MOSTI akan menerima seberapa banyak dana yang disalurkan dan menggunakan peluang ini untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap sains dan inovasi. Walaupun dua kosa kata sahaja namun bidang sains dan inovasi memiliki pengertian yang luas.
Syabas kepada usaha Fadillah yang sentiasa ingin membawa kesedaran rakyat terhadap sains dan inovasi. Bidang sains dan inovasi ini sekiranya digunakan dengan bijak akan dapat menambahkan pendapatan keluarga di samping memudahkan cara kehidupan harian untuk lebih teratur dan mudah untuk diurus.
Sasaran 60 peratus kesedaran rakyat terhadap sains, inovasi
Utusan Borneo 12 September 2012, Ra
RAIKAN BERSAMA: Fadillah (kiri ketiga) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (kanan) dan Pengarah Kolej Komuniti Kuching Saidi Japari (kiri) semasa Majlis Ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri semalam.
KUCHING: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 60 peratus pencapaian bagi mendorong rakyat Malaysia memperlengkapkan diri dengan pengetahuan kreatif dan inovatif serta menjana pendapatan tinggi negara.
Setakat ini, pihaknya dalam usaha untuk memperhebatkan kempen kesedaran itu di peringkat akar umbi yang mana masih berada pada 40 peratus tahap kesedaran.
Timbalan Menteri MOSTI Datuk Fadillah Yusof berkata, pihaknya berharap siri kelima gerakan Sains dan Inovasi Negara yang akan diadakan serentak dengan Regata Sarawak dari 14 hingga 16 September ini dapat meningkatkan lagi kesedaran orang ramai terhadap kepentingannya.
“Pengetahuan adalah langkah pertama, dan setiap orang perlu mempunyai fikiran yang kreatif dan inovatif untuk menjana kekayaan dan menyumbang kepada masyarakat atau organisasi di mana mereka sedang berkhidmat,” kata Fadillah ketika merasmikan Majlis Ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri anjuran Kolej Komuniti Kuching semalam.
Tambah beliau, apabila negara mencapai status negara berpendapatan tinggi, cukai akan meningkat secara beransur-ansur dan ia akan menambah dana tabungan negara.
“Ia akan membolehkan kerajaan untuk meneruskan program pembangunan fizikal atau menyumbang semula kepada pembangunan sumber manusia demi masa depan yang lebih baik.
“Kita amat bernasib baik kerana Kolej Komuniti merupakan pusat pengajian tinggi awam yang menawarkan pembelajaran sepanjang hayat dengan kadar yuran terendah untuk ibu bapa berpendapatan RM3,000 ke bawah,” katanya.
Sementara itu, ketika mengulas mengenai Belanjawan akan datang, beliau berkata: “MOSTI akan menerima apa sahaja dana yang diperuntukkan kepada kementerian.
“Setiap kementerian mempunyai keutamaan sendiri bagi peruntukan bajet, itulah sebabnya kita perlu mempunyai minda kreatif dan kami akan mencari sumber alternatif daripada agensi swasta yang setakat ini hampir mencecah RM1 juta,” katanya yang mana Yayasan Inovasi Malaysia berganding bahu mengukuhkan program kementerian.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!