http://www.sarawakpage.com/?p=2858
Foto credits: google cache
petang mukaku menunggu cahaya...

Tanah runtuh, 24 tertimbus (25 tertimbus)
Posted on May 22, 2011, Sunday
Kejadian membabitkan penghuni dan kakitangan rumah anak yatim Hulu Langat
TRAGEDI MENYAYAT HATI: Gambar kiri menunjukkan sebuah jengkaut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat, semalam. Gambar di sebelah kanan pula menunjukkan pasukan penyelamat mengusung seorang mangsa yang berjaya dikeluarkan dari timbunan tanah runtuh tersebut. — Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan ka-kitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini, semalam.
Setakat jam 7 malam tadi, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.
Penghuni yang cedera ber-usia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini semalam.
Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
Ketika kejadian pada jam 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada jam 5 petang semalam.
Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serba guna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.
Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada jam 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada jam 6.10 petang.
Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga jam 7 malam tadi operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. Sementara itu, di Alor Gajah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masya-rakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terkejut dan sedih sebaik dimaklumkan mengenai tragedi berkenaan.
“Saya baru dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku ke atas sebuah rumah anak yatim di Hulu Langat, satu kejadian yang amat menyayat hati. Saya difahamkan anak-anak yatim tersebut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu,” katanya.
Shahrizat, yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Masjid Tanah.
Beliau mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO segera menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak dan keluarga terbabit dalam kejadian tanah runtuh itu.
“Saya akan berhubung dengan pihak polis untuk mendapatkan laporan terperinci dan punca sebenar kejadian itu, dan bagaimana kementerian saya dapat membantu dan mengambil tindakan seterusnya,” katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Shahrizat berkata, pengusaha rumah kebajikan mestilah mematuhi undang-undang yang ditetapkan terutama daripada aspek keselamatan.
“Saya berharap rumah itu tidak dibina tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa,” katanya. — Bernama
Saya tidak akan berganjak walau seinci pun: Francis Siah
Posted on Utusan Borneo, May 19, 2011, Thursday
KUCHING: Biar makin banyak pihak mendesak agar Movement of Change Sarawak (MoCS) atau Gerakan Untuk Perubahan Sarawak, membatalkan rancangannya untuk mengadakan demonstrasi, namun penyelarasnya Francis Siah enggan berganjak walau seinci dengan keputusan tersebut.
Sebaliknya beliau menasihatkan cawangan-cawangan Pemuda PBB agar tidak membuta tuli dalam mempertahan-kan para pemimpin mereka termasuk Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
MoCS baru-baru ini memberi tempoh kepada Taib, Presiden PBB, meletak jawatan sehingga 13 Ogos ini dan mendakwa akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran sebagai protes.
Setakat ini, Pemuda PBB Zon Kuching, Bintulu dan Samarahan sudah membuat laporan polis berasingan agar disusuli pihak berkuasa dengan siasatan terhadap Francis kerana perhimpunan itu didakwa bakal mengundang huru-hara.
Secara umum, Pemuda PBB di kawasan-kawasan tersebut membantah tindakan MoCS yang dikatakan bercanggah dengan keputusan Pilihan Raya Negeri ke-10, yakni terus memberi mandat kepada BN sebagai pemerintah dan Taib sebagai Ketua Menteri.
Francis ketika dihubungi semalam berkata, Pemuda PBB perlu mengadaptasi budaya politik baru agar tidak sekadar terikut-ikut dengan pemimpin.
“Jika pemimpin anda melakukan sesuatu yang salah, anda tidak wajar takut memberitahu tentang kesalahan itu.
“Semua ahli-ahli Pemuda PBB adalah rakan-rakan saya dan saya gemar untuk memberi mereka nasihat sebagai orang tua,” katanya yang berada di Kota Kinabalu.
Kelmarin, Ketua Pemuda PBB Zon Kuching Wan Hamzah Wan Paie membuat laporan di Balai Polis Pusat, dan di Bintulu, Ketua Pemuda PBB Jepak Pandi Suhaili muncul dengan laporan di Balai Polis Bintulu, manakala sehari sebelum itu, Hamzah Brahim mewakili Pemuda PBB Zon Samarahan membuat laporan di Balai Polis Samarahan.
Sambil mempertahankan pendirian beliau yang tidak berbuat apa-apa perkara menyalahi undang-undang, Francis berkata, polis belum menghubungi atau mengambil keterangan daripada beliau berikutan dua laporan yang dibuat kelmarin.
Selain Pemuda PBB, sebelum ini, Senator Datuk Idris Buang pernah menggesa polis menyiasat MoCS.
“Kita tidak ada menyentuh isu yang sangat sensitif berhubung kaum dan agama,” katanya lagi.
Mungkin Francis Siah tidak sedar betapa marahnya Ketua Pemuda PBB yang selalu nampak tenang. Tidakkah Francis Siah ingat peristiwa di SK Datuk Merpati Jepang sewaktu Hari Pengundian berlangsung? Betapa marahnya Ketua Pemuda melihat juak-juak PKR memalsukan tag agen pilihanraya mereka?
Inikan pula apabila Ketua Menteri disuruh meletak jawatan? Francis Siah memang sudah naik kepala!! Kenapakah kini dia berada di Sabah? Adakah untuk menggesa Ketua Menteri Sabah digilirkan atau terus meletak jawatan melalu Movt for Change Sabah?
Mungkin Francis Siah ada hati nak jadi Ketua Menteri tetapi tidak mendapat sokongan rakyat!!?? Oleh itu sekarang ini dia cuma nak cari glamer untuk menjadi DJ Radio Free Sarawak memandangkan RPK dan sain MoU dengan Wikileaks, dapatlah dia jadi DJ Radio baru di Borneo??!!!
Orang macam Francis Siah ni patut dibuang negeri atau dipenjarakan sahaja? KDN sepatutnya mengambil langkah proaktif seperti di zaman King Ghaz dahulu!!?? Teringat kata arwah, kalau kita (KDN) buat kerja maka tiadalah isu agama, politik dan perkauman dimainkan!!! Api sentimen akan dipadamkan terlebih dahulu sebelum marak!!??
Lihatlah gambar yang dikepilkan, Francis Siah telah turun untuk memberi sokongan kepada See Chee How dan Abang Zulkifli kononnya calon yang patut disokong oleh rakyat!!! Tapi apabila rakyat telah memilih dia pula menyuruh Ketua Menteri kita letak jawatan!! Francis Siah sudah naik gila??!!
Francis diberi Tujuh Hari
by Agnes Tugong, Utusan Borneo Posted on May 20, 2011, Friday
Mohon maaf kepada rakyat Sarawak dan Ketua Menteri atau Pemuda PBB bertemu KDN
KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) memberi tempoh tujuh hari kepada Pengerusi Ge-rakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS), Francis Siah memohon maaf kepada rakyat dan Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Ketua Pergerakan Pemuda PBB, Datuk Fadillah Yusof berkata pihaknya bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan yang wujud dan akan bertindak jika keadaan memerlukan berbuat demikian.
Menurutnya, laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini dan meminta polis membuat siasatan terperinci untuk membolehkan pencegahan awal daripada memudaratkan keadaan.
"Pertamanya, kami mahu Fransis memohon maaf kepada rakyat Sarawak sebab rakyat telah memilih.
"Keduanya, memohon maaf kepada Ketua Menteri dan kita dan akan melihat serta memerhati pergerakan MoCS.
"Dalam tempoh tujuh hari jika beliau gagal bertindak demikian, kami akan membawa perkara ini kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan saya sendiri akan berjumpa dengan Francis bagi mendapatkan penjelasan," katanya.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Zon Sarawak Kali Ke-7 bertempat di Dewan Suarah Kuching di sini semalam.
Jelas Fadillah, pihaknya telah berbincang di peringkat Expo PBB Negeri dan melihat bahawa ada beberapa orang blogger yang cuba memberi kata dua kepada Ketua Menteri untuk mengundur diri.
"Pada kami ini merupakan satu penghinaan kepada sistem demokrasi negara kita. Sebabnya kita telah membuat pilihan raya dan telah memilih sistem demokrasi berasaskan parti dan di sini kita telah memilih siapa yang akan menjadi Ketua Menteri.
"Jadi pada saya mereka tidak menghormati… sebab ini adalah hasil daripada sistem demokrasi yang kita jalankan. Dan bila ada tekanan ia mencabar sistem demokrasi," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fadillah berkata jenteranya telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang dan telah pun turun padang bersama rakyat.
Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Petra Jaya, Fadillah berkata beliau meletakkan sepenuhnya kepada pucuk pemimpin parti.
"Kita akan menjadikan keputusan pilihan raya negeri lepas sebagai pemangkin untuk bekerja lebih keras bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.
![]() |
| Francis Siah |
| Badak air mula meninggalkan habitat untuk berdemo di Kuching |
| Monyet pun turut serta untuk berdemo |
| Ayam pun meninggalkan reban |
![]() |
| Meraih sokongan? |
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants