Sedar atau tidak amalan mengenepikan kebajikan pekerja merupakan tarikan utama pelabur asing ke Malaysia malah ke Sarawak. Tidak hairanlah rantau Asia Tenggara pernah dikenali sebagai cheap women labour workforce di mata dunia dengan adanya syarikat seperti Taiyo Yuden, Toko Elektronik yang membayar gaji lebih rendah kepada pekerja wanitanya.
Apabila Abang Jo menjadi Menteri Perindustrian suatu masa dahulu, maka masuklah syarikat besar seperti 1st Silicon yang dijaga oleh kerajaan negeri. Sokongan BN begitu kuat kerana kebanyakan jurutera muda adalah daripada kaum bumiputera,
Kemudian apabila Dr Chan pula menjadi menteri perindustrian, maka terjadilah butterfly effect di mana, pilih bulu mula berlaku dan kebanyakan jurutera muda bumiputera
dianaktirikan dalam penjadualan gaji baru dan tdak hairanlah kebanyakannya lari ke syarikat di luar negeri. Jurutera cina akan mendapat kenaikan 20% manakala jurutera bumiputera hanya 5%. Fenomena ini berterusan sehingga boleh dikatakan tidak ramai golongan bumiputera Melayu yang kekal di SAMA JAYA.
Zon SAMA JAYA menjadi pusat untuk menanam perasaan benci kerajaan. Sarapan pagi akan bermula dengan sekumpulan anak muda yang pro DAP untuk bercerita mengenai keburukan kerajaan BN dan golongan jurutera muda yang neutral lambat laun akan terpengaruh juga apabila semakin ramai teman sekerja mula mengutuk kerajaan dan pekmo. Inilah punca lahirnya ADUN Batu Kawa yang benci kepada pembangunan oleh kerajaan dan menyertai DAP. Kawasan SAMA JAYA juga turut menjadi zon untuk membina kekuatan jentera DAP di mana surat berantai tersebar melalui e-mail dengan sewenang-wenangnya tanpa batasan kerana Pengarah Teknologi Maklumat setiap syarikat juga dipelopori oleh orang pro-DAP. .
Golongan mahir turut disaring untuk memasuki syarikat antarabangsa seperti X-FAB, Hitachi dan tidak lupa Sanmina. Syarikat X telah melantik Pengarah Sumber Manusia diterbangkan khas dari Pulau Pinang untuk memastikan penyokong DAP sahaja yang akan mendapat pekerjaan di zon SAMA JAYA.
Sekiranya golongan bumiputera ditawarkan jawatan jurutera maka Section Manager perlu menulis dengan panjang lebar kenapa jurutera bumiputera ini dipilih untuk menjawab kepada Pengarah Sumber Manusia? Sebaliknya sekiranya jurutera cina maka tiada persoalan. Kononnya Pengarah Sumber Manusia X dihadiahkan rumah di China kerana sering mengambil pekerja asing dari negara China?
Fail permohonan pekerja di Jabatan Sumber Manusia syarikat X akan melihatkan cuma golongan cina sahaja yang berminat untuk memohon kerana surat permohonan daripada golongan bumiputera sudah dimasukkan ke dalam tong sampah? Kalau tidak pun cuma untuk jawatan operator atau jawatan yang berkelayakan diploma sahaja? Adakah ini kerana surat permohonan akan dibuka oleh pegawai sumber manusia yang kesemuanya terdiri daripada golongan cina dan bukan bumiputera? Ini bukanlah untuk menaikkan semangat perkauman tetapi seharusnya dalam negara Malaysia perlu ada quota seperti yang di amalkan dalam syarikat berhad di mana 30% hendaklah terdiri daripada golongan bumiputera dan bukannya 100% golongan cina? Adakah ini bermaksud syarikat di SAMA JAYA memilih bulu?
Persoalan utama sekarang ini adalah, kenapa See Chee How berminat untuk menolong menjaga kebajikan bekas pekerja Sanmina-SCI? Bukankah ini sudah jelas terbukti bahawa zon SAMA JAYA merupakan pusat membina jentera Pakatan Haram dan sekiranya See Chee How tidak membantu maka hilanglah usaha Pakatan Haram di SAMA JAYA? Kenapa Violet Yong tidak berkicau sedangkan semua orang sudah tahu bahawa Violet adalah Ratu Rasis DAP? Mungkin Violet Yong menunggu masa sahaja untuk menyerang kaum Melanau seperti yang pernah dilakukan dahulu semasa PRN Sarawak!!??
Sekarang ini Portfolio Perindustrian adalah di bawah Awang Tengah. Adakah beliau akan membiarkan SAMA JAYA menjadi pusat membina jentera DAP mahu pun Pakatan Haram?
Tubuh badan jaga kebajikan bekas pekerja Sanmina-SCI
Utusan Borneo 23 November 2012, Jumaat
“Di Malaysia, tiada bantuan kepada penganggur daripada kerajaan. Pekerja Saminna-SCI yang diberhentikan hilang punca pendapatan dan menghadapi masalah untuk mengatur semula kehidupan serta tanggungan mereka seperti aspek pendidikan, perumahan dan keperluan harian,” katanya ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada Persidangan DUN, semalam.
Oleh itu, katanya, Dana Kecemasan harus ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk memberi bantuan segera kepada pekerja yang terjejas. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang itu berkata, dana sedemikian penting sebagai perlindungan kepada pekerja tempatan memandang pelaburan asing yang besar diramalkan di Sarawak.
“Penekanan adil mesti diberikan kepada insentif untuk menarik pelaburan asing dengan kebajikan pekerja,” tegasnya. Beliau menambah, insiden pemberhentian kira-kira 1,000 pekerja Sanmina-SCI harus memberi mesej yang kuat bahawa amalan perindustrian yang kurang baik sedemikian tidak boleh diterima dan tidak harus dipandang ringan. See menegaskan, ini adalah kerana pekerja di Sarawak akan terus ditindas dan hak serta kepentingan mereka dicabul oleh konglomerat antarabangsa.
“Ketua Menteri pernah mengingatkan Dewan bahawa kita sekarang berada dalam zaman ‘realiti baharu’ iaitu bagi memenuhi tuntutan persaingan antarabangsa, kita memerlukan piawaian antarabangsa. Ini termasuk piawaian amalan buruh yang setanding dengan norma antarabangsa,” ujarnya. Menurutnya, daripada kira-kira 1,000 pekerja yang diberhentikan tanpa notis, 315 merupakan kaum Bidayuh, 295 (Melayu), 220 (Iban), 134 (Cina), 18 (Melanau), 15 (Orang Ulu) dan lapan lagi lain-lain.