Apabila Ops Daulat dilancarkan pihak pembangkang semakin giat berkempen mengutuk dan menghina tindakan anggota keselamatan kita. PAS sebagai contoh yang menyatakan misi PAS seperti yang terkandung pada laman blog Robby ( Calon PAS Sibuti) adalah untuk menjaga kedaulatan negara!
Mana perginya pemimpin PAS? Seorang pun tiada dihantarnya baik DHPP atau waterboy untuk membantu anggota keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara! Inikah misi PAS? Cakap tidak serupa bikin! Batang hidung Hadi Awang pun tidak ada yang berani turun ke Lahad Datu. Contohilah Tun Mahathir, beliau yang sudah berumur pun berani menggadaikan nyawa untuk memberi semangat kepada perwira negara di Lahad Datu! Inilah pemimpin yang berjiwa rakyat! Bukan macam PAS pergi berkempen politik maki hamun untuk DAP di Gelang Patah!!! Jaga tepi kain bini orang adalah kan Mat Sabun???
Ops Daulat dilancar kerana pengganas ancam kedaulatan negara
LAHAD DATU 20 Mac - Malaysia tidak akan berlembut jika kedaulatannya diancam dan akan mengambil tindakan sama seperti negara berdaulat lain.
Ketika menegaskan perkara itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, tindakan memerangi pengganas kumpulan Kiram dari selatan Filipina diambil kerana kumpulan penceroboh terbabit memberi ancaman kepada keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara.
"Ini satu manifestasi kita satu negara dan rakyat yang mencintai keamanan," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Zulkifeli berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang mencintai keamanan dan kedamaian sebelum ini memberi masa yang panjang untuk menyelesaikan kemelut itu melalui rundingan dan meminta pengganas berundur dari negara ini.
"Itu hasrat kita tapi tiada petunjuk pengganas mahu menyelesaikan perkara ini secara aman menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil tindakan sepatutnya," katanya.
Beliau turut menjelaskan sebab kerajaan mengambil masa yang lama untuk menggerakkan tindakan terhadap kumpulan militan itu.
"Ini dasar kita sebagai sebuah negara yang mencintai keamanan dan kedamaian, maka kita berunding dan langkah ini terbukti bahawa kerajaan tidak mahu berlaku pertumpahan darah," katanya.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia terbukti sebuah negara yang mencintai keamanan apabila terlibat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang banyak menyelesaikan konflik pihak bertelagah termasuk di selatan Filipina membabitkan Barisan Pembebasan Bangsa Moro (MNLF). - BERNAMA
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!