Penyenaraian Felda Global ke Bursa Malaysia langkah tepat
2012/02/12
DUNGUN: Penyenaraian Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia menjelang pertengahan tahun ini adalah langkah tepat kerajaan menghadapi saingan semakin pesat industri perladangan di rantau ini yang meliputi Indonesia, Thailand, Myanmar, Kemboja dan Vietnam.
Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata sebagai satu-satunya syarikat perladangan terbesar di dunia yang mengeluarkan minyak sawit, FELDA kini menghadapi saingan hebat apabila banyak negara lain mula menumpukan fokus terhadap sektor perladangan kelapa sawit.
"Baru-baru ini, Indonesia mengumumkan gabungan 15 syarikat perladangan terbesar negara itu memberi tumpuan terhadap seluas satu billion hektar penanaman kalapa sawit.
"Malaysia negara yang mempunyai keluasan kecil dibandingkan dengan negara-negara jiran yang boleh muncul sebagai kuasa monopoli sektor pengeluaran minyak sawit dunia dalam tempoh yang terdekat ini.
"Oleh itu, langkah menyenaraikan FGVH dilihat pendekatan baru yang dalam tempoh jangka panjang boleh menguntungkan peneroka," katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Skim Insentif Tanam Semula (SITM) di Pusat Latihan Kerteh 2 di sini, hari ini. - BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!