Taib masih memberi muka kepada Chong kerana menghormati proses aman yang didukung oleh PM. Sekiranya tidak pasti Chong akan meringkuk dalam penjara seperti yang akan dilakukan di Singapura di bawah PAP?
Inilah keperihatinan pemimpin BN walaupun maruah mereka dicabar di khalayak ramai.
Fitnah: Taib beri tempoh tiga bulan kepada Chong mohon maaf
Utusan Borneo 30 Mei 2013, Thursday
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam memberi tempoh tiga bulan kepada Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen untuk memohon maaf kepadanya bagi kata-kata fitnah yang dibuat terhadapnya di dalam dan luar Dewan Undangan Negeri (DUN), kerana mengandungi dakwaan palsu dan berniat jahat mengenai pentadbirannya di negeri ini.
Tegas Taib, ADUN Kota Sentosa itu mesti menyedari apa yang disebutkannya terhadapnya (Taib) dan beliau menyerahkan kepada budi bicara Chong untuk menentukan sama ada akan menarik balik dakwaan tersebut dan memohon maaf.
“Saya memberi beliau tempoh tiga bulan, saya tidak suka melakukan perkara ini dan saya agak bertolak ansur tetapi saya ada maruah.
“Bagi saya, ia bukan gimik politik tetapi ini dilakukan menurut kapasiti peribadi saya kerana beliau menuduh saya mengambil wang kerajaan berbilion dolar… ia sangat menghina.
“Jika beliau (Chong) memohon maaf, saya boleh biarkan tetapi saya harap beliau tidak melakukan perkara lain selepas itu kerana jika beliau berbuat demikian, beliau perlu menanggung semua akibatnya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Persidangan DUN, semalam.
Sebelum ini, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap Chong kerana fitnah yang disebutnya di luar DUN mengenai sistem kewangan dan bajet negeri.
Menjelas mengenai isu Global Witness, Taib menyifatkan ia sebagai proses perangkap yang tidak bertanggungjawab dan melalui soalan-soalan mengelirukan daripada penyiasat tersebut, pendapat telah disuarakan oleh individu-individu mengenai cara tanah perladangan diperuntukkan di Sarawak dan muslihat mereka yang mendapatkan tanah sedemikian untuk memaksimumkan keuntungan dengan cepat dan mengelak cukai di Malaysia.
Sebelum Pilihan Raya Parlimen pada Mac lalu, Global Witness sebuah organisasi yang berpangkalan di London dan ada kaitan dengan Bruno Manser Fund dan sebuah yayasan yang dipromosikan oleh seorang peniaga mata wang yang terkenal pada peringkat antarabangsa telah menyiarkan berita video mengenai perbualan di antara penyiasat upahannya, Andrew Stewart dan beberapa rakyat Sarawak termasuk dua sepupu Taib.
Ekoran itu, pembangkang terutama DAP dengan gembira menyebar pita tersebut dan kandungannya serta telah menuntut agar Taib disiasat bagi apa yang mereka anggap sebagai jenayah seperti yang didakwa didedahkan pita tersebut.
“Seorang peguam baharu sekalipun faham bahawa bukti yang diperolehi dengan cara menyalahi undang-undang daripada pihak ketiga adalah tidak dapat memenuhi standard bukti kesalahan yang asas di hadapan tribunal hakim terhadap mana-mana individu yang dirujuk.
“Saya tidak takut siasatan dijalankan supaya kebenaran dapat ditentukan tetapi pembangkang yang mendakwa diri sebagai juara hak asasi manusia tidak merasakan bahawa saya berhak di bawah prinsip perundangan iaitu diandaikan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah di mahkamah undang-undang.
“Atas arahan kuasa asing, mereka mahu mengisytiharkan kesalahan sebagai tempat untuk pementasan drama politik agar saya segera meletak jawatan supaya agenda kerajaan akan diperkotak-katikkan dan agenda kuasa asing tercapai,” kata Taib.
Namun demikian, Taib berkata walaupun rakyat menolak apa yang didedahkan oleh pita Global Witness, DAP khususnya Chong terus merujuk kepada pita tersebut seakan-akan ia mengandungi kebenaran mutlak.
“Pada masa lalu, saya memberi peluang kepadanya kerana beliau kurang memahami sistem dan prosedur kewangan dalam kerajaan negeri.
“Namun tindakannya yang berulang kali mengulangi dakwaan yang dibuat oleh organisasi dan media luar sejurus sebelum Pilihan Raya Negeri 2011 dan PRU baru-baru ini telah meyakinkan saya tentang niatnya yang jahat untuk menyebabkan kerosakan serius kepada reputasi kerajaan dan integriti sistem kewangan negeri,” katanya.
1 ulasan:
jgn cakap banyak terus saman jgn bagi 3 bulan bagi 3 jam ..baru padan muka biaDAP
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!