Sekadar khabar angin: Polis
by Jeremy Lanson. Posted on March 3, 2012, Saturday
Belum ada permohonan untuk anjur Perhimpunan Hijau 2.0 sekali lagi, kata Acryl
KUCHING: Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu pihaknya setakat ini belum menerima sebarang permohonan berkaitan penganjuran Perhimpunan Hijau 2.0.
Justeru, katanya, dakwaan bahawa Perhimpunan Hijau 2.0 bakal diadakan sekali lagi di negeri ini sebagai sebahagian daripada perhimpunan di seluruh negara, hanyalah khabar angin semata-mata.
“Setakat ini, saya belum ada mendengar apa-apa berkaitan Perhimpunan Hijau 2.0 yang didakwa akan diadakan semula di seluruh negara, termasuk Sarawak.
“Lagipun… kalau ada pun perhimpunan ini diadakan di sini, mungkin hanya segelintir sahaja yang terlibat, tambahan projek ini di Kuantan dan bukan di Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita selepas selesai Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, semalam.
Acryl berkata, pihaknya akan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berkaitan perhimpunan tersebut.
“Jika mereka ingin mengadakan perhimpunan itu di sini, kita akan memastikan ia tidak akan mencetuskan perkara yang boleh mengganggu keselamatan serta keamanan penduduk di negeri ini,” katanya.
Sementara itu, beliau menasihati penduduk negeri ini agar tidak terpengaruh dengan propaganda yang dibangkitkan melalui Perhimpunan Hijau 2.0 sebelum ini.
“Tidak dinafikan, sememangnya sudah menjadi hak individu untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan apa cara sekalipun.
“Tetapi berkaitan bantahan terhadap operasi kilang Lynas ini, rakyat perlu sedar bahawa kerajaan tidak akan meluluskan sebarang projek tanpa mengambil kira soal keselamatan serta keamanan rakyat, termasuk kesejahteraan alam sekitar di negara ini,” katanya.
Malah, katanya, kerajaan telah menjelaskan perkara tersebut dengan terperinci.
“Kerajaan telah menjelaskan dengan teliti mengenai projek tersebut dan semua langkah penting telah diambil untuk memastikan projek ini tidak akan memudaratkan atau memberi kesan sampingan yang negatif,” katanya.
Perhimpunan Hijau 2.0 adalah sebagai membantah terhadap keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) pada 20 Januari yang memberikan lesen sementara kepada syarikat perlombongan dari Australia untuk mengendalikan operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang.
1 ulasan:
Orang tak berapa cerdik nak tak berapa cerdikkan orang.Orang yang suka bontot macam homo cun ni nak promosikan bontot untuk bontoti orang lain.
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!