Mat Sabu masih berkeras mempertahankan komunis. Ikutilah thesis daripada rakan blogger Melanau Blogger di bawah.
Adakah Mat Sabu sudah lupa sejarah atau memang sengaja membutakan hatinya untuk menerima kenyataan sebenar!!!
Mat Sabu Pertahan Komunis Pejuang Kemerdekaan
KUALA LUMPUR, 9 Okt — Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar), hari ini menyatakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara.Menurut Mohamad, beliau menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) menentang penjajah sebelum negara mencapai kemerdekaan.“Tetapi saya tidak menyokong pergerakan selepas negara merdeka.“Dari segi ideologi, saya tidak menyokong dari mula lagi,” katanya dipetik dari The Star Online dalam kes beliau menyaman Utusan Melayu serta ketua pengarang kumpulannya, Datuk Aziz Ishak.Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu juga mengatakan bahawa Mat Indera, merupakan seorang pejuang Islamis dan bukan seorang komunis.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!