dengan wujudnya rancangan pihak tersebut yang meminta Taib meletak jawatan. Menurutnya Taib telah dipilih menerusi proses demokrasi yang sah menerusi pilihan raya dan tidak wajar ada bantahan terhadap kedudukan beliau dalam kerajaan.
Pada sidang media di Ibu Pejabat PBB semalam beliau berkata kegagalan demonstrasi yang dirancang Chegu Bard menunjukkan rakyat Sarawak menolak budaya demonstrasi jalanan.
Rancangan seperti itu merupakan satu penghinaan kepada rakyat Sarawak yang memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir, ujarnya.
“Kami tidak akan membiarkan sesiapa sahaja termasuk penyangak politik mengapa-apakan Presiden PBB (Taib).
“Pemilihan Taib sebagai Ketua Menteri bukan secara tipu sebaliknya secara sebulat suara oleh pengundi,” katanya.
1 ulasan:
Lain kali biar dia buat dulu baru kita sakang dia..
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!