Pakatan Nak Buang Kakitangan Awam Bila Memerintah
Posted myKMU.net Friday, November 4th, 2011 | Posted by Adamyan
Penulis nak ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua kakitangan awam yang mana sekarang begitu giat sekali menyokong Pakatan haram pembangkang. Ini lanjutan daripada pendedahan oleh sebuah akhbar cina yang memetik Ketua Publisiti DAP, Tony Phua sebagai berkata bahawa Pakatan haram pembangkang akan mengurangkan jumlah kakitangan awam sekarang yang berjumlah 1.3 juta kepada satu jumlah yang munasabah.
Untuk itu, telah diadakan satu perancangan yang dipanggil Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam yang mengguna pakai model sama yang digunakan oleh kerajaan komunis China.
DAP, komunis, China. Nampak macam kena sangat-sangat.
Menurut Tony Phua, jumlah kakitangan awam di Malaysia terlalu tinggi jika dibandingkan dengan jumlah kakitangan awam di negara serantau yang lain seperti Thailand, Filipina dan Korea. Penulis ingat dia nak sebut Singapura (maklum saja) tapi tak pula disebutkannya.
Mintak maaf, orang melayu mana yang sekolah melayu memang tak tahu sebab berita ini disiarkan sebuah akhbar cina Sin Chew Daily (m/s 8) semalam yang memetik kenyataan Tony Phua sewaktu menghadiri seminar yang diadakan Pemuda DAP Johor dan Harakah yang selalu jadi bahan rujuk melayu pro pembangkang tak akan petik cerita ni atas sebab akan menjatuhkan lagi rating Pakatan haram pembangkang yang sedang berada di paras tidak selamat ke paras sangat tidak selamat.
Penulis tidak mahu cakap banyak sebab mahu orang-orang kerajaan berfikir sendiri untung nasib mereka kalau memilih puak-puak ini menjadi pemerintah besok. Di Malaysia, kita tidak mewajibkan orang kerajaan mengundi kerajaan macam mana yang pernah dilakukan parti Golkar bawah pimpinan Suharto di Indonesia dulu.
BN memberi kebebasan untuk kakitangan awam memilih mana yang jernih dan mana yang keruh, terpulanglah nak menilaikan mana parti yang mampu membela nasib mereka. BN ada banyak pendekatan lain untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan awam selain daripada pilih jalan senang – buang.
Tony Chua turut dipetik sebagai berkata yang Pakatan Rakyat nanti tidak akan meneruskan tradisi mengambil pelajar-pelajar lepasan universiti seperti mana yang diamalkan kerajaan BN sekarang dan mana-mana kakitangan kerajaan yang berusia akan diberikan persaraan awal.
Jadi boleh kata tertutuplah peluang untuk pelajar-pelajar baru universiti untuk berkhidmat dalam kerajaan. Terpaksa bersaing dengan pekerja berpengalaman terlatih (walau tidak ada ijazah) di dalam pasaran buruh yang lebih terbuka. Dengan keadaan sekarang pun bersepah graduan lepasan Universiti yang tidak mempunyai pekerjaan, bayangkan jika kerajaan pun menutup pintu untuk mereka, kemana yang mereka ni nak pergi?
Dasar terbaru kerajaan BN yang menaikkan umur persaraan kepada 60 tahun juga akan dihapuskan oleh Pakatan Rakyat demi menjayakan projek khas mengurangkan kakitangan awam ini. Dengan jangka hayat hidup rakyat Malaysia yang meningkat, apa agaknya nak dibuat pesara-pesara kerajaan ini nanti apabila diberi persaraan awal oleh kerajaan pimpinan Pakatan? Boleh ke menampung hidup dengan duit pencen yang separuh dari gaji terakhir tu (itupun kalau tiada potongan lain).
Fikir-fikirkan lah.
3 ulasan:
jahanam dap
memang dasar sik sedar dirik
plz link my blog bro..
http://meradongtoday.blogspot.com
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!