Masihkah Lim Kit Siang ingat berapa lama beliau sudah berada di Dewan Rakyat?
Mungkin mereka berasa lebih berusia apabila dibandingkan dengan Ketua Menteri Sarawak? Patutkah atau tidak, Lim Kit Siang berundur dan memberi kerusi beliau kepada Marcus? Marcus Lim cucu beliau yang main raba di Penang kan? Kalau di Johor siapa peduli? Kalau Mummy Foo suka shopping di Singapura mungkin inilah sebabnya DAP memberikan dinosaur mereka kawasan tersebut! Apa-apa pun bakal wujud Kampung Buah Raba di Gelang Patah kelak!
Kit Siang tanding di Gelang Patah
JOHOR BAHRU 18 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya 'mengalah' kepada DAP apabila menyerahkan kerusi Parlimen Gelang Patah untuk ditandingi Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjuran DAP di Taman Sutera Utama di sini malam ini sambil menyifatkan isu 'perebutan' kerusi di Johor sudah selesai.
Pengumuman itu dibuat ketika Anwar berucap dalam majlis yang turut dihadiri Kit Siang; Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Gelang Patah menjadi kerusi tradisi DAP sebelum 2004 dan telah ditandingi calon PKR pada Pilihan Raya Umum 2008 dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) (2004) dan kali ini kembali semula kepada mereka.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA, Tan Ah Eng telah memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah dengan majoriti 8,851 mengalahkan calon PKR, Zaliha Mustafa. -Utusan Online.
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!