Belia tempatan digesa merebut peluang untuk mencebur dalam perlaksanaan lebuhraya Pan Borneo yang telah dilancarkan pembinaan pada hujung bulan Mac yang lepas.
Peluang seperti hanya terbuka kepada belia tempatan dari Sarawak sahaja. Ini untuk mmenggalakkan lebih ramai kontraktor dan usahawan dari kalangan belia Sarawak.
Semoga lebih ramai kontraktor baru akan muncul untuk menyumbangkan tenaga dalam pembinaan lebuhraya yang akan menjadi tulang belakang yang menghubungkan sistem pengangkutan dari bandar ke luar bandar.
Rebut peluang terbentang dalam Pan Borneo
Kementerian Kerja Raya perlu sokongan kontraktor berkeupayaan laksana projek Lebuh Raya Pan Borneo
Fadillah
MIRI: Kementerian Kerja Raya memerlukan sokongan kontraktor berkeupayaan untuk melaksanakan projek Lebuh Raya Pan Borneo.
Fasa pertama projek bernilai RM13 bilion itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan pembinaan jalan raya sepanjang 919 kilometer dari Tanjung Datu ke Merapok.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kementeriannya memerlukan lebih banyak kontraktor pakar jalan raya untuk Pan Borneo dengan menawarkan latihan-latihan melibatkan kerjasama Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI).
“Kerajaan memutuskan Pan Borneo dilaksanakan di bawah program ‘Public Private Partnership’ di mana sebahagian besar peruntukan dibiayai syarikat konsesi.
“Justeru, peluang Sarawak ialah dari Tanjung Datu hingga Merapok di Lawas dengan jumlah kos anggaran awal RM13.5 bilion.
“Kalau kita mendapat satu peratus (jumlah kontrak), jumlah itu sekurang-kurangnya lebih RM100 juta. Bayangkan satu peratus diagihkan kepada kontraktor Kelas F.
“Oleh itu, kita kena tingkatkan kemahiran dan keupayaan supaya dapat merebut peluang yang terbentang di depan mata,” katanya pada Majlis Makan Malam bersama ahli-ahli Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sempena Kejohanan Bola Sepak Piala Pusingan Ketua Pemuda PBB Sarawak di sini malam kelmarin.
Fadillah memberitahu, sebanyak 30,000 syarikat kontraktor Kelas F didaftarkan di seluruh negara tetapi hanya 28,000 syarikat dikenal pasti aktif.
Lebih 2,000 kontraktor tidak aktif dipergunakan kontraktor besar yang hanya ‘duduk goyang kaki’ dan menanti bayaran 10 peratus daripada projek yang diberikan.
“Kita tidak mahu masalah ini wujud. Kita hendak hapuskan budaya ‘Ali Baba’. Kita mahu kontraktor asli.
“Orang yang benar-benar menjadi usahawan sekurang-kurangnya menguruskan projek sendiri dengan memastikan ‘subkontraktor’ melakukan kerja dan memastikan setiap segmen kerja dilaksanakan dengan baik,” jelasnya.
Antara usaha terbaharu kementerian tersebut ialah menggalakkan golongan muda mengikuti kursus-kursus kemahiran bertujuan melahirkan kontraktor-kontraktor pakar.
Mereka diperlukan oleh kementerian (JKR) dalam melaksanakan kerja-kerja membaik pulih dan menambah baik bangunan, kuarters polis dan tentera yang dilaksanakan sepanjang tahun ini dan tahun depan.
Beliau memberitahu, projek diagihkan mengikut kepakaran dimiliki syarikat kontraktor seperti pakar paip, cerucuk, elektrik dan elektronik.
Tumpuan diberikan kepada kontraktor memiliki tenaga kerja mahir menjalani kursus-kursus di institusi kemahiran seperti GIATMARA, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Akademi Binaan Malaysia (ABM), Institut Latihan Perindustrian (ILP) serta mengikuti kursus Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
“Dengan adanya kerja-kerja berkualiti, pelanggan puas hati dan kita mendapat bayaran berpatutan.
“Ini akan meningkatkan pendapatan rakyat melalui kerja-kerja pakar dan berkemahiran tinggi,” katanya.
1 ulasan:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
KLIK DISINI 4d 5d 6d
Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [[[0823 1366 9888]]]
ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D
ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND
ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!