Rabu, 6 April 2011
Sekitar Bilik Gerakan PKR Kpg Temedak
Mukapetang sempat bersiar-siar meneroka segenap ceruk mencari bilik gerakan PKR di Satok. Apabila lau di kawasan Kampung Temedak yang menjadi sarang kepada AMK Sarawak, mereka kelihatan sungguh santai.
Ini bermaksud mereka tidak yakin akan menang memandangkan AMK Nazib pun menyokong kepimpinan Datuk Amar Abang Johari di Satok.
Datuk Amar boleh dikatakan telah mencorak Satok dengan baiknya sejak awal tahun 80-an. Malah bukan Satok sahaja namun Sarawak juga telah dicorak dengan berkesan!!
Pada awal tahun 1981, Kilang Toko dari Jepun telah bertapak di Sarawak berkat hasil dan usaha Menteri Perindustrian ketika itu iaitu Abang Johari Tun Openg.
Ikutilah kupasan menarik mengenai Abang Johari esok!!
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!