Pusat Islam Antarabangsa memang unik kerana ia merupakan pusat untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai yang takutkan Islam sejak peristiwa 9 September di Amerika Syarikat dulu.
Sejak dari penubuhannya Pusat Islam juga menjadi tumpuan para pelajar dari Timur Tengah dan Afrika yang beragama Islam untuk bertemu dah beribadah. Ini kerana Pusat Islam ini memberikan ceramah dan mengadakan khutbah Jumaat dalam bahasa Inggeris.
Eh
Mereka juga boleh bersembahyang tarawikh dengan selesa dan terdapat kelas bimbingan agama dalam bahasa Inggeris agar mereka yang meneruskan pengajian di Sarawak masih dapat mendalami hal-ehwal Islam. Para ulama dari Timur Tengah dan benua Afrika juga dijemput untuk memberikan ceramah agama dalam bahasa Inggeris di ini di samping dapat bersua- kenal dengan para pelajar dari negara mereka di sini.
Memang benar IIC bukan bertujuan untuk membawa mahupun menyebarkan syiar Islam kepada bangsa lain tetapi adalah sebagai tempat untuk warga asing yang beragama Islam untuk beramal dan berjumpa sambil bertukar-tukar pendapat semasa berada di Sarawak
IIC bukan untuk mengislamkan orang
Oleh Sandy Mark Luna
Aug 18th, 2011 @ 11:56 am
KUCHING: Pusat Penerangan Islam (IIC) bukan untuk menarik orang beragama lain menyertai Islam, demikian tegas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman.
Katanya, bahkan Pusat Penerangan Islam merupakan landasan yang baik untuk memperkukuhkan persefahaman antara umat Islam dan bukan Islam.
"Tujuan pusat ini dibina tiga tahun dahulu bukanlah untuk menarik orang beragama lain untuk menyertai Islam, tetapi tidak lebih daripada memperkasakan persefahaman antara Islam dan bukan Islam," katanya ketika berucap sempena ulang tahun ke-3 pusat itu, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Penasihat Pusat Penerangan Islam Profesor Dr Abdul Rahman Deen dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pe-nerangan Islam Zabariah Matali.
Daud berkata, matlamat pembinaan Pusat Penerangan Islam (IIC) ternyata berjaya apabila berjaya menepis segala prasangka buruk awal yang timbul pada awal pelaksanaan projek itu tiga tahun lalu.
"Jadi ini yang kita mahu kerana sekiranya kita saling memahami, maka kurang salah faham antara kita," katanya
Katanya, pada awal pembinaan pusat itu, ramai yang khuatir bahawa ia bertujuan untuk menarik orang memeluk agama Islam kerana tapak pembinaannya yang terletak di kawasan majoriti bukan Islam.
Jelasnya, dalam Islam tidak ada paksaan untuk menyertai agama itu tersebut.
"Justeru, jangan takut. Tidak mungkin kita mahu memaksa anda menyertai Islam tetapi kita sekadar mahu anda memahami agama ini dengan lebih baik.
Kecualilah orang dengan rela hati mahu memeluk agama Islam, barulah kami menerima anda dengan hati terbuka.
Beliau turut melahirkan kebanggaan terhadap negeri kerana penduduk di Sarawak dapat hidup harmorni walaupun berbilang kaum dan agama.
"Walaupun berlainan kepercayaan, agama dan bangsa, kita saling menghormati perbezaan yang ada antara kita," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!