Haji Ahmad Lai telah menunjukkan keperihatinan beliau dengan menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan pada majlis menyumbang duit raya yang diadakan di Masjid Darul Khairat, Kampung Bakam pada Rabu lalu.
Menurutnya, sikap suka menghulurkan bantuan terutamanya terhadap golongan yang memerlukan mestilah sentiasa tersemai di dalam hati. Beliau juga mengsyorkan agar lebih banyak amal-ibadah dan amalan bersedekah dihulurkan kepada yang memerlukan sempena bulan Ramadan!!
Kikiskan sikap berpuak-puak: Ahmad Lai
Aug 19th, 2011 @ 11:58 am
Umat Islam perlu memperkukuhkan silaturahim sesama sendiri untuk manfaat bersama
MIRI: Sikap berpuak-puak harus dikikis demi memperkukuhkan ikatan silaturahim terutamanya di kalangan umat Islam itu sendiri.
Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang mengingatkan semua saudara Islam untuk bersatu-padu dan saling bantu-membantu demi manfaat bersama.
"Sikap benci-membenci dan berpecah-belah bukanlah sesuatu yang harus ada dalam diri kita," katanya dalam satu majlis ringkas penyampaian sumbangan duit Raya di Masjid Darul Khairat, Kampung Bakam pada Rabu lalu.
Turut hadir pada majlis adalah Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lambir, Julani Mokhtar dan pengerusi masjid Mokhtar Ree.
Menurutnya, sikap suka menghulurkan bantuan terutamanya terhadap golongan yang memerlukan mestilah sentiasa tersemai di dalam hati.
"Lebih-lebih lagi pada bulan mulia bulan Ramadan sebegini, kita perbanyakkanlah amalan kebajikan dan bersedekah," ujar beliau lagi.
Beliau pada masa sama turut menyeru di kalangan penduduk setempat supaya memberikan kerjasama penuh kepada wakil rakyat tempatan yang baru dipilih pada pilihan raya negeri yang lalu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat.
Sebelum itu, Mokhtar dalam ucapannya turut menyatakan terima kasih beliau ke atas sikap prihatin oleh wakil rakyat ke atas golongan yang memerlukan.
"Kita bersyukur kerana mendapat pelbagai bantuan kerana sikap prihatin yang diberikan oleh wakil rakyat kita," katanya.
Semalam, Ahmad Lai menghulurkan bantuan duit Raya kepada seramai 111 orang terdiri daripada golongan balu, anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan saudara baru dari Kampung Bakam, Pusil, Tukau, Siwak, Kuala Bakam serta Kampung Raan.
Majlis berkenaan turut diikuti dengan tazkirah, berbuka puasa bersama-sama serta disusuli dengan solat Maghrib.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!