SIBU, 22 Ogos (Bernama) -- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan
menghantar 30 anggotanya dari seluruh Sarawak untuk menjalani latihan
berpidato di ibu pejabat Barisan Nasional di Kuala Lumpur sebagai
persiapan menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang, kata Menteri
Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh.
|
YB Dato Sri Wong Soon Koh N47 Bawang Assan |
"Sepuluh anggota dari Utara, bahagian tengah dan kawasan Selatan akan
dipilih dari pertandingan pidato bahasa Mandarin dari cawangan parti
masing-masing untuk menjalani latihan itu," katanya.
Wong yang juga Timbalan Setiausaha Agung SUPP berkata demikian selepas
merasmikan pertandingan pidato bahasa Mandarin di cawangan parti itu di
Sibu di sini.
"Kami mahu anggota parti mahir berpidato," tambah beliau.
mukapetang: Kalau nak jadi menteri SUPP tak perlu pandai berpidato dah nanti Dato Sri Wong akan hantar pergi training. Bagusla nampaknya SUPP semakin gigih memperkuatkan jentera dan tenaga parti bagi menghadapi PRN.
2 ulasan:
Elok lh macam tu,kelemahan parti cuba di perbaiki,jgn menuding ke arah orang lain jika berlaku kekalutan dalam parti.
terima kasih 4 the info.semoga dapat memanafaat kan sidak.
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!