Bernama hari ini melaporkan bahawa Peter Chin yang akan bertanding untuk menggantikan Dr George Chan sebagai Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak telah mengeluarkan 7 Manifesto. Antara manifesto tersebut adalah
- kepentingan parti adalah penting;
- menginstitusikan perubahan dengan meminda perlembagaan parti;
- bersuara tanpa gentar atau pilih kasih;
- mempersiapkan kepimpinan baru;
- membasmi amalan tidak sihat;
- melindungi kewangan parti yang berdikari; dan,
- rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Mampukah manifesto ini menarik perhatian delegasi yang akan menghadiri Perhimpunan Tiga Tahunan Parti Bersatu Rakyat Sarawak ini?!!
Kalau MPlah yang isi no 7 tu naik jadi no 1 barulah padan dengan jenama 1Malaysia Perdana Menteri!!! Dalam apa jua hal sekalipun sebagai Presiden parti politik kepentingan rakyat hendaklah diutamakan terlebih dahulu kerana tanpa rakyat itu sendiri sememangnya parti tentulah tidak bermakna!!??
Semoga beliau berjaya membuktikan Pelan Transformasi SUPP menjadi realiti!!??
Lupa pulak adakah Wong SK akan mengeluarkan manifesto untuk menandingi Peter Chin?
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!