Dr Stephen Rundi membuat kenyataan bahawa kerusi PBB tidak akan terusik namun kerusi SUPP akan bergoyang lagi menjelang PRU 13. Ini menurut laporan yang dibuat oleh Utusan Borneo
disini.
Setiausaha Agung BN Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom menjangkakan persaingan sengit itu akan berlaku di kerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) iaitu Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Sibu, Lanang dan Miri.
“Selain (kerusi itu), kami tidak melihat masalah lain. Jentera BN masih bersedia setelah pilihan raya negeri dan kami juga bersedia untuk mempertahankan kerusi-kerusi kami khususnya di kawasan luar bandar dan separa bandar,” katanya ketika dihubungi semalam.
Pihak SUPP mungkin akan menerima 'side-effect' apabila mendengar Setiausaha Agung BN Negeri mengisytiharkan kerusi mereka akan menghadapi cabaran yang besar untuk menentang gerombolan pembangkang!!
Hebat sangatkah pihak pembangkang sehinggakan Setiausaha Agung BN berkata demikian?!! Sepatutnya sebagai seorang setiausaha agung hendaklah mematahkan dan melawan status quo yang sedia ada!!??? Inikah strategi BN Negeri dalam menghadapi PRU-13? Alamatnya tenggelamlah kapal sebelum belayar?!! Angin belum bertiup lagi, pohon sudah cuba bergoyang?!!! Memandangkan perkara sedemikian adalah sangat serius pihak BN hendaklah memintas strategi pembangkang dengan segera?!!
Sikap sambil lewa jentera pilihanraya yang dikatakan sudah bersedia memang dapat dilihat sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun tidak dapat dinafikan bahawa ahli parlimen sendiri kebanyakannya tidak memiliki keyakinan untuk terus berjuang kerana takut keadaan yang menimpa rakan mereka semasa PRN Sarawak ke-10. Terdahulu terdapat seorang wakil rakyat yang sangat yakin bahawa dia akan dicalonkan semula sehinggakan beliau telah mengatur strategi untuk memasang poster dan juga mencetak t-shirt untuk diagihkan. Namun pihak Majlis Tertinggi BN telah memberi kerusi beliau kepada calon baru yang lebih muda??!!!
Keadaan inilah yang diphobiakan sekarang sehinggakan sikap kebanyakan calon menjadi acuh tak acuh kerana takut nama mereka akan digugurkan di saat akhir. Ada juga ahli parlimen sedar bahawa mereka kurang aktif dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat yang diwakili dari kawasan mereka. Inilah punca utama sebenarnya kenapa mereka digugurkan.!!?? Malah ada yang tidak lagi tahu nama jentera parti di cawangan yang telah menolong mereka berkempen pada musim PRU-12 yang lepas?!!!
Pihak pembangkang sudah lama bersedia kerana mereka sentiasa bekerja keras untuk menjadi kerajaan!?!! Namun pihak kerajaan pula sangat kuat bekerja sehingga lupa kepada nasib rakyat yang menyerahkan segalanya kepada wakil mereka yang menjadi kerajaan?!!!
Sama-samalah kita menanti ombak pembangkang yang penuh dengan isu?!! Sebelum PRU-13 kelihatan isu pembangkang tidak dapat dinafikan sudah menggoncangkan tiang kerajaan!!?? Apakah manifesto mereka dan bagaimanakah kerajaan BN sekarang mematahkan strategi pembangkang yang mendapat restu dari pihak zionis dari luar negara?!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!