Posted on August 21, 2011, Sunday
KUCHING: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Larry Sng menafikan beliau gagal memainkan peranan dalam memastikan penduduk sekitar Sungai Rajang, antara Kapit dan Belaga tidak akan terjejas oleh penakungan air untuk Empangan Hidroelektrik Bakun.
Ketika dihubungi the Sunday Post, beliau memberitahu kesan pelaksanaan Bakun memang sedia dimaklumi oleh orang ramai.
“Ini tidak adil, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Masing yang juga dari kawasan itu menuding jari kepada saya, seolah-olah saya tidak memainkan peranan untuk memperbaiki keadaan pada waktu itu,” katanya.
Jumaat lepas, Masing berkata, situasi yang menyebabkan paras air di Sungai Rajang menjadi terlalu cetek dan menjejaskan pengangkutan air berikutan kegagalan langkah mengatasi masalah itu di- rancang sebelum penakungan air untuk empangan tersebut.
Sng memberitahu sekiranya terdapat masalah, Masing patut membincangkan perkara itu dengan beliau.
“Sekarang, saya tidak lagi berada dalam kedudukan untuk meneliti perkara itu dan saya rasa tidak adil untuk saya mengulas lebih lanjut,” katanya.
Beliau memberitahu: “Residen Kapit juga mengambil inisiatif untuk melihat perkara ini dan membuat pelan kontigensi (pelang luar jangka) bagi mengelakkan penduduk yang tinggal berdekatan Sungai Rajang terputus hubungan dengan dunia luar,” katanya.
Larry turut memaklumakan bahawa beliau pernah berbincang dengan Ketua Meneri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak dua kali iaitu sebelum penakungan air itu dan telah melawat ke beberapa rumah panjang mengenai bagaimana ia akan terjejas.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!