21 Ogos, 2011 16:03 PM
Beliau berkata ia tidak sepatutnya dibuat Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana ia seolah-olah mempolitikkan jawatankuasa itu yang ditubuhkan untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.
Noh berkata PKR tidak layak meminta jawatan itu sebab dilihat masih menjadi kuda tunggangan kepada DAP terutamanya daripada segi keputusan yang dibuat di peringkat negeri Selangor.
"Apa guna jawatan kalau jawatan hanya sekadar dijadikan kuda tunggangan oleh orang lain?" katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Khas Pra-Aidilfitri di tapak pasar tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Seksyen 13 di sini, hari ini.
Noh mengulas saranan Wan Azizah yang disiarkan sebuah akhbar hari ini.
Menurut Wan Azizah, pelantikan Anwar yang juga suaminya sebagai ketua jawatankuasa itu kononnya akan mewujudkan keseimbangan dalam usaha menambah baik sistem pilihan raya.
Mengulas lanjut, Noh berkata PKR sepatutnya mengetahui bahawa JTP adalah satu usaha kerajaan untuk menambah baik sistem pilihan raya sedia ada, termasuk memberi ruang kepada pembangkang untuk menganggotai jawatankuasa itu.
Sementara itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata tiga juta biji kelapa yang diimport dari negara jiran bagi memenuhi keperluan sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya telah diterima.
Noh berkata FAMA mewujudkan 110 pasar tani khas di seluruh negara bagi memudahkan orang ramai membeli barangan keperluan untuk menyambut Aidilfitri.
-- BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!