Pengeluaran peneraju transformasi
Posted on Utusan Borneo August 16, 2011, Tuesday
KUALA LUMPUR: Sektor pengeluaran dijangka menerajui transformasi Sara-wak memasuki ekonomi berasaskan pengetahuan, yang bercirikan lebih banyak aktiviti bernilai tambah sejajar dengan matlamat Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau memberitahu syarikat penerbitan, penyelidikan dan konsultan global, Oxford Business Group (OBG), bahawa fasa pertama SCORE telah mencatat hasil di luar jangkaan, selepas berjaya menempatkan asas untuk menarik para pelabur bagi melabur di dalam projek dan industri keutamaan.
Dalam satu kenyataan semalam, OBG memetik Taib sebagai berkata, dalam satu tempoh masa, peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negeri itu akan meningkat.
Koridor itu adalah salah satu inisiatif utama yangbermatlamat mentransformasi Sarawak untuk menjadi negeri maju menjelang 2020.
“SCORE telah menarik minat yang besar daripada para pelabur tempatan dan asing.
“Oleh kerana kemudahan asas infrastruktur di Sara- wak sudah mencukupi, lebih perhatian boleh difokuspada pembinaan asas perindustrian ekonomi dengan mengembangkan kepelbagaian aktiviti industri untuk meningkat di atas rantaian nilai dan dihubungkan dengan rantaian bekalan,” katanya.
Taib berkata, inisiatif itu akan mendorong kepada pembentukan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi yang dijana secara semula jadi oleh aktiviti yang dijana pengetahuan, dengan membantu negeri itu mengelakkan aliran keluar cerdik pandai, seperti dialaminya pada masa yang lepas.
Oleh kerana peluang mewujudkan kerjaya terbaik diwujudkan oleh pelaburan sektor berat swasta, katanya usaha menarik sektor swasta bagi memastikan mereka melihat Sarawak sebagai satu destinasi pelaburan yang menarik kekal sebagai keutamaan pertama negeri itu.
“Adalah dianggarkan bahawa 52 peratus daripada peluang pekerjaan akan di-wujudkan apabila SCORE membangunkan kedudukan tenaga mahir dan akan ber-pusat meningkatkan aktiviti yang dijana pengetahuan yang akan merupakan pekerjaan berpendapatan tinggi,” katanya.
Taib berkata, sumber semula jadi Sarawak, bersama-sama dengan potensinya yang besar bagi menghasilkan kuasa hidro akan menyediakan landasan pelancaran bagi pelan pembangunan ekonomi negeri itu.
Katanya, keupayaan Sara-wak untuk menjana kuasa hidro sepatutnya memberikan negeri itu satu kelebihan berdaya saing kerana ia bertujuan menarik dan membangunkan industri berintensifkan tenaga. — Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!