gambar hiasan |
petang mukaku menunggu cahaya...
gambar hiasan |
'Najib nampak diri saya bukti hidup'
2013/04/26 - 06:30:41 AM Oleh Faiza Zainudin BHarian Online
Kuala Lumpur: Datuk Zulkifli Nordin percaya pemilihannya sebagai calon BN kerusi Parlimen Shah Alam, adalah disebabkan dirinya dianggap bukti hidup yang tahu muslihat dan taktik pembangkang.
Beliau yang pernah bersama PAS dan PKR berkata, Datuk Seri Najib Razak juga mengambil risiko dengan memilihnya bertanding di Parlimen Shah Alam.
Katanya, keberanian politik Perdana Menteri membuktikan seorang yang ekstrim dalam parti pembangkang sebelum kembali ke pangkal jalan sepertinya turut mendapat tempat dalam BN yang mengamalkan kesederhanaan.
PM ambil risiko
Saya juga agak terkejut dengan keputusan Perdana Menteri untuk mencalonkan saya bertanding di Shah Alam, tapi bila difikir kembali, beliau nampak dalam diri saya adalah bukti hidup.
Perdana Menteri ambil risiko, satu untuk tunjuk siapa juga yang bantu parti dia akan terima, kedua beliau tunjuk keberanian politik, orang yang ekstrim yang sudah berubah turut diterima, saya adalah bukti hidup sebab itu beliau buat keputusan berani untuk namakan saya sebagai calon.
Saya fikir itu mesej yang beliau hendak beri kepada rakyat. Pencalonan saya ini, Tun (Dr Mahathir Mohamad) pun tak tahu, katanya mengulas dakwaan pencalonannya hasil bantuan Dr Mahathir.
Sokongan BN positif
Ditanya adakah beliau akan bertanding sebagai calon Bebas jika tidak ditawarkan BN, Zulkifli berkata, beliau tidak berhasrat berbuat demikian, malah niatnya sebelum ini hanya untuk membantu jentera BN berkempen.
Ditanya sama ada pencalonannya menerima tentangan BN Shah Alam, Zulkifli yang sebelum ini Ahli Parlimen Bandar Bharu Kulim atas tiket PKR sebelum keluar menjadi Ahli Parlimen Bebas pada 2010, berkata sokongan diterima daripada kepemimpinan BN amat positif.
Malah, katanya, pencadang dan penyokong pencalonan beliau adalah pemimpin MIC dan MCA setempat.
Pencalonan saya turut disokong kepemimpinan PAS di kawasan ini, yang membantu saya menumbangkan calon mereka, Khalid Samad, katanya.
Najib temui rakyat di beberapa lokasi Sarawak esok
26 April 2013, Jumaat
KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Sarawak hari ini untuk menghadiri majlis-majlis di Saratok, Lubok Antu, Kuching dan Sibu esok.
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sekitar jam 9.15 malam ini menaiki pesawat khas.
Lawatan kerja Perdana Menteri akan dimulakan dengan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Krian, Saratok pada jam 9.10 pagi esok.
Dijangka hadir sama pada majlis itu nanti ialah calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom.
Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) itu berdepan tentangan daripada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ali Biju dan calon Bebas Datuk Abang Rosli Abang Paleng untuk mempertahankan kerusi Parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.
Selepas itu, Najib dan isteri akan bertolak ke Rumah Awing, Merindun di Lubok Antu bagi menghadiri majlis sama dalam usaha mendapatkan sokongan untuk penyandang kerusi Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak.
Nyalau berdepan saingan sengit pada PRU13 ini daripada Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng Wei Shien dan calon PKR Nicholas Bawin.
Lawatan Najib diteruskan dengan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Haji Baki di sini, sebelum melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No.2 di Jalan Stutong.
Kedua-dua lokasi majlis terletak di kawasan Parlimen Stampin dengan penyandang-nya, Datuk Yong Khoon Seng diberi kepercayaan oleh BN untuk mempertahankan kerusi itu.
Yong berdepan pertandingan tiga penjuru menentang Julian Tan (Parti Tindakan Demokratik) dan Soo Lina (Parti Reformasi Negeri).
Perdana Menteri juga dijadual menyempurnakan majlis pecah tanah untuk projek pembinaan blok baharu sekolah berkenaan.
Beliau kemudian menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di kawasan lapang di hadapan Hotel Paramount, Jalan Kampung Datu, Sibu.
Najib dan isteri dijadual berlepas pulang dari Sibu ke Kuala Lumpur menaiki pesawat khas sekitar jam 10.30 malam.
Atas keyakinan diri sebagai tokong, Lim Guang Eng berjanji kepada rakyat Sarawak akan menggantikan ketua menteri yang baru untuk negeri Sarawak.Apa hak Guan Eng untuk tentukan Ketua Menteri Sarawak?Posted by MELANAU BLOGGER™Tidak dinafikan bagi DAP Sarawak Lim Guan Eng adalah 'tokong' yang perlu dipuja dan dimuliakan, lebih-lebih lagi Guan Eng adalah anak Lim Kit Siang. Maka mereka perlu mematuhi sabda Lim Guan Eng, termasuk menentukan ketua menteri Sarawak yang baru.
Mungkin janji Guan Eng sekadar untuk menghibur penyokong DAP Sarawak, kerana ramai penyokong DAP Sarawak yang merasa hidup menderita di negeri ini.Entah jin mana yang merasuk Lim Guan Eng, tiba-tiba pemimpin rasis dari semenanjung ini berasa berhak untuk menentukan pemimpin untuk rakyat Sarawak.
Kerana dipisah oleh status bumiputra dan bukan bumiputra, mereka sudah menguasai hampir 80% ekonomi negeri Sarawak. Inilah yang membuat mereka menderita dan tidak tahan lagi hidup dibawah pemerintahan Taib Mahmud dan Barisan Nasional.Setiapkali harga barang naik, kononnya mereka lah yang paling menderita, tapi pada masa yang sama menaikkan harga barang sesuka hati. Mereka juga yang terkinja-kinja berdemonstrasi setelah puas memanipulasi harga komoditi serta pasaran.Elok sekali kalau Lim Guan Eng serta DAP tidak perlu mengangkat sentimen itu ke permukaan, takut nanti tidak tertanggung kesannya.Pergilah memilih negara-negara yang tidak mungkin untuk menguasai 80% ekonomi, agar Lim Guan Eng dan DAP tidak lagi hidup menderita seperti di Malaysia.Percayalah...anda sentiasa ada pilihan!Kerana dipisah oleh status bumiputra dan bukan bumiputra, mereka sudah menguasai hampir 80% ekonomi negeri Sarawak. Inilah yang membuat mereka menderita dan tidak tahan lagi hidup dibawah pemerintahan Taib Mahmud dan Barisan Nasional.Setiapkali harga barang naik, kononnya mereka lah yang paling menderita, tapi pada masa yang sama menaikkan harga barang sesuka hati. Mereka juga yang terkinja-kinja berdemonstrasi setelah puas memanipulasi harga komoditi serta pasaran.
Elok sekali kalau Lim Guan Eng serta DAP tidak perlu mengangkat sentimen itu ke permukaan, takut nanti tidak tertanggung kesannya.
Pergilah memilih negara-negara yang tidak mungkin untuk menguasai 80% ekonomi, agar Lim Guan Eng dan DAP tidak lagi hidup menderita seperti di Malaysia.
Percayalah...anda sentiasa ada pilihan!
CERAMAH PKR ‘NAFAS BERBAU PETRA JAYA’ TIADA DAPAT SAMBUTAN
BY WIRA KENYALANG
Biarpun sudah diberi ruang dan peluang berkempen politik sempena PRU-13 namun kehadiran penduduk ke Ceramah PKR ‘Nafas Berbau Petra Jaya’ di Lorong C3, Taman Sukma Ria, Petra Jaya tiada mendapat sambutan. Dianggarkan hanya sekitar 50 orang sahaja yang hadir dengan kebanyakan mereka terdiri daripada pengikut rombongan PKR dalam setiap ceramah mereka.
Jumlah kehadiran penduduk itu sangat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk Taman Sukma yang dianggarkan berjumlah lebih 3,000 orang. Melihat kepada angka yang hadir ternyata Ceramah Nafas Berbau Petra Jaya anjuran PKR Cabang Petra Jaya gagal memikat pengundi di DUN Samariang itu. Seperti biasa penceramah yang ditampilkan PKR Cabang Petra Jaya semuanya muka-muka penipu dan tidak bersyukur seperti Arip Ameran, Lt Kolonel (B) Abang Hamdan Abang Hadari, Wan Zainal Abidin Wan Sanusi, Haji Baharudin Datuk Mokhsen dan calon Ahmad Nazib Johari.
Calon PKR bagi Parlimen Petra Jaya ini merupakan calon ‘kitar semula’ yang tewas pada PRN Sarawak ke-10 di DUN Satok.
Begitupun, ramai di kalangan ahli-ahli PKR yang hadir di ceramah itu mempersoalkan kenapa rombongan PKR tidak membawa calon wanita untuk bercakap soal Agenda Wanita yang diperjuangkan PKR? Bagi mereka calon yang sesuai menyampaikan kandungan ceramah itu pastinya Ketua Wanita PKR Sarawak, Nurhanim Datuk Mokhsen.
Menurut sumber, Nurhanim kecewa dengan PKR Sarawak kerana mungkir janji disebabkan memilih Nazib Ahmad Johari sebagai calon PKR di Petra Jaya. akibatnya Nurhanim memboikot kempen PKR khususnya di Petra Jaya. Selayaknya Nurhanim yang layak bercakap soal dasar atau agenda wanita dan bukannya Ahmad Nazib.
Manakala, isu yang dibangkitkan Ahmad Nazib dan rakan-rakannya dalam ceramah Nafas Berbau Petra Jaya lebih bersifat nasional dan telahpun dijayakan Kerajaan BN. Ramai berpendapat isu yang dibawa PKR itu sudah basi dan ketinggalan zaman.
Satu persoalan yang perlu dijawab Ahmad Nazib dan Arip Ameran, apakah mereka berdua ini sudah membayar hutang PTPTN semasa mereka belajar di Universiti Malaya pada tahun pertengahan 1990-an. Atau dengan tawaran mansuhkan PTPTN maka hutang mereka semasa belajar dahulu hapus dengan sendirinya.
Manakala, Lt. Kolonel (B) Abang Hamdan bin Abang Hadari yang menerima pencen yang besar selepas berkhidmat dalam bidang ketenteraan tidak pernah memikirkan nasib rakyat di bawahnya sebaliknya hanya pandai kutuk Ketua Menteri Sarawak dan Kerajaan BN. Jika tidak kerana kerajaan yang ada pada hari ini, nescaya Lt Kolonel (B) tidak akan menerima pencen yang besar dan terlibat dalam tentera.
Cadangan wujudkan tabung rakyat dengan tabungan RM60.00 sebulan hanyalah gimik politik. Ingat seperti kata Khalid Ibrahim, manifesto bukan janji. Apakah rakyat Sarawak tidak melihat bagaimana kepimpinan Kerajaan Selangor Pakatan Pembangkang yang disaman Ibu-Ibu Tunggal Selangor kerana mungkir janji memberikan wang RM100 sebulan kepada ibu tunggal.
Penurunan harga minyak jika Pakatan Pembangkang perintah Malaysia hanyalah janji atas angin kerana mana mungkin Anwar Ibrahim mahu turunkan harga minyak. Harus diingat harga minyak Malaysia tertakluk kepada pasaran dunia dan bukannya ikut suka Anwar Ibrahim saja.
Orang Sarawak jangan terperangkap dengan janji-janji Pakatan Pembangkang yang pada dasarnya tidak akan menunaikannya seperti mana yang terjadi kepada rakyat Selangor dan Pulau Pinang juga Kedah.
Sandiwara Air Mata Lim Kit Siang Menjadi Murahan Dengan Tersiarnya Surat Dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
oleh CucuTokSelampit
Lim Kit Siang dalam sidang akhbar yang diadakan tengahari 19 April 2013, menitiskan air mata kerana menuduh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Barisan Nasional (BN) & Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mensabotaj peluang beliau menang di Parlimen Gelang Patah.
Sudah-sudahlah orang tua nak mampus menangis. Buruk nampak muka. Hebat sungguh mainan simpati yang cuba dimainkan oleh Lim Kit Siang. Sebuah drama murahan opera Cina yang memualkan. ROS sudah pun menjelaskan dalam surat di atas bertarikh hari yang sama, meyatakan bahawa DAPig boleh menggunakan logo parti itu untuk PRU-13.
Jadi DAPig tidak perlu bersandiwara bahawa parti itu diharamkan sehingga perlu menggunakan lambang PAS. Tak payah mengkaburi mata rakyat dan tak payah DAPig terus berlakon seolah-olah menjadi mangsa “pembunuhan politik”. Teruk benar skrip drama hangpa!!!
Sumber
Barisan terbaik diketengah
by Saibi Gi, Mahathir Haroun, Jessica Jawing dan Sandy Mark Luna. Posted on April 18, 2013, ThursdayMANIFESTO RAKYAT: Taib bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang (kiri) dan Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri James Masing (kanan) menunjukkan buku Manifesto BN Sarawak 2013 ketika pelancarannya di Ibu Pejabat PBB di Kuching, semalam. — Gambar Bernama
Calon-calon BN Sarawak diyakini bantu Najib bentuk kerajaan persekutuan baharu
KUCHING: Calon-calon yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini merupakan barisan terbaik dalam usaha membantu BN membentuk kerajaan persekutuan baharu.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau berpuas hati dengan pemilihan calon-calon dari kalangan parti-parti komponen BN Sarawak yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
“Kita berharap mampu meraih kejayaan cemerlang berdasarkan pemilihan caloncalon ini, sekali gus membantu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mendapat kemenangan dua pertiga,” katanya pada perjumpaan dengan calon-calon BN Sarawak di sini, semalam.
Beliau berkata lagi, ketelitian dalam proses pemilihan calon diharap memastikan BN turut meraih kejayaan lebih dua pertiga di negeri ini.
BN Sarawak akan bertanding di semua 31 kawasan Parlimen di Sarawak dengan menampilkan lapan muka baharu dari empat parti komponen itu.
Pengumuman calon-calon BN dilakukan Taib kelmarin.
Pada majlis semalam, Taib turut melancarkan Manifesto BN Sarawak 2013 bagi melengkapkan manifesto BN di peringkat pusat bertujuan mengukuhkan lagi penjelasan tentang matlamat pembangunan yang cuba dicapai BN.
Katanya, manifesto tersebut menerangkan kepada rakyat tentang lima perkara, terdiri daripada tadbir urus yang baik; transformasi ekonomi negeri; transformasi luar bandar; kesejahteraan rakyat; dan persekitaran mapan.
Tadbir urus yang baik dibuktikan dengan pengiktirafan oleh Agensi Pengkadaran Antarabangsa yang memberi ‘A3 dengan pencapaian stabil’ dan ‘Apenarafan dengan pencapaian stabil,’ katanya.
“Negeri Sarawak telah diiktiraf dan diperakui oleh Ketua Audit Negara untuk 10 tahun berturut-turut sehingga sekarang.
Ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi kita berada di paras yang baik,” ujarnya.
Transformasi ekonomi negeri pula bertujuan menjamin ekonomi negeri Sarawak pesat membangun melalui pelan pembangunan yang jelas dan tersusun, jelasnya.
“Kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang menjana banyak pelaburan, perniagaan dan pekerjaan untuk semua.
“SCORE merupakan rancangan kerajaan untuk membawa Sarawak ke arah ekonomi berpendapatan tinggi,” tambahnya
Menurut Taib, Sarawak kini bergerak ke arah sektor ekonomi dan ini merupakan kesan pelaksanaan SCORE, sekali gus ia bakal membawa kesan lebih besar pada masa depan.
“SCORE akan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
Pelaksanaan dan kejayaan SCORE adalah amat penting dan merupakan pilihan terbaik untuk melonjak ekonomi negeri,” katanya.
Beliau menyifatkan manifesto tambahan itu sebagai baik untuk rakyat dan memberi jaminan agar Sarawak menjadi sebuah negeri maju.
“Ini adalah cara kita (Sarawak) mentafsirkan dan mengadunkan manifesto BN peringkat kebangsaan ke dalam manifesto BN Sarawak.
Ini lebih relevan dengan visi kepemimpinan BN di Sarawak,” katanya.
Sindiran Chong disambut penuh makna penyokong BN
by Henrietta Liza. Utusan Borneo 17 April 2013, Rabu
PERTUKARAN: Penyokong BN, Azrai dan rakan-rakan bertukar hadiah cenderamata dengan Chong selepas menyerahkan kek sebagai tanda peringatan kepada Ketua Menteri akan hari persaraannya di Kuching semalam. — Gambar Tan Song Wei
KUCHING: Lebih kurang 100 penyokong Barisan Nasional (BN) mengerumuni kawasan ruang legar Wisma Bapa Malaysia sebagai menyambut kek dihadiahkan oleh rombongan Parti Tindakan Demokratik (DAP) semalam.
Rombongan DAP diketuai oleh Setiausaha DAP Negeri Chong Chieng Jen membawa kek yang ditempah khas itu sebagai tanda peringatan kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan janji persaraan yang diumumkannya dahulu.
Sebelum itu, rombongan tiba di pekarangan Wisma Bapa Malaysia sekitar jam 2.55 petang dan bertolak pada jam 3.10 petang.
Taib dikatakan telah berjanji secara terbuka untuk meletak jawatan pada 16 April (semalam) sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, rombongan DAP ditahan oleh penyokong BN dan sebagai pertukaran kepada hadiah keknya, Chong dihadiahkan baju ‘We Love CM’ oleh Ketua Pemuda PBB Samariang Mohd Azrai Karim.
Para penyokong BN dianggotai hampir 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut membawa sepanduk yang menyebut tokoh parti pembangkang itu tidak faham apa yang dikehendaki Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kami mahu menunjukkan sokongan kepada kerajaan BN, lagipun Ketua Menteri sering diserang sedemikian rupa tetapi masih ada yang menyanjungi tampuk pemerintahan beliau sekarang,” kata Azrai.
Chong dipetik menyebut: “Beliau seorang yang tidak berpegang pada janji beliau sendiri dan berjanji lagi untuk meletak jawatan, jadi kami hari ini cuma mahu menyerahkan kek ulang tahun sebagai simbol sindiran dan beliau sendiri faham.”
Sementara itu, beliau meluahkan rasa tidak senang dengan tindakan tidak bertanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana gagal menyediakan salinan cetak peranan pengundi.
Menurut Chong salinan itu sebelum ini selalunya tersedia dua atau tiga hari selepas Parlimen dibubarkan.
“Ada sukarelawan kami ke pejabat SPR dan diberitahu bahan salinan cetak siap pada 19 April sehari sebelum penamaan calon.
“Sedangkan sebelum ini mereka sentiasa memberitahu yang mereka sudah bersedia bagi pilihan raya.
“Ini penting untuk calon, penyokong dan pencadang kedua-duanya, mana-mana calon yang menjadi penyokong dan pencadang perlulah pengundi dari kawasan yang sama, tindakan ini tidak wajar,” ujar Chong.
BN Sarawak tampil 8 muka baharu
by Patricia Gari. Utusan Borneo 17 April 2013, Rabu
INI DIA: Taib menunjukkan senarai penuh calon BN Sarawak yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Turut kelihatan Timbalan Ketua Menteri Datukí Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang (kiri) dan Presiden PRS Tan Sri James Masing (dua kanan) serta calon Serian Datuk Richard Riot (kanan).
Seorang daripadanya calon wanita, Rubiah Wang bakal bertanding di Parlimen Kota Samarahan
KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak menampilkan lapan muka baharu bagi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengerusi BN Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata daripada lapan muka baharu itu, seorang merupakan calon wanita iaitu Rubiah Wang, 45 yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Kota Samarahan.
“Terdapat 31 kawasan Parlimen di Sarawak dan BN akan bertanding di kesemua kawasan ini dan daripada 31 calon, lapan adalah muka baharu, yang lain itu muka lama (penyandang).
“Walaupun muka lama ada yang sudah menjadi Ahli Parlimen selama sepenggal sahaja, bagi kita di Sarawak, kita menggalakkan melainkan ada wakil yang tidak memenuhi syarat sebagai seorang AP (Ahli Parlimen) yang cukup giat mengikut pandangan kawasan mereka, kita menggantikan mereka sebelum memenuhi dua penggal,” katanya ketika mengumumkan calon BN Sarawak yang akan bertanding pada PRU13 nanti.
Taib menambah, dalam lapan muka baharu ini seorang daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu Rubiah Awang, seorang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu Ugak Kumbong yang akan bertanding di kerusi Parlimen Hulu Rajang.
Tiga lagi calon baharu ialah daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) iaitu Tan Kai (Bandar Kuching), Datuk Sebastian Ting (Miri) dan Temenggung Vincent Lau (Sibu) manakala tiga lagi daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) iaitu Nogeh Gumbek (Mas Gading), Anyi Ngau (Baram) dan William Mawan (Saratok).
Manakala 23 lagi calon BN Sarawak merupakan muka lama yang mendapat sokongan kuat daripada akar umbi, tambahnya.
Mengulas mengenai calon baharu wanita tunggal kali ini, Taib berkata Rubiah pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Sarawak (SAO), kemudian dilantik sebagai Pegawai Daerah Asajaya dan merupakan anak jati Kota Samarahan.
“Beliau mendapat permintaan daripada pengundi kawasan Samarahan sendiri supaya menjadi calon kita, yang saya harap seorang yang dapat menjadi Ahli Parlimen memikul peranan wanita untuk berkhidmat dalam kawasan mereka dan telah berkhidmat dengan begitu baik sebagai seorang DO,” ujarnya.
Ditanya mengenai peluang BN Sarawak memenangi kesemua kerusi Parlimen di negeri ini, Taib yakin BN Negeri mampu menang sekurang-kurangnya dua pertiga kerusi yang dipertandingkan.
“Menang di 23 hingga 27 kerusi adalah pencapaian yang munasabah bagi kita (BN Sarawak) dalam Pilihan Raya Umum kali ini,” katanya.
Mengenai calon bagi kerusi Saratok dan Baram, Taib memberitahu bahawa perubahan calon tidak dilakukan pada saat-saat akhir sebaliknya perkembangan isu tersebut dilihat dan dikaji lebih tiga bulan lalu.
Keputusan hanya dibuat selepas calon-calon berjaya diyakinkan bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.
Taib dalam pada itu menasihati penyandang yang tidak dicalonkan semula agar tidak berkecil hati sebaliknya terus menyokong BN untuk kejayaan besar.
Sebagai ahli politik yang berpengalaman mereka harus faham selok-belok politik dan perubahan harus berlaku dengan kesinambungan parti dan BN.
Terdapat 31 kerusi Parlimen di Sarawak, 14 diperuntukkan kepada PBB, tujuh diberikan kepada SUPP, empat (SPDP) dan PRS enam kerusi.
ANTARA SENARAI CALON GERAKAN
apakata 15 April 2013
Kerusi Parlimen
---------------
1. Batu Kawan - N. Gobalakrishnan (muka baharu)
2. Bukit Bendera - Teh Leong Meng (muka baharu)
3. Tanjong - Ng Song Kheng (muka baharu)
4. Jelutong - Ng Fook On
5. Taiping - Tan Lian Hoe
6. Beruas - Chang Ko Youn
7. Telok Intan - Mah Siew Keong
8. Puchong - A. Kohilan Pillay (muka baharu)
9. Batu - Dr Dominic Lau Hoe Chai (muka baharu)
10. Segambut - B. Jayanthi Devi (muka baharu)
11. Simpang Renggam - Liang Teck Meng
Kerusi DUN
----------
PULAU PINANG:
------------
1. Machang Bubuk - Tan Loke Heah (muka baharu)
2. Bukit Tengah - Teng Chang Yeow
3. Bukit Tambun - Lai Chew Hock
4. Tanjung Bunga - Chia Kwang Chye
5. Kebun Bunga - H''ng Chee Wey (muka baharu)
6. Pulau Tikus - Rowena Yam (muka baharu)
7. Padang Kota - Oh Tong Keong (muka baharu)
8. Datuk Keramat - Ong Thean Lye
9. Sungai Pinang - Dr Thor Teong Gee
10. Batu Lanchang - Lee Boon Ten
11. Air Itam - Loo Jieh Sheng (muka baharu)
12. Batu Uban - Goh Kheng Sneah
13. Pantai Jerejak - Wong Mun Hoe
KEDAH:
-----
1. Derga - Dr Cheah Soon Hai
2. Sidam - Bee Sieong Heng (muka baharu)
PERAK:
-----
1. Kuala Sepetang - Loh Swee Eng (muka baharu)
2. Aulong - Soo Key Ping (muka baharu)
3. Jalong - Liew Yew Aw (muka baharu)
4. Canning - Ceylyn Tay Wei Lung (muka baharu)
PAHANG:
------
1. Tanah Rata - Ho Yip Kap
2. Triang - Tan Tin Loon
SELANGOR:
---------
1. Teratai - Ben Liew Pok Boon (muka baharu)
2. Bukit Gasing - Juan Sei Chang (muka baharu)
3. Bukit Lanjan - Francis Chong Tuck Chiew (muka baharu)
NEGERI SEMBILAN:
---------------
1. Bukit Kepayang - Wong Oi Foon (muka baharu)
2. Senawang - Choong Vee Hing (muka baharu)
MELAKA:
------
1. Bachang - Chua Lian Chye (muka baharu)
JOHOR:
------
1. Pemanis - Lau Chin Hoon
2. Bukit Batu - Cheong Chin Liang
SABAH:
-----
1. Elopura - Au Kam Wah
2. Tanjong Papat - Raymond Tan Shu Kiah
Taib Umum Senarai Calon Esok
16 April 2013 - Utusan Borneo
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN) Negeri yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) esok (Rabu).
Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata Barisan Nasional (BN) Negeri akan bermesyuarat pada 17 April ini (esok) dan Taib dijangka membuat pengumuman selepas mesyuarat tersebut.
Menurutnya ketika ini masih terdapat empat kerusi Parlimen Sarawak yang masih belum pasti calonnya dan kerusi-kerusi itu milik Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Kerusi itu ialah Parlimen Mas Gading, Saratok dan Baram (SPDP) dan Hulu Rajang milik PRS.
“Isu calon untuk empat kerusi ini akan dibincang dan dimuktamadkan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN esok (hari ini) dan nama-nama mereka akan diumumkan pada Rabu.
“Keputusan siapa bakal bertanding di empat kerusi ini belum dipastikan lagi.
“Namun saya percaya ia akan selesai sebaik Majlis Tertinggi BN Negeri bermesyuarat esok (16 April),” katanya ketika dihubungi semalam.
Mengulas mengenai calon BN Negeri secara keseluruhannya, Dr Rundi berkata calon-calon dua parti komponen BN iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sudah dipastikan.
Bagaimanapun senarai penuh calon BN hanya akan diumumkan oleh Ketua Menteri selaku pengerusi BN Negeri.
BN Negeri akan meletakkan calonnya di 31 Parlimen di negeri ini dan daripada jumlah itu 14 kerusi diperuntukkan kepada PBB, enam milik PRS, tujuh (SUPP) dan empat lagi diperuntukkan kepada SPDP.
Penamaan calon 20 April, undi 5 MeiWartawan Sinar Harian 10 April 2013PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.
Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April.
Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi.
Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.
Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok.
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun.
SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu dan Dun antara 3 dan 5 April.
Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), Pas (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.
Abdul Aziz berkata, SPR telah menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 3 April 2013 berhubung pembubaran Dewan Rakyat.
Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 5 April dan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.
Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.
Abdul Aziz berkata, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan esok dan notis pilihan raya pada Jumaat, 12 April.
Beliau berkata, berdasarkan daftar pemilih, terdapat 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal.
Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara).
Abdul Aziz berkata, sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya.
Untuk tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 tempat/saluran mengundi.
Bagi pengundian biasa, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi akan disediakan, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat/saluran mengundi.
Empat peraturan baharu akan diperkenal pada pilihan raya kali ini ke arah penambahbaikan proses pengundian iaitu penggunaan dakwat kekal; pengundian awal oleh anggota polis dan tentera menggantikan undi pos; membenarkan orang kurang upaya (OKU) membawa orang dipercayai untuk membantu semasa pengundian, serta pemansuhan proses bantahan dan penarikan balik pencalonan.
Peraturan itu dilaksanakan berikutan pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan) 2012 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 (Pindaan) 2012.
Ia diwartakan tahun lepas. Peraturan dakwat kekal mewajibkan setiap individu yang ingin mengundi untuk dicalit jari telunjuk kiri mereka sebelum diberikan kertas undi. Bagi pengundi yang enggan mematuhi peraturan itu, kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada mereka.
Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia, semua petugas media termasuk wartawan, jurugambar, jurukamera dan juruteknik yang bertugas di luar kawasan berdaftar mereka, juga layak memohon untuk mengundi awal.
Omegay12: Fatwa baru Wally Slipor - MCA, MIC sokong UMNO Islam wasatiyah haram..DAP perlekeh Islam tak haram! >XD
DIMENSIKOTA BHARU 9 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin terdesak selepas mendapat tentangan daripada golongan ulama dan tahfiz semakin merepek apabila mendakwa kewujudan UMNO satu kecelakaan besar kepada orang Melayu.Beliau dalam nada marah mendakwa pemimpin-pemimpin UMNO jahat dan berlagak seperti Tuhan apabila mula bercakap mengenai Islam tetapi pada masa sama menolak agama itu dalam perjuangan.Dalam kenyataan kerasnya, Menteri Besar Kelantan itu turut mendakwa UMNO adalah parti yang paling haram di negara ini kerana menolak Islam dan tidak mengamalkan undang-undang Islam semata-mata mahu menjaga hati pemimpin-pemimpin MIC dan MCA yang katanya jelas menolak Islam.Pada masa sama, beliau mendabik dada mendakwa kononnya Pas telah berjaya mendidik pemimpin-pemimpin DAP sehingga parti itu menerima Islam dan mahu menggunakan lambang Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika DAP diharamkan."Dia sebut haram undi Pas, saya kata kalau Pas ini haram tiada parti di Malaysia ini yang boleh diundi. UMNO lebih haram lagi kerana UMNO orang Melayu, tolak Islam, bila tolak Islam, dia nak bawa hala agama mana, pemimpin UMNO nak bawa Melayu pada agama apa."UMNO ni letak taraf dia serupa dengan Tuhan, dia boleh kata Islam itu ditolak pada hal Islam ni agama Allah. Allah ni maha suci, maha kuasa kita sebut subhanallah jadi pemimpin UMNO ni letak taraf dia serupa Tuhan, berasa nak tolak, tolak, berasa nak terima, terima, ini jahat."Oleh yang demikian kalau ada parti di Malaysia ini yang haram diundi UMNO-lah yang pertama diharamkan. Pas tahu MCA tak boleh terima Islam, DAP terima, jadi Pas punya keadaan berkeras sekalipun nak Islam DAP boleh terima."Maka kerana kerana UMNO ambil hati MCA ertinya UMNO kuda tunggangan bagi MCA. Pas (prinsip kami) berkeras nak terima kami jadi pakatan dengan DAP kena terima Islam tak nak terima sudah," katanya ketika ditemui dirumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.Nik Abdul Aziz diminta mengulas deklarasi yang dikeluarkan pada Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat, dan Tahfiz seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini bahawa mengundi pakatan pembangkang pada PRU-13 adalah haram kerana parti pembangkang menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.Untuk rekod, Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah mencabar Pas agar "melangkah mayatnya dahulu" jika parti sekutunya bercadang untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud. - Utusan Malaysiaku sayangkehkehkeh aku dah cakap dahh...makin dekat pru banyak fatwa merapu yang akan tersembor keluar dari molot berus wally slipor huhuhuhu...si tua kutok ni marah sangat sebab ape yang dia ungkapkan tu memang 'terkena' kat batang hidung sendiri...wally slipor tau takde sape pemimpin fuckatan yang berani nak keluar fatwa melainkan dia memandangkan PRU semakin dekat!...kalau nak di suruh anuwar pun takde beza..silap2 anuwar keluar fatwa liwat tu HALAL tak sampai 24 jam!...nak suruh kit siyal?...lagi lerrr...aleh2 esok nga kor meng keluar surah versi a'ala ke-II huhuhuhuape pun kita tunggu lagi..esok2 gerenti wally slipor bakal keluarkan lagi fatwa gler vavi isut sesedap rase kehkehkehkeh >XD
KENAPA NURUL IZZAH TAK RISAU VIDEO SEKSNYA DIDEDAHKAN??
reformasin.blogspot.com
Selepas Anwar, video seks Nurul Izzah akan dikeluarkan tidak lama lagi...
PETALING JAYA, 26 Mac — Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.
Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar video seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah (gambar), ahli parlimen Lembah Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya.
Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain.
“Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.
“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR hari ini.Saifuddin tidak menyatakan permintaan atau sebab mengapa agen tersebut membenarkan beliau untuk menonton video, disiarkan di dalam kereta tetapi mengulangi ia adalah ugutan biasa untuk memusnahkan karier politik mereka yang disiarkan menuju pilihan raya umum.
Beliau menegaskan video tersebut adalah palsu, mengatakan ia direka menggunakan manipulasi imej digital melibatkan gandingan adegan berasingan untuk memberi gambaran penggubal undang-undang yang diketengahkan telah melakukan salah laku seksual.
"Kami tidak rasa takut. Kami sudah biasa," katanya, sambil menambah jika dikeluarkan, kesahihan video dan gambar boleh dicabar di mahkamah.
Tetapi Saifuddin menerangkan, PKR mahu memberi amaran kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu mengenai video mungkin akan dikeluarkan untuk menggelirukan pengundi dalam apa yang beliau labelkan sebagai tindakan terdesak.
"PKR ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sudah menjadi lumrah perjuangan bahawa mereka yang berada di barisan kebenaran akan diuji dengan sengit.
"Ia hanya mengukuhkan keazaman kami untuk terus mara ke hadapan," katanya. "Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan."
Anwar telah berulang kali pada masa lalu dikaitkan dengan pelbagai video seks dan gambar, termasuk video terkenal yang mendakwa perlakuan seksnya dengan gadis China yang dikeluarkan oleh "trio Datuk T" tahun lepas.
Dalam serangan terbarunya, penulis blog pro Umno mengeluarkan gambar seorang lelaki menyerupai Anwar bercumbu dengan seorang lelaki dan menyiarkan sebahagian daripada videonya berbual dengan seorang pelajar lelaki berumur 19 tahun yang dituduh melakukan hubungan seks dengannya kemudian.
Anwar baru-baru ini memfailkan saman RM100 juta terhadap penulis blog pro Umno Papagomo selepas tuduhan video seks tersebut, mendakwa imej yang dikeluarkan palsu dan bertujuan untuk merosakkan imejnya. -TMI
UNIMAS sedia 100 tempat Pra-U kepada pelajar pedalaman
9 April 9 2013, Selasa - Utusan Borneo
LANCAR: Fadzil menandatangani buku program sebagai simbolik
perasmian sambil disaksikan Rahman (kiri) pada majlis perasmian
di UNIMAS semalam.
KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kini menyediakan 100 tempat khas kepada pelajar dari pedalaman Sarawak untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pra-Universiti (Pra-U) di situ.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UNIMAS Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata, 100 tempah khas itu disediakan hasil kerjasama dan persetujuan Yayasan Sarawak untuk menyediakan biasiswa kepada 100 pelajar yang layak.
“Saya difahamkan pihak Yayasan Sarawak telah bersetuju memberi biasiswa kepada 100 pelajar anak Sarawak dari pedalaman untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkar Pra-Universiti di sini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program sukarelawan Inspirasi Kenyalang 2013 di UNIMAS semalam.
Dengan adanya 100 tempat khusus untuk anak Sarawak dari pedalaman Fadzil memberitahu, ia sekali gus menyediakan peluang khas dalam memfokuskan kepada pembangunan anak-anak tempatan dalam bidang pendidikan tinggi.
Beliau menjelaskan, walaupun Kementerian Pengajian Tinggi ada menyediakan biasiswa kepada pelajar Pra-U namun ia merangkumi pelajar di seluruh Malaysia.
“Maka, ia tidak terlalu fokus kepada anak-anak tempatan terutama dari pedalaman Sarawak, sebab itu kami mencari ikhtiar dan akhirnya pihak Yayasan Sarawak bersetuju dalam bersama-sama memberi peluang khas kepada anak Sarawak untuk berjaya.
“Untuk mendapatkan biasiswa ini, pelajar perlu memenuhi syarat minimum yang kami telah tetapkan.
“Inilah yang kami perlu lakukan untuk menabur bakti membangunkan anak Sarawak,” tambahnya.
Pada masa yang sama beliau memberitahu bahawa pengambil pelajar terbabit akan dilaksanakan pada tahun ini iaitu sesi kemasukan Jun ini bagi pengajian di peringkat Pra-U di situ.
Menyentuh mengenai program komuniti yang dianjurkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMAS, Fadzil berkata ia dapat mendekatkan mahasiswa kepada pelajar dari pedalaman Sarawak.
“Semangat kesukarelawan amat kami galakkan di kalangan mahasiswa dalam berkongsi pengalaman dengan pelajar dari pedalaman Sarawak tentang peluang yang disediakan di universiti,” katanya.
Selain itu, jelasnya ia dijadikan platform menambah minat golongan sasar dari pedalaman untuk berjaya di peringkat yang lebih tinggi.
Sementara itu, Pengarah Projek Abdur Rahman Abdul Rahim berkata, sebanyak 10 sekolah di pedalaman Sarawak telah terpilih dalam program itu seperti di Sibu, Saratok, Batang Igan, Dalat dan beberapa kawasan lain.
“Dalam program ini kami dianggotai sembilan peserta akan mengagihkan alat tulis dan buku serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pelajar dari pedalaman,” katanya sambil menambah, lebih 500 buku telah berjaya dikumpulkan untuk tujuan itu.
Malah, tambahnya aktiviti kemasyarakatan turut diadakan yang melibatkan 87 pelajar seperti program keluarga angkat, sukan rakyat, malam kebudayaan dan kesenian selama tiga hari bermula 12 April.
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants