Sabtu, 29 Oktober 2011
Konspirasi PKR Anwar dan Yahudi?!!!
Haprakdaily melaporkan terdapat menteri yang membawa masuk Yahudi untuk bersukan di Malaysia? Sila baca di sini.
Merepeklah Haprak terbitan PAS ni!!??? Setahu kami Anwar yang paling kuat berusaha untuk menjahanamkan Malaysia dari segi ekonomi sejak bertahun lamanya???
Kalau tidak percaya lihatlah thesis terbitan AnwarAIDC pada pautan ini!!??? Kenapa Anwar bersusah-payah nak menemui Al Gore? Orang lain pergi Haji dia pula sibuk berpolitik di London?!!!
Apa lagu Haprak, PAS dan PKR nak main lepas ni???!!!
Sumber: Anwaraidc.com
Jumaat, 28 Oktober 2011
Bershit Perth Gagal!!
Posted by Unknown
7:05 PTG, under | 4 comments
Seramai 30 orang sahaja yang menyertai perarakan ini. Sambutan yang tidak begitu menggalakkan menunjukkan pelajar Malaysia di Perth tidak mudah dihasut melainkan muka-muka yang diimport dari luar Australia.
Syabas kepada pelajar Malaysia yang cerdik dan dapat menilai baik dan buruknya.
Beginilah sepatutnya sahsiah Mahasiswa di luar negara. Tunjuklah peribadi dan jatidiri yang sempurna.!! Jangan terikut budaya Bershit Gagal ini!!!
Nasib baik tidak ada penyokong Bershit ini dipijak kuda!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 27 Oktober 2011
Sah!! Anwar Ternyata Pembulak Kini Disahkan di Sibuti Sarawak!!??
Posted by Unknown
9:59 PTG, under Ahli Parlimen Sarawak,Ahmad Lai,Anwar Ibrahim,Sarawak,Sibuti | No comments
Haji Ahmad Lai begitu lantang menyahut bahawa Anwar Pembulak!!!?? Anwar yang menuduh bahawa projek di Sarawak banyak terbengkalai adalah palsu!!
Haji Ahmad Lai menyuruh Anwar melihat kawasan Parlimen Sibuti di mana kebanyakan projek kerajaan hampir dan malah banyak juga yang sudah siap. Dari mana Anwar mendapat data sedemikian? Dari Baru Bian yang tidak pernah turun padang? Atau ketika melalui jalan tikus untuk menjayakan majlis kelentong???!!!
Kenyataan Anwar bohong belaka, kata Ahmad Lai
Posted on October 27, 2011, Thursday
MIRI: Kenyataan Pemimpin Kanan Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa 92 peratus projek telah diluluskan di Sarawak tidak dilaksanakan adalah bohong belaka.
Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang menafikan sekeras-kerasnya hal berkenaan yang baginya hanyalah dakyah bohong pihak pembangkang.
“Perkara itu benar-benar bohong kerana kenyataan beliau (Anwar) tidak masuk akal sama sekali,” katanya kepada pemberita semalam.
Beliau memberikan contoh di kawasan beliau sendiri iaitu Sibuti di mana banyak projek yang dilaksanakan dan telah siap.
“Banyak projek termasuk pembinaan jalan raya, projek bekalan air, elektrik dan pelbagai lagi,” katanya sambil menyatakan beliau percaya pelbagai projek lain turut dilaksanakan di tempat-tempat lain di Sarawak.
Ini katanya termasuk semua projek berkaitan yang dilaksanakan di kawasan luar bandar.
“Saya tidak nafikan ada yang belum siap dan ada masih lagi dalam pembinaan serta sedang dijalankan, tetapi bukannya tidak dilaksanakan sama sekali,” ujar beliau.
Beliau pada masa sama memberitahu bahawa adalah satu kerugian jika rakyat tidak mempercayai kerajaan pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana semua projek dilaksanakan secara berterusan.
“Perdana Menteri telah berjanji bahawa BN akan melaksanaan projek-projek pembangunan, kemudahan dan seumpamanya secara berterusan,” kata Ahmad Lai lagi.
Beliau turut memberitahu bahawa antara projek-projek di kawasannnya termasuk pembinaan jalan di Saeh, Kampung Rancha-Rancha, Lusut, Lambir dan juga pelbagai projek lain.
Rabu, 26 Oktober 2011
Sarawak Mungkin Hilang 8 Kerusi Menjelang PRU -13?
Posted by Unknown
9:12 PTG, under BN Sarawak,PBB,PRS,PRU,Sarawak,SPDP,Stephen Rundi,SUPP | No comments
Sekiranya komponen lain masih bertelagah dan bermasalah, mungkin BN Sarawak akan hilang lebih banyak kerusi lagi. Ura-ura ada menyatakan bahawa PKR sekarang cuba menarik Pegawai Kerajaan dari Jabatan Tanah dan Survei untuk mengorek rahsia Isu Tanah NCR di Sarawak? Namun usaha ini diprotes oleh ahli PKR Sarawak yang telah lama mengidam untuk menjadi Ahli Parlimen???!!! Siapakah pegawai-pegawai kerajaan di JTS yang telah ditemui oleh Azmin Ali?!!!
Adakah Prestasi BN Sarawak Lebih Baik Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang?
Oleh Alan Ting
26 Oktober, 2011 15:18 PM
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom dijadual mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan BN pada 1 Nov untuk mengemukakan laporan mengenai persiapan negeri bagi pilihan raya umum ke-13.
Beliau berkata laporan itu, antara lain, termasuk strategi BN negeri, calon parti-parti komponen BN, serta isu membabitkan kawasan-kawasan bandar, akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku pengerusi BN.
Penganalisis politik berkata walaupun Dr Rundi, yang juga setiausaha agung Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), telah menyatakan PBB akan mencapai kemenangan 100 peratus, namun keyakinan itu tidak boleh diguna pakai kepada parti komponen lain seperti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Pada masa ini, empat parti komponen BN negeri -- PBB, SUPP, PRS dan SPDP -- menguasai 29 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri ini. Baki dua lagi kerusi iaitu Bandar Kuching dan Sibu, dipegang oleh parti pembangkang DAP.
Hanya kerusi Parlimen akan dipertandingkan di Sarawak dalam pilihan raya umum berikutan pilihan raya negeri diadakan berasingan. PBB telah diperuntukkan 14 kerusi Parlimen, SUPP sebanyak tujuh kerusi, PRS mendapat enam kerusi dan SPDP pula empat kerusi.
"Yang paling lemah masih SUPP. SUPP masih seperti SUPP yang lama sebelum pilihan raya negeri (16 April). Mereka (BN) tidak akan mencatat prestasi lebih baik daripada pada 2008," kata Dr Jeniri Amir, penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
Beliau berkata kerusi-kerusi di bandar, kecuali Bintulu, menghadapi ancaman ditawan oleh pembangkang, khususnya DAP.
"Kerusi-kerusi seperti Miri, Stampin, Sibu dan Sarikei berada dalam bahaya, bersama-sama dengan dua lagi kerusi di kawasan luar bandar -- Baram dan Saratok.
Hampir semua faktor yang menjadi punca kekalahan pada pilihan raya negeri yang lepas masih wujud. Ia hanya bergantung mengenai bagaimana pembangkang memanfaatkan isu berkenaan," kata Dr Jeniri.
Katanya Baram berada dalam bahaya atas hakikat bahawa pada pilihan raya umum yang lepas, kerusi itu dimenangi BN dengan majoriti kecil, manakala di Saratok, ancaman datang daripada wakil rakyat Krian Ali Biju dari DAP.
"Jika Ali Biju bertanding sebagai calon bagi kerusi Parlimen itu, beliau bakal memberikan tentangan sengit terhadap penyandang (Jelaing Mersat)," katanya.
Jelaing ialah setiausaha agung SPDP dan Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Beliau berkata BN masih boleh menang, tetapi tidak semudah pada 2008, manakala terdapat keperluan bagi parti pemerintah BN untuk mengenal pasti calon-calon lebih awal dan meletakkan sebanyak mungkin muka baru.
Seorang lagi penganalisis politik di Unimas, Dr Awang Azman Awang Pawi, juga mempunyai pendapat yang sama bahawa yang paling lemah dalam BN Sarawak ialah SUPP, yang mungkin akan menjejaskan keseluruhan prestasi BN di negeri itu.
SUPP dijangka bertanding di kerusi yang terletak di bandar, manakala DAP juga mensasarkan kerusi seperti Bandar Kuching, Stampin, Sibu, Lanang, Sarikei dan Miri, yang majoritinya pengundi Cina.
"SUPP sudah kehilangan dua daripada tujuh kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada mereka. Dalam pilihan raya umum akan datang, saya percaya mereka kemungkinan akan hilang satu atau dua lagi kerusi.
Tiada jaminan bahawa SUPP akan mencatatkan prestasi lebih baik, dan lagi pun Presidennya Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, akan berundur pada Disember," katanya.
Selain itu, katanya masalah dalaman SPDP kemungkinan besar akan menjejaskan prestasi parti itu jika ianya tidak diuruskan dengan berhati-hati.
Dr Rundi, semasa dihubungi, mengakui BN menghadapi tugas getir untuk menghadapi cabaran pembangkang di enam kerusi Parlimen di bandar iaitu Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Bandar Sibu, Lanang dan Miri.
Bagaimanapun, beliau enggan memperbesar-besarkan masalah dalaman SPDP, menyatakan ia sekadar salah faham di kalangan pemimpin tertinggi SPDP dan tidak melibatkan anggota akar umbi dan beliau percaya Presiden SPDP akan menyelesaikannya dengan mengadakan perbincangan dengan pucuk pimpinan.
"Selain daripada itu, kami tidak melihat ada banyak masalah. Jentera BN sudah bersedia selepas pilihan raya negeri, dan daripada segi persediaan kami, kami sudah bersedia untuk mempertahankan kerusi kami, terutama di kawasan luar bandar dan sub-bandar," katanya.
Beliau juga berkata BN akan memberikan tentangan sengit kepada pembangkang di kawasan bandar dalam pilihan raya Parlimen disebalik kekalahan teruk SUPP pada pilihan raya negeri lepas di mana DAP dan PKR menawan 13 daripada 15 kerusi di bandar yang ditandingi SUPP.
Selain itu, Dr Rundi berkata pada pilihan raya umum, situasinya adalah berbeza, kerana satu daripada faktor utama yang jelas kenapa DAP memenangi 13 kerusi pada pilihan raya negeri ialah kerana calon-calon tersohor parti itu dari Semenanjung turut berkempen di sini.
"Tetapi keadaan itu tidak akan berlaku pada pilihan raya umum kerana mereka akan sibuk berkempen di kawasan masing-masing," katanya.
Faktor lain ialah pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP, dan PAS, masih belum mencapai persetujuan mengenai pembahagian kerusi Parlimen yang setiap parti akan tandingi di Sarawak, walaupun dua perbincangan telah diadakan.
Masalah itu berpunca daripada tiada kata sepakat dicapai antara DAP dan PKR mengenai jumlah kerusi yang mahu ditandingi oleh setiap parti yang menyebabkan "pertindihan" di beberapa kerusi.
DAP dan PKR masing-masing mensasarkan antara 12 dan 15 kerusi daripada 31 kerusi manakala PAS dijangka bertanding di dua atau tiga kerusi di kawasan yang majoritinya Melayu.
-- BERNAMA
Aziz Bari lari topik apabila disuruh membela diri?
Posted by Unknown
12:33 PG, under Aziz Bari,Isu Gantung Aziz Bari,Isu JAIS DUMC,Malaysia,pisau,UIA | 1 comment
Ikutilah penjelasan Pisau kenapa Aziz Bari harus dipandang serius. Sekarang mungkin kita tidak perasan sekiranya orang Melayu menghina Sultan atas tindakan kebebasan bersuara?
Semasa PRN Sarawak dahulu terdapat Agen Haram SPR dari PKR yang ditangkap oleh YB Datuk Fadillah Yusuff kerana tidak menggunakan tag nama rasmi SPR?!! Agen Haram PKR ini bertindak dengan menjawab YB dengan kasar sehingga orang awam disekeliling naik angin mahu mengerjakan agen haram PKR ini!!??
Beginilah yang dimaksudkan oleh Pisau. Sekiranya Mat Saleh mempertikaikan Sultan Melayu mungkin kita akan naik angin dan benci dengan Mat Saleh tersebut, begitulah juga halnya dengan Aziz Bari yang mempertikaikan Sultan Selangor. Sultan adalah ketua tertinggi orang Melayu dan mempunyai daulatnya. Siapakah orang biasa yang hendak mempertikaikan kuasa Sultan!!?? Dalam isu murtad memang Sultan akan murka sekiranya rakyat baginda didapati murtad?!! Inilah sebenarnya yang patut dilihat dan bukannya perspektif kebebasan bersuara?!!
Apa akan jadi sekiranya orang Melayu berani mempersoalkan Sultan, tiadalah budaya timur yang menghormati pemimpinnya lagi?!! Adakah murtad akan didewakan oleh siswa yang sedang dimanipulasikan oleh pihak pembangkang?!!!
Tepuk dada tanyalah selera.. jangan ikutkan hati muda berdarah panas... ingatlah Allah dan jangan lupa perjuangan!!!??

Siswa Pertahankan Murtad dan Aziz Bari Menghina Sultan
by pisau on 25.10.11
Aziz Bari yang mengunakan khidmat peguam hanya untuk menjawab tuduhan beliau digantung dan telah dibebaskan. Menariknya jawapan beliau lebih kepada kebebasan bersuara artikel 10 perlembagaan. Beliau berasakan dengan mengunakan dalil itu beliau boleh memperlekeh dan mempertikaikan kuasa sultan Selangor mengenai hal agama Islam.
Kita boleh lihat Aziz Bari memberi jawapan yang melencong dari isu yang sebenar. Isu yang perlu ditekankan adalah beliau telah menghina sultan,bukannya kebebasan bersuara seperti yang dilakukan oleh Aziz Bari.Adakah dengan menggunakan artikel 10 perlembagaan kita bebas memperkatakan apa saja hingga boleh menghina Insitusi Raja berpelembangaan?
Pisau melihat ia lebih dipolitikkan untuk kepentingan pembangkang yang mahu mempertahankan tindakan evengelis yang menganjurkan majlis meraikan umat Islam yang murtad.
Kehadiran Menteri Dalam Negeri Ds Hishamudin menggantikan PM Ds Najib yang dijadualkan menghadiri ke majlis pengkebumian Putra Mahkota Arab Saudi tidak menghalang daripada gerembolan dari SMM bersama pelajar luar dari UIA seperti PMIUM,Unisel serta persatuan akedemi UIA untuk terus berkumpul di Masjid Ar Rahima,Pintu Masuk UIA dan di surau UIA. Mereka bagaikan menggila mempertahankan tindakan Aziz Bari menghina Sultan Selangor dan mahu menyerahkan memorandum kepada PM agar masuk campur didalam kes pengantungan Aziz Bari.
Isnin, 24 Oktober 2011
Terkini!!! UIA Tarik Balik Penggantungan Aziz Bari??!!!!
Posted by Unknown
10:57 PTG, under Anti BN,Aziz Bari,BN,DAP,Malaysia,Pakar Perundangan digantung,PAS,PKR,UIA,UMNO | No comments
Menurut laporan dalam lidah rasmi pakatan haram sebentar tadi 10:48 pm. Peguam Aziz Bari memaklumkan bahawa Aziz Bari harus melapor diri ke dekan fakulti undang-undang esok?!!! Adakah ini bermakna Aziz Bari dibenarkan bertugas semula?!!!
Sejauh manakah kebenaran lidah rasmi pakatan haram ini?!! Meroyankini mungkin dah insaf dan melaporkan kebenaran dan fakta?!! Atau hanya untuk lakonan semata-mata?!!! Sama-samalah kita tunggu laporan mata dan telinga di UIA esok!???
Sumber MeroyankiniPenggantungan Aziz Bari ditarik balik
Universiti Islam Antarabagnsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.
Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.
Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.
Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.
Jawapan Aziz dihantar pada jam 2.30 petang ini walaupun tarikh akhirnya esok.
Penamatan penggantungannya dimaklumkan melalui faks empat jam kemudian.
Rampas laptop
Dalam surat tunjuk sebab yang diterima minggu lalu, Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.
Zulqarnain percaya bahawa penarikan terhadap Aziz ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan orang awam.
"Saya di pejabat profesor hari ini dan saya lihat poster menyokong anak guam saya di pelbagai tempat di fakulti," katanya kepada Malaysiakini.
Polis hari ini membawa Aziz ke pejabatnya untuk mengambil gambar bilik dan merampas laptopnya.
"Semua ini dilakukan untuk polis melengkapkan siasatan dan menghantar semula kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya Selangor," kata Zulkarnain.
Katanya, komputer itu milik UIA.
Demonstrasi
Siasatan terhadapnya bermula sejurus selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya dan Malaysiakini atas dakwaan menghina Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah.
Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Selepas bermulanya siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab terhdemadapnya.
Tindakan itu dikritik keras ahli akademik dan mahasiswa yang mendakwa tindakan itu mencabul kebebasan akademik.
Insiden itu merangsang demonstasi ratusan mahasiswa Jumaat lalu.
Mereka juga merancang mengadakan sebuah lagi demonstrasi sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke universiti itu malam esok.
Ahad, 23 Oktober 2011
PKR OKU Anwar Tipu Rakyat Lagi Mengenai Perlaksanaan Projek di Sarawak!???
Posted by Unknown
11:16 PTG, under Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak,Anwar Ibrahim,Douglas Unggah,PBB,PKR | No comments
Anwar yang cuba memainkan isu di Sarawak ternyata menipu dengan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat?!!. Demikianlah dakwaan Dato Sri Douglas Uggah Embas yang menyangkal dakwaan Anwar mengenai perlaksanaan projek di Sarawak.
Sememangnya Anwar sekarang suka kelentong rakyat. Memang sesuailah Anwar Liwat menjadi Ketua Parti Kelentong Rakyat!!?? Semua fakta yang diberi tidak tepat dan bercanggah dengan perlaksanaan yang telah dijalankan!!?? Bagaimanakah Anwar boleh menjawab dan mendakwa dengan penuh keyakinan!!?? Sebagaimana Anwar berjaya menipu rakyat dan penyokongnya yang mengikut membabi buta sebegitulah rakyat ditipu Anwar sentiasa!!!??
PKR yang baru pandai mengeluarkan BajetPR memang tidak pandai mentadbir kewangan?!!! Orang yang pandai sastera disuruh menjadi Menteri Kewangan, memang gagallah institusi kerajaan sekiranya mempunyai orang sedemikian!!??
Dakwaan Anwar mengelirukan rakyat: Uggah
by Jessica Jawing. Posted on Utusan Borneo October 23, 2011, Sunday
PRESTASI PELAKSANAAN KHAS: Uggah menunjukkan carta prestasi pelaksanaan projek dilaksanakan di Sarawak yang menyaksikan 228 projek siap dilaksanakan, semalam KUCHING: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas semalam menyangkal dakwaan yang dibuat ketua pembangkang baru-baru ini berhubung pelaksanaan projek yang belum dimulakan di negeri ini.
Antara dakwaan yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 Oktober lalu di Bangunan Parlimen ialah 92 peratus daripada 310 projek yang diluluskan di Sarawak masih belum dilaksanakan sehingga kini, selain mendakwa cuma empat peratus daripada projek ditawarkan adalah secara tender.
Bagaimanapun, Uggah menyifatkan dakwaan Anwar itu sebagai satu pembohongan yang bertujuan memburuk-burukkan kerajaan dan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).
“Sedangkan pada hakikatnya sejumlah 228 projek atau 74 peratus daripada 310 projek siap dilaksanakan dengan kos RM197 juta.
“Hanya 41 buah projek (13 peratus) yang belum lagi bermula, manakala 41 lagi projek (13 peratus) sedang dalam pelaksanaan. Sementara itu, 95 peratus daripada keseluruhan projek-projek ini dibuat secara tender berbanding empat peratus didakwa Anwar,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Ahli Parlimen Betong itu berkata, antara projek yang belum bermula termasuk pembinaan Jambatan Batang Sadong dan Hospital Sri Aman yang masing-masing dianggarkan bernilai RM200 juta.
Bagaimanapun, kata beliau, kerja-kerja utama pembinaan Hospital Sri Aman berkenaan akan bermula tahun depan, sementara dua orang pakar telah ditempatkan di hospital yang sedia ada.
Selain projek berkenaan, kata Uggah, kerajaan juga melaksanakan kerja pembinaan jalan raya Kapit-Song yang bernilai RM90 juta serta kerja pembinaan loji rawatan air Kapit dengan kos RM28 juta.
“Dalam masa terdekat, saya dan ahli jawatankuasa akan melawat Marudi dan Belaga untuk memantau pelaksanaan dua batang jalan raya yang dilaksanakan di bawah Program Jiwa Murni oleh Angkatan Tentera Malaysia,” tegasnya yang juga merupakan menteri bertanggungjawab memantau kesemua projek terbabit.
Menurut beliau, projek yang telah diluluskan berkenaan dianggarkan bernilai RM2.3 bilion kesemuanya, yang diumumkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ketika ‘walkabout’ di Sarawak semasa pilihan raya lepas.
Justeru, kata Uggah, beliau amat kesal dengan dakwaan tidak bertanggungjawab ketua pembangkang itu kerana ia akan mengelirukan rakyat.
“Bagaimanapun, saya yakin rakyat di negeri ini tidak mudah dikelirukan dan terus akan menyokong kerajaan BN,” ujarnya.
Sabtu, 22 Oktober 2011
CHOGM Action Network - Protes Anti-Najib dan Bershit 2.0 di Perth?!!!
Posted by Unknown
12:40 PTG, under Australia,Bersih 2.0,CHOGM,CHOGM Action Network,MB Kedah Berbulan Madu,Occupy Perth,Perth | 1 comment
Berdasarkan sumber dari Western Australia, Bryan Tsoi dari Sarawak dikhabarkan menjadi Ahli Jawatan Kuasa himpunan Bersih di Perth ini?!!. Mereka ini akan mengadakan demonstrasi seperti di Melbourne?!!! Kononnya mereka akan berucap mengenai kegagalan Sistem Pilihanraya Malaysia, masalah rasuah dan politik kotor?!!! Wakil UMB BN di Perth akan memantau aktiviti di Perth dan akan membawa berita panas mengenai penglibatan anak Sarawak yang belajar di Perth yang menjahanamkan pemimpin negeri dan negara dari luar!!?? Semoga tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada mereka yang menyalahgunakan pas pelajar di Australia!!???
Antara Tuntutan CHOGM Action Network terhadap Malaysia. Mungkin mereka tidak sedar Akta ISA telah dimansuhkan...
3. Malaysia – Australians recently have been made aware of Malaysia’s human rights abuses in regard to refugees in that country during the ‘debate’ regarding the so-called ‘Malaysian solution’. Despite the much publicised promise by the Malaysian government to repeal the notorious Internal Security Act in June of this year the police arrested 30 members of the Socialist Party of Malaysia who were travelling to a pro-democracy rally. The Malaysian Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH) has made continued calls on the government to end electoral corruption and fraud and allow greater access to the media for opposition voices
Pesanan buat pelajar Malaysia di Perth, janganlah terikut budaya pihak pembangkang. Gunakanlah masa yang ada untuk mengulangkaji dan menelaah pelajaran. Sekiranya pelajar terlibat dengan aktiviti politik di luar negara besar kemungkinan biasiswa akan ditarik balik oleh penaja. Jangan lupa Malaysian Student Department atau Jabatan Penuntut Malaysia Australia Unit Perth akan memantau aktiviti anda?!!!
Khabarnya juga MB Kedah juga ke Perth baru-baru ini!!??? Adakah beliau ke sana untuk berbulan madu?? Atau memberi dana untuk Bershit 2.0 di Perth?!!!
Protesters to greet Najib at CHOGMStephanie Sta Maria | October 15, 2011
Bersihkan Malaysia of Perth will join a rally organised by the CHOGM Action Network
PETALING JAYA: When Prime Minister Najib Tun Razak goes to Australia for the Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) this month, he will be greeted by yet another rally calling for electoral reforms in Malaysia.
Delegations from 54 Commonwealth nations will attend the three-day meeting at the Perth Convention Centre on Oct 28 and the rally organisers, CHOGM Action Network (CAN), is seizing the opportunity to draw international attention to Malaysia’s political situation.
CAN is endorsed by a wide range of activist networks, including Bersihkan Malaysia of Perth.
According to its Facebook page, Bersihkan Malaysia was set up to “nurture the spirit of unity to further the cause for democracy and justice on behalf of all Malaysians”. Its members are mostly Malaysians residing in Western Australia who took part in the July 9 Bersih rally there.
According to CAN spokesperson Chom Lee, participants in the Oct 28 rally will assemble at Forrest Place in downtown Perth to hear a number of speeches by notable speakers, including Bersih 2.0 steering committee member Wong Chin Huat.
There will be a march after the speeches. CAN is still in negotiations with the police department over the rally route, but it is hoping to be allowed to demonstrate close to the CHOGM venue.
“CHOGM is an international event and the best time to let the world know what is really happening in Malaysia,” Lee told FMT by e-mail.
“There are many foreigners who are have been deceived by the government’s lies and believe that Malaysia practices true democracy.”
She said CAN would like to see Commonwealth leaders questioning Najib about Bersih 2.0′s eight demands as well as about corruption and separation of powers in Malaysia.
She gave several examples of alleged abuse of power and corruption, including deaths in custody and lingering questions about the purchase of Scorpene submarines and the wealth of Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud.
CAN will be holding a series of public forums until Oct 28 in an effort to attract at least 1,000 rally participants.
Asked if the participants would be clad in yellow, the colour associated with Bersih, Lee replied: “Yes. And we will also be carrying creative banners so that we stand out from the rest of the crowd.”
Lee, who has lived in Perth for the past decade, said his parents sent him out of Malaysia because he was a “victim to the country’s corrupted system”.
“I’m now fully employed here while fighting for the rights of the future generation back home,” he said.
“I’ve heard the views of many Malaysian youths either through conversation or on social media sites and I’m absolutely stunned.
“Most are very concerned about the country’s political issues. These youths need seniors to encourage and support them, which is one of the main reasons for CAN’s existence.”
Jumaat, 21 Oktober 2011
Biro Ekonomi Pemuda PBB Sambut Baik Langkah Tangani Isu Penerbangan
Posted by Unknown
12:23 PTG, under | No comments
Mari kita lihat usaha Biro Ekonomi Pemuda PBB yang berjuang untuk memastikan industri perlancongan bergerak seiring dengan ekonomi negeri Sarawak.
Semoga industri perlancongan di Sarawak akan semakin berkembang dengan adanya penambahan laluan udara di Sarawak.
Memetik Abang Abdul Aziz, bidang ekonomi pasti akan menarik ramai pelabur datang ke negeri ini terutama ke wilayah pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Semoga industri perlancongan di Sarawak akan semakin berkembang dengan adanya penambahan laluan udara di Sarawak.
Memetik Abang Abdul Aziz, bidang ekonomi pasti akan menarik ramai pelabur datang ke negeri ini terutama ke wilayah pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Adenan Jamin Transformasi Pembangunan Berterusan!!
Posted by Unknown
5:31 PG, under Adenan Satem,Azmi Bujang,BN Sarawak,Kuching,Lundu,PBB,Pegawai Daerah Lundu,Tanjung Datu,Telok Melano,Wan Junaidi | No comments
Tan Sri Adenan kali ini memastikan agar pembangunan berterusan di kawasan Tanjung Datu. Walaupun tidak secara mendadak namun sedikit demi sedikit? Maksud beliau adalah penembusan transformasi pembangunan akan berlangsung sebanyak 80 peratus dalam tempoh dua tahun dengan memastikan bekalan air bersih, elektrik dan juga sistem pengangkutan dan perhubungan akan ditingkatkan lagi di kawasan sekitar Telok Melano dan Lundu.
Tiga jambatan besi juga akan dijangka untuk pembinaan dengan kerjasama Ahli Parlimen Santubong. Kawasan di sekitar Telok Melano ini hanya dapat dihubungi dengan meggunakan bot selama 40 mint perjalanan akan dapat diakses menggunakan kereta mahupun lori tidak lama lagi. Inilah transformasi pembangunan yang tidak akan dikecapi sekiranya mengundi pihak pakatan rakyat yang penuh dengan isu skandal, rasuah dan juga kegiatan tidak bermoral!!???
Tiga jambatan besi dijangka akan dibina bagi menghubungkan Telok Melano dengan Lundu
Posted Utusan Borneo on October 20, 2011, Thursday
GUNAKAN SEBAIKNYA: Adenan menyampaikan geran MRP kepada salah seorang daripada 51 penerima semalam sambil disaksikan oleh Azmi (kanan) dan Muhammed (tiga kanan) LUNDU: Tiga jambatan besi dijangka dibina tidak lama lagi bagi menghubungkan Telok Melano ke sini.
Menurut Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem, jambatan-jambatan itu bakal menghubungkan Kampung Pueh ke Kampung Serabang dan seterusnya Telok Melano dengan merentasi Sungai Belisa, Sungai Bedaun dan Sungai Samunsan.
“Saya mahu memohon agar jambatan besi dibina sebagai penghubung sementara waktu, memandangkan ia dapat dibina dengan cepat.
“Dengan ini barulah kita boleh katakan akses jalan raya di negeri ini bermula dari pangkal negeri hingga ke hujung Sarawak kerana Tanjung Dato merupakan pangkalnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis penyerahan geran projek kecil luar bandar (MRP) di sini, semalam.
Hadir sama, Pegawai Daerah Lundu Azmi Bujang dan Ketua Pegawai Eksekutif Corridor Development Corporation Berhad Datuk Muhammed Kassim.
Setakat ini, Telok Melano hanya dapat diakses menerusi jalan air dengan menaiki bot selama 40 minit.
Adenan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dato memberitahu beliau akan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi merealisasikan cadangan itu.
Beliau juga memberitahu, konstituensinya akan mendapat akses jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik dengan kadar penembusan sekurang-kurangnya 80 peratus dalam tempoh dua tahun ini.
Menurutnya, rata-rata kampung di kawasan itu masih bergantung kepada air graviti.
“Kita mahu mengubah kawasan ini ke arah yang lebih maju walaupun sedikit demi sedikit,” katanya.
Selain menyampaikan geran MRP berjumlah RM337,000 kepada 51 orang penerima, majlis turut menyaksikan Muhammed menyampaikan sumbangan kepada beberapa surau di daerah ini.
Jumlah keseluruhan MRP yang disampaikan tahun ini adalah sebanyak RM1,059,000 dengan jumlah penerimanya 157.
Adenan berkata, penyampaian geran MRP itu tidak berhenti di situ sahaja tetapi secara berterusan.
“Bagi yang sudah menerima geran hari ini (semalam), anda mesti terus bergiat aktif, jangan ‘tidur’ sahaja.
“Proses memberi geran ini adalah secara berterusan kerana ada lagi MRP yang belum dibelanja dan saya akan mengarahkan D.O (pegawai daerah) untuk mencari persatuan-persatuan Cina, Selako, Iban, Melayu, Bidayuh dan semua bangsa yang memerlukan bantuan,” katanya.
Mampukah Chin Menyahut Cabaran Sebagai Presiden SUPP?
Posted by Unknown
5:15 PG, under BN Sarawak,Calon Presiden SUPP,Miri,Peter Chin,Wong Soon Koh | No comments
Antara Ahli Parlimen dan ADUN siapakah yang layak menjadi Presiden SUPP? Mungkin penyokong Wong tidak menyangka Peter Chin akan bertanding bagi merebut jawatan Presiden SUPP, atau mungkin mereka sudah menjangka bahawa perkara sedemikian akan berlaku? Ada juga yang menyatakan bahawa muka baru patut diketengahkan bagi meraih sokongan padu kaum Tiong Hua yang sudah tidak lagi membaca media rasmi BN mahupun melihat rancangan TV media seperti RTM mahupun TV3 lagi??!!!
Sekiranya pucuk pimpinan masih dipegang oleh orang veteran, adakah strategi SUPP akan bertukar? Ke mana pula perginya calon Presiden dari kalangan Bidayuh mahupun bumiputera? Strategi SUPP di kawasan Bidayuh masih berkesan dan adakah cara yang sama dapat digunakan untuk meraih sokongan kaum Tiong Hua? Inilah antara cabaran yang akan dihadapi oleh Presiden SUPP selain daripada desakan mahupun sokongan daripada parti komponen lain?!!
Chin Janji Pimpin SUPP untuk Tempoh Tiga Tahun
Posted on October 19, 2011, Wednesday
PUTRAJAYA: Setiausaha Kerja Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin berjanji untuk memimpin parti itu selama tiga tahun bagi mengukuh dan mengembalikan sokongan kepada parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
“Saya kata saya akan lakukannya untuk tiga tahun. Itu janji saya. Saya telah diminta oleh akar umbi untuk bertanding. Saya akan menjadi lebih gembira jika saya cuba dan mungkin gagal.
“Setidak-tidaknya saya telah mencuba. Kalau saya tidak menawarkan diri dan bersara terus, malulah saya hendak berdepan dengan ahli-ahli parti,” katanya yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada pemberita di sini semalam.
Beliau pada Ahad lalu menyatakan hasrat untuk bertan-ding jawatan presiden SUPP pada mesyuarat perwakilan tiga tahun sekali SUPP dari 8 hingga 11 Disember tahun ini, yang mengejutkan banyak ahli parti dan para penyokongnya.
“Ahli-ahli merasakan saya calon paling sesuai untuk memulihkan semua parti yang kalah teruk pada pada pilihan raya negeri 16 April lalu.
“Saya rasa sekiranya saya lari dan lepas tangan, ia bukan satu penyelesaian. Saya akan menjadi tidak bertanggungjawab sebagai seorang yang sudah lama dalam parti dan mendapat faedah daripada parti,” katanya yang juga Ahli Parlimen Miri.
Seorang lagi pemimpin SUPP yang berhasrat untuk bertanding jawatan presiden ialah Timbalan Setiausaha Agung SUPP Dato Sri Wong Soon Koh yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Negeri. — Bernama

Khamis, 20 Oktober 2011
Adenan Nasihat Pemilik Tanah NCR Selesaikan Pertikaian Sempadan Tanah!!
Posted by Unknown
9:21 PTG, under Adenan Satem,Dr Abdul Rahman Ismail,Isu Tanah NCR,JTS,Limbang,Rizab Gunasama Bumiputera | No comments
Tan Sri Adenan kini di Limbang bagai mengadakan Jerayawara untuk mewartakan tanah NCR hak bumiputera Sarawak. Baru sahaja dilantik sudah mula turun padang untuk memastikan rakyat mendapat apa yang telah dijanjikan. Inilah wakil rakyat Barisan Nasional yang sentiasa mengotakan janji kepada rakyat dan juga menyampaikan segala jenis insentif kerajaan untuk rakyat!!!
Rakyat yang masih menghadapi pertikaian sempadan tanah hendaklah menyelesaikan masalah mereka dengan segera dan berhubung dengan Jabatan Tanah dan Survei untuk menyukat tanah mereka di bawah Insentif Baru. Tanah ini hendaklah tiada masalah atau kes mahkamah. Permohonan untuk menyukat tanah NCR boleh dibuat secara bertulis kepada Pengarah JTS.
Tujuan ini untuk menjaga kepentingan bumiputera dan memastikan mereka tidak akan hilang tanah NCR mereka kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Semoga kita sentiasa mengingati jasa baik pimpinan Barisan Nasional negeri Sarawak.

TERIMA KASIH: Adenan (tiga kiri) menyerahkan warta kepada wakil penduduk sambil disaksikan yang lain di Limbang semalam |
LIMBANG: Elakkan pertelingkahan dan pertikaian mengenai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) kerana ia hanya melambatkan proses penyukatan dan pewartaan untuk mengiktiraf status NCR yang kini dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS).
Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang boleh melambatkan proses untuk menyukat dan mewartakan tanah NCR.
Menurutnya JTS sudah diarahkan untuk mengutamakan permohonan di kawasan tanah yang tidak mempunyai masalah berbanding di kawasan yang berdepan masalah tersebut.
“Kita tidak mahu timbul masalah yang boleh melambatkan proses untuk menyukat dan mewartakan tanah NCR di negeri ini.
“Oleh itu JTS perlu memberi tumpuan di kawasan yang tidak bermasalah agar proses berkaitan dapat dijalankan dengan lancar dan pantas,” katanya.
Beliau memberitahu perkara itu pada Majlis Penyerahan Warta Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri di Limbang semalam.
Hadir sama ialah ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Timbalan Pengarah (Pengurusan) JTS Negeri Sajeli Kipli dan Residen Limbang Maria Hasman.
Adenan juga mendedahkan ada pihak yang sengaja menghasut pemilik tanah agar tidak membenarkan tanah mereka disukat.
“Oleh itu mereka yang bertengkar mengenai isu sempadan tanah masing-masing agar memberi kerjasama kepada JTS sepanjang menjalankan tugas mereka,” tambahnya.
Beliau berkata lagi kebanyakan pemilik tanah yang bergaduh tidak tahu mengenai sempadan tanah NCR mereka.
“Kakitangan JTS perlu turun padang untuk memberi penjelasan mengenai status tanah mereka melalui majlis dialog bersama penduduk,”ujarnya.
Dalam pada itu katanya, kerajaan begitu komited untuk menjamin hak para pemilik tanah NCR melalui pewartaan tanah NCR sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Sekyen 6 Kanun Tanah Negeri.
“Warta tersebut merupakan jaminan dan pengiktirafan undang-undang ke atas pemilik tanah NCR.
“Hak ke atas tanah NCR yang diwartakan adalah ditadbir dan ditentukan oleh undang-undang adat kaum yang tanahnya sudah diwartakan,”katanya.
Dengan adanya warta ini nanti, jelasnya masalah pencerobohan dapat dikurangkan kerana ia akan menerangkan dengan jelas saiz kawasan yang telah diukur.
“Ini boleh mengelakkan berlakunya banyak pertikaian tentang sempadan tanah,” tambahnya.
Wakil Penguasa JTS Bahagian Ahmad Raslan Yaiyah memberitahu 31 kawasan di negeri ini sudah diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera.
Katanya daripada jumlah itu 17 warta sudah disampaikan kepada wakil penduduk termasuk tiga kawasan di daerah ini.
“Di Limbang tiga kawasan sudah diwartakan melibatkan kawasan Kampung Benuas/Sayung/Gumaya dengan keluasan 57 hektar.
“Kawasan lain termasuk Kampung Telahak/Binjai/Ulak/Meritam (keluasan 973 hektar) dan Kampung Meritam Limbang dengan keluasan 124 hektar,” jelasnya.
Raslan memberitahu JTS kini dalam proses mewartakan 11 kawasan yang sudah selesai diukur.
“Antaranya meliputi Paya Lakap Limbang, Kampung Pangi Lawas, Kampung Bakol Limbang, Punang Berayong Lawas, Kampung Sayung/Sembiling/Batu Lapan dan kawasan berkaitan lain.
“JTS menggalakkan pemilik tanah NCR untuk menghantar permohonan secara bertulis untuk pengukuran di bawah Inisiatif Baru.
“Tanah yang dipohon untuk diukur mestilah bebas daripada pertikaian dan sebarang kes mahkamah.
“Bagi kawasan yang memiliki tanah NCR sahih, tetapi masih belum diukur, JTS dijangka akan memulakan kerja pengukuran dalam masa terdekat ini,” katanya.

Selasa, 18 Oktober 2011
Rizab Gunasama Bumiputera Di Wartakan - Adenan
Posted by Unknown
6:05 PTG, under Abdul Aziz Adenan,Adenan Satem,BN,Isu Tanah NCR,Mukah,Rizab Gunasama Bumiputera,Utusan Borneo | No comments
Janji kerajaan BN kini mula dilaksanakan. Adenan berkata semasa Majlis Penyampaian Warta Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri Untuk Bahagian Mukah di Dewan Suarah Mesra, bahawa perkara ini bukan isu untuk dimainkan. Kerajaan akan menggunakan kaedah yang terbaik untuk memajukan tanah NCR.
Ini untuk mengelak salahguna tanah NCR. Alangkah untungnya rakyat Mukah, sekiranya mereka membenarkan Lujnah Tanah PAS yang sebelum ini mengintai untuk bermaharajalela di Tanah NCR Sarawak, maka putih matalah mereka untuk mendapat hasil dari tanah mereka. Calon Wanita PKR dan suaminya pasti akan menghabiskan kekayaan dan sumber asli Sarawak untuk kepentingan mereka anak-beranak. Syukurlah rakyat Mukah masih meyokong BN dengan bersepadu!!! Kini berkat kesabaran mereka, maka dapatlah mereka semua tersenyum lega!!!!

Pewartaan antara usaha berterusan kerajaan menjamin hak para pemilik tanah NCR, kata Adenan
DEMI RAKYAT: Adenan (duduk, tengah) bergambar bersama para tetamu dan pemimpin masyarakat di bahagian Mukah yang menerima warta untuk tanah NCR penduduk di kawasan masing-masing Posted Utusan Borneo Tue 18/10/2011 11:01 AMMUKAH: Tindakan mewartakan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bertujuan mengiktiraf status tanah NCR menerusi undang-undang.
Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata, pewartaan itu merupakan antara usaha berterusan kerajaan untuk menjamin hak para pemilik tanah NCR.
Menurut beliau, pewartaan itu juga membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan perampas tanah rakyat seperti tuduhan pembangkang.
“Jangan persoalkan tindakan kerajaan mewarta tanah NCR selaku Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri. Ia dilakukan untuk kebaikan rakyat.
“Hak terhadap tanah NCR yang diwarta adalah ditadbir berpandukan undang-undang adat sesuatu kaum.
“Bermakna, perolehan, penggunaan dan pindah milik akan ditentukan oleh undang-undang kaum terbabit,” jelasnya.
Beliau menyatakan demikian dalam Majlis Penyampaian Warta Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri Untuk Bahagian Mukah di Dewan Suarah Mesra di sini, semalam.
Adenan memberitahu bahawa masalah pencerobohan dapat dikurangkan kerana warta itu akan menerangkan dengan teliti mengenai sempadan serta saiz sesebuah tanah NCR.
“Secara tidak langsung, usaha ini akan mengurangkan pertikaian berhubung sempadan tanah. Pertikaian antara pemilik tanah NCR berkaitan sempadan menjejaskan kerja ukur keliling.
“Justeru, saya mahu pihak-pihak yang berselisih faham ekoran isu sempadan tanah ini memberi kerjasama kepada kakitangan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) sepanjang melaksanakan tugas mereka,” tambahnya.
Empat kawasan tanah NCR di bahagian Mukah diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri. Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan JTS Sajeli Kipli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie, ADUN Daro Murni Suhaili serta Penguasa JTS Bahagian Mukah Awang Zamhari Awang Mahmood.
Isnin, 17 Oktober 2011
Mampukah Lan Berambeh Mempromosikan SCORE??!!!!
Posted by Unknown
9:56 PTG, under Abang Abd Wahap,Fadillah Yusof,Lan Berambeh 2012,Sharifah Hasidah,Sungai Bedil | No comments
Lan Berambeh yang baru diadakan pada minggu lepas mendapat sambutan yang menggalakkan. Anak-anak Sarawak dari seluruh Semenanjung Malaysia telah datang beramai-ramai ke PWTC untuk memeriahkan Lan Berambeh bersama Ketua Menteri kesayangan mereka. Di samping dapat merasai masakan Sarawak, anak-anak Sarawak ini juga dapat berkenalan dan memupuk semangat setiakawan. Maklumlah anak dagang di negeri orang...kononnya. Selain daripada itu juga, acara Lan Berambeh dapat memupuk semangat perpaduan dengan mengadakan rumah terbuka untuk menghimpunkan anak-anak Sarawak. Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Anak-Anak Sarawak di Semenanjung (PASS). Acara Lan Berambeh ini akan diadakan setiap 3 tahun untuk semasa musim perayaan untuk memberi peluang anak-anak Sarawak yang tidak sempat balik ke Sarawak untuk menikmati kuih-muih dan masakan Sarawak.
Acara ini juga bertujuan untuk menarik minat anak-anak Sarawak agar kembali bertugas di Sarawak. Walaupun perkara ini sukar dicapai namun tidak ada salahnya untuk mencuba membawa anak-anak Sarawak yang biasa dengan kepesatan bandaraya dan kembali ke bandar kecil. Mungkin kerajaan akan membangunkan SCORE dari segi industri pelancongan dan juga mengadakan kawasan hiburan santai dan membeli belah bertaraf antarabangsa untuk menarik pekerja-pekerja di SCORE.
Setiap tenaga mahir memerlukan ruang untuk melegakan mereka daripada stress, dan ini hanya dapat dilakukan dengan adanya prasarana dan kemudahan yang elok. SCORE sahaja tidak mampu menarik peluang pekerjaan sekiranya di sekitar kawasan SCORE tidak ada kawasan libur atau pusat membeli-belah umpama Zone di Johor Bahru.
Kalau suami pergi bertugas di kawasan perindustrian di SCORE maka isteri pula akan bersantai di spa atau pusat refleksologi mahupun pusat kecantikan atau menghabiskan masa di pusat membeli-belah. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah memastikan kerja dan riadah dikaji secara terperinci untuk menjadikan kawasan SCORE seperti Bandaraya Akibahara di Jepun.
Lan Berambeh di Semenanjung akan diperluas
by Jessica Jawing. Posted on October 16, 2011, Sunday
KUCHING: Program Lan Berambeh yang diadakan di Semenanjung untuk anak-anak Sarawak akan diperkembangkan dengan penambahan aktivitinya pada tahun hadapan.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, program Lan Berambeh di Semenanjung sebelum ini dianjurkan dengan hanya mengadakan seminar sahaja.
“Pada tahun depan, kita akan perkembangkan program ini, pertamanya dengan persembahan kebudayaan serta jualan produk tempatan.
“Di samping itu, kita mengadakan seminar berbentuk keusahawanan dan seminar kerjaya kepada anak-anak Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Lan Berambeh@Sungai Bedil di Kampung Sungai Bedil Besar di sini, semalam.
Menurut Ahli Parlimen Petra Jaya itu, seminar yang diadakan bagi memberi maklumat kepada pelajar-pelajar universiti tentang peluang pekerjaan pada masa depan selain pembangunan karier.
Pada masa yang sama, kata beliau, program itu menjadi satu platform menarik golongan bijak pandai anak Sarawak di sana untuk bekerja di negeri ini terutamanya Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Walaupun program Lan Berambeh berkenaan menumpukan kepada golongan masyarakat Sarawak yang berada di Semenanjung, ia juga kata Fadillah terbuka kepada rakyat di negeri ini.
“Kita beri peluang kepada rakyat Sarawak yang ingin mempamerkan dan mempromosikan produk mereka di Semenanjung untuk menyertai program ini,” katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya, beliau berkata program Lan Berambeh yang diadakan di Semenanjung merupakan ilham daripada Lan Berambeh yang diadakan di Sarawak termasuk Kampung Sungai Bedil.
Bagaimanapun, katanya, ia lebih kepada perjumpaan anak-anak Sarawak selain seminar kerjaya dan dianjurkan tiga kali setahun iaitu pada setiap Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai Dayak dan Tahun Baru Cina.
“Melalui program ini nanti, rakyat kita dapat berkongsi dengan masyarakat di Semenanjung selain menambah pendapatan mereka,” ujar beliau sambil memberitahu ia mampu menjadi sebahagian daripada usaha mengetengahkan produk Sarawak ke peringkat kebangsaan.
Majlis semalam turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan pengerusi pengelola Ahmad Mansor.
Pengumuman Tarikh PRU-13..!!??
Perdana Menteri akan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke -13 tidak lama lagi!!?? Ini mungkin selepas selesai perhimpunan dan mesyuarat di semua peringkat untuk menentukan calon pasti menang di setiap kawasan kelak!! Calon yang baru dan calon yang lama akan berganding bahu untuk menyandang tanggungjawab kerajaan bagi memenangi hati rakyat dan juga menjadi wakil dacing di segenap pelusuk kawasan.
Mungkinkah pengumuman tarikh tersebut akan berlaku dalam masa yang terdekat? Atau mahukah kerajaan pembangkang turut serta dalam PRU-13 ni nanti!!??
BN akan buat pelarasan pembahagian kerusi pilihan raya: Najib
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan memulakan proses pelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya yang kini diguna pakai bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata pelarasan tersebut perlu untuk menyesuaikan dengan keadaan setempat sama ada telah berlaku perubahan politik dinamik.
“Formula pembahagian kerusi dibuat pada 2004 dan dipakai pada 2008. PRU ini kita kena tengok sama ada berlaku perubahan politik dinamik yang menyebabkan kita perlu pelarasan.
“Kita akan runding dengan pemimpin-pemimpin parti BN untuk mencari formula terbaik pembahagian kerusi,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan Ke-40 di Menara PGRM di sini, semalam.
Katanya semua pemimpin parti komponen BN pada asas dan semangatnya bersetuju untuk bertolak ansur dan beliau akan berunding dengan pemimpin-pemimpin parti komponen itu bagi mencari formula baru terbaik itu.
“Kita tidak akan rombak segala-galanya, tapi buat pelarasan pada tempat-tempat yang kita rasa perlu,” katanya.
Terdahulu, ketika berucap di hadapan lebih 2,200 perwakilan persidangan itu, Najib berkata pelarasan itu akan membolehkan BN menilai semula kekuatan dan kelemahan parti bagi mencorak strategi PRU, termasuk dalam pemilihan calon-calon yang boleh menang.
Katanya semua ahli BN perlu meletakkan kepercayaan kepada pemimpin tertinggi BN untuk menentukan calon-calon boleh menang yang dipilih secara terperinci dan menyokong calon yang terpilih.
“Kita perlu memilih parti komponen terbaik untuk mewakili kita dalam setiap kawasan, kita akan pilih calon terbaik sebab kita nak menang besar,” katanya.
Najib dalam ucapannya juga menegaskan bahawa BN kini berada berada di satu persimpangan jalan yang besar dan PRU akan datang merupakan ujian paling besar bagi BN, yang bakal menentukan kelangsungannya.
Justeru katanya, semua pemimpin dan anggota BN tidak lagi boleh menganggap ‘urusan seperti biasa’ dalam landskap politik negara masa kini yang lebih mencabar.
Katanya, BN juga mesti membuktikan kepada rakyat bahawa ia merupakan pilihan yang lebih baik untuk semua lapisan rakyat Malaysia.
“Kita mesti bersedia mengotakan janji, menemui rakyat dan mendapatkan sokongan rakyat,” katanya. — Bernama
Ahad, 16 Oktober 2011
Calon Presiden SUPP Makin Rancak!!!
Sebelum ini hanya SKWong sahaja yang akan dicalonkan untuk jawatan presiden oleh CWC. Kini Chin pula yang baru dicalonkan oleh 33 daripada 43 cawangan di seluruh Sarawak.
Adakah ini bermakna kerusi presiden akan berada di Miri semula?
Lebih banyak pilihan jika Chin turut bertanding
Posted Utusan Borneo on October 16, 2011, Sunday
KUCHING: Penyertaan Setiausaha Penganjur Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Peter Chin dalam perebutan jawatan presiden parti akan memberikan lebih banyak pilihan kepada perwakilan.
Timbalan Setiausaha Agung SUPP, Dato Sri Wong Soon Koh memberitahu, kumpulan mereka tidak mempunyai masalah terhadap ‘cadangan pencalonan’ Chin, memandangkan parti itu mengamalkan demokrasi.
“Sesiapa sahaja boleh meluahkan hasrat untuk ber tanding. Jika Peter Chin ingin bertanding, ia satu perkara yang baik,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Sebelum ini, Wong memberitahu akan bertanding jawatan presiden bagi menentang Bendahari parti, David Teng. Jika benar Chin akan bertanding ini, bermakna jawatan tersebut setakat ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
SUPP akan mengadakan Persidangan Perwakilan Tritahunan (TDC) pada Disember ini.
Jawatan presiden dipertandingkan selepas Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan mengumumkan untuk bersara daripada politik ekoran kekalahannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau pada Pilihan Raya Negeri, 16 April lepas.
Parti komponen BN tersebut kini berdepan dengan cabaran memulihkan sokongan para pengundi Cina berikutan kekalahan teruk pada pilihan raya itu.
Justeru, Wong berkata, kumpulannya yang dianggotai Timbalan Setiausaha Agung II Datuk Francis Harden, dan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Datuk Lee Kim Shin, Ranum Mina, Dr Jerip Susil dan Dr Johnical Rayong, akan menyahut seruan dalam memberi nafas baru kepada SUPP.
“Kumpulan kita bergerak di akar umbi sejak sekian lama dan menerima sokongan dari kawasan Utara, Tengah dan Selatan.
“Mereka telah menyatakan sokongan dan mengamanahkan kita untuk memikul tanggungjawab dan ini merupakan cabaran besar untuk kami dan kami sedia melakukannya,” katanya.
Katanya, perkara pertama yang bakal dilakukan jika dipilih menjadi presiden ialah memperkenalkan kepimpinan pusat kepada setiap bahagian SUPP di seluruh negeri demi perpaduan parti.
Beliau menegaskan perebutan jawatan presiden tidak membabitkan agenda peribadi kerana fokus mereka adalah untuk mengukuhkan semula parti.

Sabtu, 15 Oktober 2011
Dr Jerip Tingkatkan Kualiti Air Bersih di Asajaya
Posted by Unknown
11:54 PG, under Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak,Air Bersih,Asajaya,Dr Jerip Susil,Kesihatan | No comments
Dr Jerip telah turun padang untuk melaksanakan tugas beliau sebagai Menteri Muda Kesihatan Awam. Menurut laporan dalam akhbar tempatan, dia sedang meneliti masalah air di Asajaya. Kualiti air yang rendah akibat daripada sistem perpaipan dan sistem perparitan di kawasan yang kurang cekap itu perlu diambil tindakan segera.
Masalah ini dikatakan berlarutan sejak tahun lalu. Tahniah YB kerana mengambil berat masalah kesihatan di Asajaya. Semoga kualiti air bersih dapat ditingkatkan bersama.
Masalah kualiti air yang rendah di Asajaya akan dibincang dengan JKR, kata Dr Jerip
Utusan Borneo Posted on October 14, 2011, Friday
KUCHING: Masalah kualiti air yang rendah di Asajaya sehingga menjejaskan tahap kesihatan penduduk di 37 kampung iaitu ratusan penduduk telah mengalami cirit-birit dan muntah telah menarik perhatian Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil yang mahu ia ditangani dengan segera.
Justeru, beliau berkata akan membincangkan isu berkenaan bersama pihak bertanggungjawab berkaitan iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan segera.
“Kita bimbang mengenai masalah yang berlaku di Asajaya ini di mana ramai penduduk sering mengalami cirit-birit dan muntah kerana kualiti bekalan air yang rendah,” katanya semasa sesi taklimat bersama Jabatan Kesihatan di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur, di sini semalam.
Menurut Jabatan Kesihatan yang bertindak memantau tahap kualiti air di situ, masalah tersebut adalah berpunca daripada masalah kekurangan bekalan air di Loji Rawatan Air Asajaya selain sistem perpaipan di setiap kampung juga tidak teratur.
Loji air hanya mengandungi sedikit air dan sumber air juga amat teruk manakala sistem perpaipan tidak teratur di mana terdapat batang paip yang diletakkan di dalam parit adalah punca bekalan air tercemar walaupun telah diletakkan klorin.
Sehubungan itu, segala usaha untuk memastikan bekalan air berkualiti sukar dilaksanakan menyebabkan masalah yang melanda penduduk sejak tahun lepas itu berlanjutan sehingga hari ini.
Bagi mengatasi masalah tersebut, Dr Jerip yang juga ADUN Bengoh berkata, antara tindakan yang harus dilaksanakan ialah memperbaiki sistem perpaipan di setiap kampung dan meningkatkan tekanan air.
“Sistem perpaipan perlu diperbaiki dan bekalan air harus ditingkatkan,” katanya.
Berkenaan penyakit meliodiosis dan leptospirosis, Dr Jerip berkata, ia tidak begitu membimbangkan di mana Jabatan Kesihatan kini telah menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa.
Di Sarawak, meliodiosis telah diklasifikasikan sebagai penyakit endemik manakala risiko leptospirosis sentiasa ada meskipun kedua-duanya merekodkan kadar kes yang rendah jika dibandingkan dengan penyakit denggi, malaria dan tuberculosis.
“Penyakit ini sememangnya membimbangkan tetapi ia tidak akan menyebabkan kematian seperti mana kes di Bakun,” kata Dr Jerip.
Bagi meliodiosis , kes lebih banyak direkodkan di Kapit, Miri, Bintulu dan Belaga manakala leptospirosis di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.
Justeru, usaha pencegahan dan pengawalan kedua-dua penyakit ini yang sukar telah menuntut kerjasama penduduk setempat supaya menjaga kebersihan persekitaran dan tempat tinggal.
Rabu, 12 Oktober 2011
Sebuah Lagi Bandar Baru Simunjan!!!
Posted by Unknown
10:39 PTG, under ADUN,BN Sarawak,Menteri Muda,Naroden Matjais,Simunjan,Utusan Borneo | No comments
Penduduk Simunjan pasti gembira setelah pembentangan Belanjawan 2012. Hari Jumaat yang lepas baru sahaja menikmati kemudahan yang akan diluluskan dengan pembentangan oleh PM. Kini pakej rangsangan mula bergolek dengan pengumuman Bandar Baru Simunjan oleh ADUN mereka yang juga baru mengangkat sumpah sebagai Menteri Muda Perancangan Sumber.
Sesungguhnya bukan itu sahaja malah kemudahan asas juga akan dinaiktaraf dengan adanya Bandar Baru Simunjan kelak!! Besyukurlah kepada BN yang memastikan pelan transformasi pembangunan berjalan dengan lancar beserta dengan kawalan sumber yang jitu agar tiada pembaziran dalam mengurus dan merancang sumber yang ada di Sarawak!!!
Bandar baru diwujudkan di Simunjan: Naroden
by Wan Ali Amit. Posted on October 11, 2011, Tuesday
SIMUNJAN: Bandar baru bakal diwujudkan di sini dalam tempoh terdekat bagi merancakkan transformasi pembangunan kerajaan di kawasan terbabit pada masa akan datang. |
Menteri Muda Perancangan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais berkata bandar baru itu akan meliputi pelbagai prasarana seperti pasar, hotel bajet, sekolah, masjid, kemudahan rekreasi awam serta kompleks sukan.
Beliau berkata pelan strategik pembangunan bandar baru itu sudah diajukan kepada kerajaan dan bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
“Saya percaya dengan wujudnya Bandar Baru Simunjan nanti, maka lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan sekali gus dapat memberi keselesaan kepada penduduk di sini,” katanya.
Bercakap kepada pemberita pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini semalam, Mohd Naroden menarik perhatian bahawa pengwujudan Bandar Baru Simunjan kelak mampu mengubah landskap kawasan itu sejajar dengan matlamat menjadikan Simunjan sebuah bandar pesisir moden.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan berkata bagi mencapai hasrat kerajaan itu kerjasama penduduk dan para pemimpin akar umbi amatlah perlu.
“Saya yakin pelan pembangunan Bandar Baru Simunjan dapat dilaksanakan dengan jayanya apabila semua penduduk dan pelbagai pihak bersatu padu merealisasikannya,” kata beliau.
Mohd Naroden juga berkata sebuah sekolah rendah baru iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Man Simunjan akan diberi ‘nafas baru’ dengan pembinaan bangunan yang lebih tegap.
Beliau memberitahu bahawa SK Abang Man merupakan sekolah tertua di sini dan tidak mampu menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat.
“Saya telah mengenal pasti tapak baru seluas kira-kira lima hingga 10 ekar bagi pembinaan sekolah baru itu,” katanya sambil menambah sekolah terbabit juga terletak dalam lingkungan pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa.
Hadir sama Pegawai Daerah Simunjan Zainul Abidin Hussein, Pegawai Tadbir Simunjan Jemali Basri, Pengerusi Pengelola Awang Shukran Awang Zen serta para pemimpin setempat.

DAP Ho Leng Tipu John Brian di Siburan????
Posted by Unknown
10:06 PTG, under Bengoh,Chong Chieng Jen,DAP,John Brian,Siburan,Utusan Borneo,Wong Ho Leng | No comments
DAP kecundang lagi yang di Sarawak untuk mengibarkan sayap burung 'menan' mereka di Siburan. Agaknya berguni-guni patung menan tidak dapat dijual kepada orang Bidayuh!!? Pihak DAPig patut sedar sungguhpun orang Bidayuh duduk di luar bandar dan orang DAPig banyak di bandar, namun orang Bidayuh berpandangan jauh dan tidak mudah digugat dengan burun menan!! Setakat nak buat majlis kemudian jual burung menan baik tidak payah!! Semua orang sudah sedar setiap kali DAP turun, mereka akan menjual burung menan untuk menunjukkan sokongan kepada DAP!!?? PKR dan PAS pun berjaya diolok-olokkan oleh DAP untuk menggunakan burung menan!!?? Agaknya orang-orang DAP ini tidak puas bermain anak patung menan semasa kecil dahulu sehingga terbawa-bawa ke dalam agenda parti mereka!!! Kononnya burung menan ni banyak kuasa sakti semasa Pilihanraya Negeri Sarawak dahulu tetapi bolehkan kuasa sakti ini diteruskan!!??
Bajet Bayang-bayang 2012 mereka pun jelas diolah oleh Mat Jenin!!! Selama tiga tahun yang lepas, hanya DAP sahaja yang mengeluarkan bajet bayang-bayang!! Kini PKR dan PAS pun ingin turut sama dibubuh nama dan logo dalam bajet bayang-bayang mereka!! Namun setiap isu yang dibentangkan adalah tidak jelas dan banyak data telah diubah mahupun diolah!??? Angka-angka yang diberikan pula mudah disangkal tanpa perlu mengambil kursus belanjawan mahupun kewangan??? Sungguh jelas penipuan bayang-bayang anjing yang menggonggong tulang....seperti kisah anjing dengan bayang-bayang!!??
DAP dinasihati lupakan hasrat bawa jenama politik mereka ke luar bandar
Posted on October 11, 2011, Tuesday
KUCHING: Pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri semalam menasihatkan Parti Tindakan Demokratik Negeri (DAP) agar melupakan hasrat untuk membawa jenama politik mereka ke kawasan luar bandar.
Isyaratnya amat jelas apabila hanya sebilangan orang menghadiri seminar tajaan DAP di Restoran Wei Thien Siburan di sini tengah hari Ahad lepas.
Seminar tersebut menyaksikan Pengerusi Majlis Konsultatif Dayak (DDC) Dr John Brian Anthony dan Pengerusi DAP Negeri Wong Ho Leng sebagai penceramah utama dan Setiausaha DAP Negeri Chong Chieng Jen sebagai penceramah tambahan.
Turut hadir memberikan sokongan moral ialah ahli DCC Edward Luak dan Ben Diomedes.
Disebabkan kehadiran hampir kosong, pihak DAP menukar seminar tersebut kepada sidang media yang dihadiri oleh enam pemberita kebanyakannya daripada akhbar Cina.
Turut difahamkan, John Brian tiba dari Kuala Lumpur berharap dapat menyampaikan ceramahnya di hadapan penonton yang hadir memenuhi ruang restoran tersebut.
Bahkan, Ho Leng yang juga Ahli Parlimen Sibu dan ADUN Bukit Asek terdesak untuk menjelaskan bahawa masyarakat di Siburan mempunyai komitmen sendiri sehingga tidak dapat hadir.
ADUN Bengoh merangkap Menteri Muda Kesihatan Dr Jerip Susil ketika diminta mengulas mengenai perkara ini berkata: “Mereka (DAP) cuba menembusi Bengoh tetapi masyarakat tidak tunduk kepada jenama politik mereka.”
Ahli jawatankuasa kerja pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ini turut disokong oleh seorang lagi wakil yang dipilih dari kawasan luar bandar Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak.
Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) ini berkata: “Ini bermaksud majoriti masyarakat Dayak tidak ada keyakinan dengan DCC yang ditubuhkan oleh DAP.”
“Mereka tidak seperti kerajaan BN yang berterusan membantu rakyat. Belanjawan 2012 yang lepas adalah satu indikator yang baik bahawa BN boleh menawarkan banyak hadiah kepada rakyat,” tambahnya.
Sementara itu, Setiausaha BN Negeri Datuk Dr Stephen Rundi berkata DAP tidak sepatutnya memandang rendah kematangan politik Dayak.
Beliau berpendapat DAP hanya berminat dalam menggunakan Dayak untuk mencapai impian mereka untuk memerintah Sarawak.
“Saya amat pasti tiada keikhlasan dalam mereka untuk membawa kemajuan kepada masyarakat Dayak.
“Pembatalan seminar tersebut disebabkan maklum balas yang lemah daripada Dayak adalah petunjuk ‘No Go’ untuk DAP ke kawasan Dayak,” kata ADUN Kemena dan Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera (PBB) ini.
Sementara itu, ADUN Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga Menteri Muda Belia berkata sokongan lemah terhadap seminar tersebut jelas menunjukkan penolakan Bumpitera terhadap DAP.
“DAP menggunakan DCC untuk mempengaruhi Dayak dan Bumiputera sebagai jalan kepada mereka memasuki kawasan Bumiputera seperti yang boleh dibaca oleh semua Bumiputera,” kata orang kuat PBB ini.
Dalam pada itu, Pengerusi PBB Batu Kawah Datuk Ahmad Ibrahim berkata rakyat Sarawak secara amnya telah matang, sedar dan mengetahui bahawa pembangkang hanya tahu mencari kesalahan BN atau hanya bagus dalam memberi maklum balas tetapi tidak menyediakan penyelesaian realistik.
“Setiap kali BN tampil dengan inisiatif yang baik kepada rakyat, mereka akan kata ia kerana inisiatif, cadangan dan tekanan daripada mereka (pembangkang) untuk dilakukan oleh BN.
“Mereka kadang-kadang dengan mudah mengatakan ia tidak baik, idea yang teruk, sebagai contoh Belanjawan 2012 baru-baru ini.
“Kita sebagai rakyat tahu belanjawan tersebut adalah baik kepada kita semua,” katanya.
Bercakap mengenai pembatalan seminar tersebut Ahmad berkata berikutan kehadiran yang kurang adalah disebabkan Bidayuh tidak berminat dengan propaganda DAP.
Kawasan tersebut (Padawan/Tarat) mempunyai Timbalan Menteri Persekutuan iaitu Datuk Dr James Dawos dan Menteri Muda Negeri Dr Jerip Susil di Bengoh.
Di Serian pula, Bidayuh diwakili oleh seorang lagi Menteri Persekutuan iaitu Datuk Richard Riot.
“Sudah pasti, cukup wakil untuk memastikan kemajuan dan penyampaian program serta projek kerajaan.
“Bidayuh bertuah. Jadi mereka menolak dan meminta pembangkang menjauhkan diri dan tinggalkan mereka,” tegas Ahmad.
Posted on October 11, 2011, Tuesday
Sepi : Kehadiran yang tidak dijangka daripada penyokong DAP! |

Ahad, 9 Oktober 2011
Adenan Selar Slogan Pembangkang 'UBAH'!!!
Posted by Unknown
3:39 PTG, under Abang Abdul Rauf,Adenan Satem,Dr Abdul Rahman Junaidi,Dr Hazland Hipni,Santubong,Wan Junaidi | 1 comment
Slogan parti pembangkang diselar lagi. Bukankah Ahli Parlimen parti pembangkang sudah membuktikan mereka malas dan hanya mampu berubah? Apakah perubahan yang mereka sudah bawa kepada konstitusi masing-masing?
Baru-baru ini mereka telah menunjukkan perangai sebenar mereka semua apabila gagal menghadirkan diri ke persidangan parlimen!!!?? Sepatutnya ahli parlimen pembangkang ini harus berubah menjadi rajin dan jangan hanya menangguk di air yang keruh!!
Mungkinkah mereka masih terpinga-pinga mencari pengganti Ketua Pembangkang mereka yang semakin teruk bergelumang dalam kancah skandal!!!?? Kalau begitu ubahlah dan jangan lupa bahawa kerajaan BN lah yang sentiasa membawa perubahan!!
Ahli Parlimen dan ADUN seharusnya menjalin kerjasama dalam membangunkan rakyat di konstituensi masing-masing: Adenan
by Henrietta Liza. Posted on October 7, 2011, Friday
KUCHING: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) seharusnya menjalin kerjasama antara satu sama lain dalam membangunkan rakyat di konstituensi masing-masing.
Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata demikian ketika menegur segelintir Ahli Parlimen dan ADUN yang bertelagah pendapat dan tidak menyukai sesama sendiri.
Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata demikian ketika menegur segelintir Ahli Parlimen dan ADUN yang bertelagah pendapat dan tidak menyukai sesama sendiri.
“Tidak perlu saya menyebut nama, kadangkala ada yang sampai sabotaj tetapi ia patut dielakkan daripada berlaku,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong malam kelmarin.
Bagaimanapun, Adenan memuji keprihatinan dan komitednya Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar membantu rakyat di konstituensinya itu.
“Sejak 30 tahun saya menjadi ahli politik, sudah berapa Ahli Parlimen yang saya kenali, tetapi Dr Wan adalah seorang yang berpengetahuan, aktif dan komited membantu rakyat dan tiada yang setandingnya,” meskipun menyifatkan pencalonan Wan Junaidi terletak kepada kepimpinan parti.
Pada masa yang sama, Adenan menasihati pemimpin BN agar berjaga-jaga dengan propaganda yang bakal menjadi senjata kepada kelancangan pembangkang memburukkan calon.
“Bila kita sudah hendak berpilih (pilihan raya), yang tidak ada, diadakan, benda yang tidak besar, diperbesarkan menjadi isu, harus berjaga-jaga awal, ditambah lagi dengan penubuhan parti baru, lihat sahaja dalam akhbar, juga tabiat orang kita yang harus diawasi,” tegasnya.
Beliau menyelar slogan pembangkang iaitu UBAH yang mana katanya: “Perubahan bukan perkara baru dalam BN sedangkan merubah negara mundur kepada negara maju seperti sekarang dilakukan oleh kerajaan terdahulu,” katanya.
Sementara Wan Junaidi yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat berkata, kelemahan di kawasan yang dipimpin parti pembangkang harus dikaji untuk memperbaiki kekuatan jentera kerajaan semula.
“Pembangkang tidak memberi apa-apa kepada rakyat tetapi masih mendapat sokongan rakyat dan jika kelemahan ini dijumpai, kepentingan parti dan BN harus didahulukan dan bukannya kepentingan sendiri,” katanya.
Beliau mahu pergerakan di peringkat akar umbi di kawasan Santubong memulakan langkah, perancangan dan mencari sokongan serta kekuatan di kawasan ini untuk dijadikan contoh pada kemudian hari.
Wan Junaidi turut menyerahkan 135 komputer riba dan peruntukan berjumlah RM45,000 kepada pergerakan BN di akar umbi dalam majlis itu semalam.
Turut hadir ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi dan ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan bekas ADUN Demak Laut Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen.