PKR Miri guna pentas bergerak
5 April 2013, Jumaat Utusan Borneo
MIRI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri akan menggunakan lori tiga tan dan kenderaan pacuan empat roda (4WD) sebagai pentas bergerak dalam kempennya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Ketua PKR Miri Dr Teo Yu Kheng memberitahu, kaedah berkenaan adalah untuk menemui pengundi di segenap kawasan di Miri.
“Pentas bergerak ini adalah kaedah kempen terbaik yang kami dapat fikirkan kerana dapat pergi ke banyak tempat dengan masa yang terhad,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.
Menurutnya yang juga yakin dirinya adalah bakal calon Pakatan Rakyat (PR) untuk Miri, semua jentera PKR Miri telah bersedia dan telah membahagikan tugas masing-masing.
Selain kempen bergerak, pihaknya juga sedang sibuk menyediakan sepanduk, poster selain melatih dan merekrut 513 ejen.
Beliau turut memberitahu bahawa semua kemeja-T telah siap dicetak minggu lepas dan sedia untuk diberi serta dipakai oleh penyokong ketika waktu kempen nanti.
Cakera padat (CD) juga akan disebarkan untuk strategi kempen bagi memenangi hati rakyat.
Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini juga katanya pejabat PKR Miri juga telah mula bergerak ke sana sini untuk memudahkan penyo-kong dan kakitangannya bagi memulakan strategi kempen dan ceramah.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!