Ripin berdepan PAS, PKR di DUN Lambir
Calon N.72 Lambir PRN11 Mohdar, Ripin dan Arifiriazul |
MIRI: Calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri DUN N.72 Lambir, Ripin Lamat mahu kempen sihat dan berhemah antara calon demi memastikan perjalanan kempen pilihan raya yang lancar.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pusat penamaan calon di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak di Jalan Bakam pagi semalam.
Kerusi Lambir menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ketiga-tiga calon diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Sharifah Rafidah Wan Razali pada jam 11 pagi.
Beliau menerima borang penamaan calon dari PAS pada jam 9.04 pagi, dari PKR pada jam 9.16 pagi dan dari BN pada jam 9.23 pagi.
Ripin ditemani pencadang Ketua Penerangan PBB Sarawak, Datuk Yusuf Sani Wahab dan penyokong Naib Ketua PBB Lambir, Hajis Labaw tiba paling awal pada jam 8.15 pagi.
Ripin dipilih sebagai ADUN Lambir setelah menang majoriti 1521 undi mengalahkan calon PKR dan SNAP pada PRN 2011.
Sementara itu, calon PKR diwakili Ketua PKR Cabang Sibuti, Mohdar Ismail yang dicadangkan ahli senior PKR, Mohamad Dial @ Mohd Diah Wasli dan disokong ahli senior PKR Erang Balan.
Mohdar Ismail, berbangsa Melayu/Miriek/Bahoung/Dalek dan berasal dari Kampung Menjelin Bekenu Sibuti, berkahwin dan mempunyai tiga anak lulusan Perakaunan UiTM dan pengkhususan dalam bidang percukaian dan sekarang sebagai pengamal cukai selama 26 tahun.
“Saya berharap kempen sudah lama dimulakan sejak lapan bulan lepas akan terus menjadi kempen efektif,” jelasnya.
Mohdar berkata, beliau mahu memperjuang keadilan demi rakyat dan demi masa depan anak-anak dan generasi Sarawak.
Sementara PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo sebagai calon untuk merebut kerusi DUN Lambir dari BN.
Pencalonan beliau dicadang Pengarah Pilihan Raya PAS Miri, Muhammad Afiq Mhd Khazar dan disokong oleh Ahli PAS Miri, Ayub Kabul.
“Harap kempen berjalan dengan bagus. Harap penyokong parti dapat menyuburkan demokrasi dan menjaga hubungan antara satu sama lain, “.
Berusia 32 tahun, berkahwin, memiliki tiga orang anak dan telah berkhidmat selama 9 tahun sebagai Eksekutif IT di PETRONAS.
Beliau juga merupakan Exco Pemuda PAS Malaysia dan Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Miri.
Penglibatan sosial beliau ialah sebagai Penyelaras NGO R (Royalti) Sarawak, Penasihat Program Untukmu Sarawak dan Penyelaras NGO Generasi (Tanah) Miri.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!