Siapa sebenarnya penakut!? Sebelum ini golongan Anwarinas mengatakan Najib pengecut kerana tidak berani membubarkan Parlimen! Sekarang mereka sendiri turut terdiam apabila DUN Selangor memutuskan untuk tidak dibubarkan semasa PRU13.
Menata dulang paku serpih, mengata orang tapi diri sendiri yang lebih!!! Inilah PKR yang pengecut dan masih takut kepada Barisan Nasional! Kalau berani bubarkanlah DUN Selangor!?!
Pemuda MIC: Pilihan Raya Berasingan Tunjuk Selangor Tidak Yakin
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Keengganan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya umum hanya menunjukkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak yakin dan memerlukan lebih banyak masa untuk menutup kelemahan mereka.
Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata rancangan itu juga membingungkan memandangkan sebelum ini mereka membayangkan akan membubarkan DUN jika pilihan raya umum dipanggil selepas Jun tahun ini.
"Kami tertanya-tanya sama ada ia usaha mengalihkan tumpuan kerana mereka tahu bahawa sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) telah meningkat dan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi akan menjejaskan impian mereka untuk menawan Putrajaya," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Mohan mengulas laporan baru-baru ini bahawa kerajaan Selangor memutuskan untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan dengan pilihan raya umum ekoran dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan daftar nama pemilih yang diragui di Selangor.
Beliau berkata pembangkang tidak perlu bertanding pada pilihan raya umum jika mereka tidak yakin dengan daftar pemilih semasa di Selangor.
-- BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!