MyCreative adalah cabang pelaburan kerajaan untuk merangsang industri kreatif Malaysia melalui pembiayaan yang strategik dan inovatif di dalam bentuk ekuiti atau pelaburan hutang.
PM sedar bahawa cuma melalui pendekatan secara kreatif sahaja yang dapat membina daya saing yang tinggi di mata dunia. Ini termasuk cara menangani setiap aspek masalah dengan pantas tetapi melalui secara kreatif.
Cara konvensional pula dapat menyelesaikan masalah teapi untuk tempoh yang terhad dan tidak menyeluruh. Oleh itu kita digalakkan untuk menangani setiap aspek masalah dengan penyelesaian yang kreatif tetapi berkesan walaupun pada awalnya mungkin terdapat kelainan atau pelik.
Najib: Pendekatan Kreatif Penting Untuk Bersaing Dengan Negara Besar
mStar Online 12 September 2012
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu berkata pendekatan kreatif dalam semua aspek penting dalam memacu perkembangan negara terutama apabila bersaing dengan negara-negara besar.
Katanya penyelesaian secara konvensional membuahkan hasil yang terhad dan sekiranya negara mahu berkembang dengan pantas, semua masalah mestilah ditangani dengan kreatif.
"Ayat 'give me creative solution' selalu saya ungkapkan. Kalau kita yakin,kita mampu cetus pelbagai idea baru walau pun pada mulanya ia dianggap pelik.
Contohnya (tarian pop Korea) Gangnam Style. Penciptanya sendiri tidak terfikir ia akan mencetuskan fenomena global," kata Najib ketika merasmikan MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) di sini.
Menurutnya, sekiranya Korea mampu menembusi pasaran antarabangsa dengan K-Pop, tidak mustahil golongan belia Malaysia yang kreatif dan energetik juga mampu berbuat demikian.
"Contohnya, Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang memenangi pelbagai anugerah antarabangsa, juga pereka kasut terkenal Jimmy Choo dan pereka fesyen Tom Abang Saufi," kata Najib.
Najib berkata bakat yang dikembangkan haruslah disokong dengan pelan perniagaan yang berkesan.
"Hasrat kerajaan menubuhkan MyCreative ialah untuk memajukan produk kreatif sebagai model perniagaan yang berdaya maju dan realistik. Bukan sahaja kreativiti malah juga mampan. Bukan syok sendiri," katanya.
Najib berkata kerajaan menyedari kepentingan dan potensi industri kreatif yang boleh menjana pendapatan ekonomi dan penubuhan MyCreative ini dijangka dapat memberi nafas baru untuk meningkatkan lagi status dan kepentingan industri kreatif.
MyCreative adalah cabang pelaburan kerajaan untuk merangsang industri kreatif Malaysia melalui pembiayaan yang strategik dan inovatif di dalam bentuk ekuiti atau pelaburan hutang.
Inisiatif itu pada awamnya diumumkan oleh Najib semasa pembentangan Bajet 2012, dengan penyediaan peruntukan RM200 juta bagi tujuan itu. BERNAMA
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!