Kempen PRU13 cuma diberi tempoh selama 11 hari. Ini berikutan daripada tuntutan parti politik dan juga petugas media. Ada yang menyatakan mereka bekerja tanpa henti selama tempoh berkempen dan amat meletihkan.
Kenapa tidak ditambah bilangan pekerja yang masih banyak mengganggur di luar sana? Tidak pernahkah mereka terfikir untuk menambah bilangan petugas media dan ahli parti agar proses kempen pilihanraya semakin meriah seperti yang sering berlaku setiap kali Pilihan raya diadakan?
Adakah ini bermakna begitu ramai petugas yang tidak proaktif diambil bekerja sedangkan lebih ramai lagi tenaga kerja yang diperlukan untuk memastikan kempen pilihan raya berjalan dengan lancar!
Mungkin Sarawak tidak dapat diperuntukkan 11 hari kerana faktor permukaan buminya yang beranika dan taburan penduduk di luar bandar dan pedalaman masih berselerak. Semoga tempoh untuk berkempen dikaji semula dan mengambil kira faktor muka bumi di Sarawak dan Sabah sebelum memberikan kata putus.
SPR: Tempoh kempen PRU13 lebih 11 hari
Wartawan Sinar Harian
22 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kemungkinan melebihi 11 hari atas permintaan pelbagai pihak, termasuk parti politik.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tempoh tersebut dirasakan sesuai walaupun terdapat tuntutan daripada pihak tertentu yang mahu kempen pada PRU-13 dijalankan selama tidak kurang 21 hari.
"Ada juga permintaan supaya tempoh kempen tidak terlalu panjang kerana pada mereka kempen di Malaysia sangat meletihkan bukan sahaja kepada calon tetapi juga kepada petugas media kerana perlu bertugas 'around the clock'," katanya kepada Bernama dan RTM selepas menjadi tetamu dalam program Terus Terang di stesen radio Nasionalfm di sini hari ini.
Abdul Aziz bagaimanapun berkata SPR akan meneliti perkara itu dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk kos pengendalian yang mungkin tinggi jika kempen dibuat dalam tempoh yang panjang.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!