Dia seharusnya memuji kebesaran Allah dan mengajak orang ramai untuk memperbanyakkan amal ibadah sempena bulan Ramadan!! Bukannya mengutuk sistem pentadbiran kerajaan dan juga perbuatan yang mengakibatkan rasa sakit hati kepada orang lain!!?? Ini bukanlah ajaran Islam!!?? Islam tidak menyuruh kita bercakap keji di dalam masjid mahupun tidak menghormati pemimpin kita!!?? Semoga Ali atau Aznil Mustapha mendapat petunjuk sempena Ramadan Kareem ini!!!
Ahad Ogos 21, 2011
Beliau berkata dakwah adalah untuk mengajak orang ramai melakukan kebaikan dan sekiranya penyampaian ilmu menerusi dakwah itu menyakitkan hati banyak pihak, secara langsung ilmu yang yang disampaikan itu tidak dapat diterima.
"Sepatutnya dakwah lebih daripada itu. Bukan untuk sakitkan hati orang tetapi dakwah untuk mengajak sebab dakwah berkaitan dengan hati. Bila soal hati, sekiranya hati disakiti macam mana ilmu dan ajakan ini hendak sampai," katanya kepada pemberita pada Program Menjelang Raya bersama Anak Yatim di sini Sabtu.
Beliau mengulas insiden seorang bekas pelakon lelaki yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong serta beberapa Sultan lain dan mengkafirkan kerajaan dalam tazkirahnya kepada hampir 300 jemaah Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.
Jamil Khir berkata kejadian itu sesuatu yang tidak wajar dilakukan, tambahan pula berlaku dalam masjid yang menjadi tempat untuk beribadat dan bukan sebagai tempat untuk berpolitik sehingga menghina orang lain.
"Sepatutnya titah Tuanku Sultan Selangor perlu diambil perhatian yang berulang kali menyebut bahawa masjid mesti dihindarkan daripada semangat politik parti yang melampau.
"Mengeji orang lain dalam ceramah ataupun dalam penyampaian dakwah... ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi di bulan Ramadan," katanya.
Mengenai dakwaan cubaan untuk memurtadkan orang Islam yang kini turut berlaku kepada murid-murid tuisyen, Jamil Khir berkata pihaknya menggalakkan kerjasama daripada orang ramai supaya menyalurkan maklumat mengenai aktiviti berkenaan kepada Majlis Agama Islam Negeri.
"Sekarang ini dalam proses tindakan yang akan diambil pihak kementerian berkenaan tetapi kita menggalakkan kerjasama daripada orang ramai yang mendapat maklumat lebih awal terutama pihak ibu bapa, guru sekolah dan kita kena tau anak kita umpama kain putih kalau dicorakkan warna yang tidak betul," katanya.
Katanya Majlis Agama Islam Negeri akan sentiasa memantau perkembangan dakwaan itu. - BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!