Kempen Dah Mula?!!! |
Bila Parlimen Bubar?!! |
http://bilarentapbangkit.blogspot.com/2012/02/already-campaign-time-mehh.html
petang mukaku menunggu cahaya...
Kempen Dah Mula?!!! |
Bila Parlimen Bubar?!! |
JUMPA BADROLAMIN UNTUK 'LARI DARI SUAMI', KINI MOHON CERAI!
Oleh Rakyat Malaysia @ Hambali Abdul Latiff at 2/28/2012 01:06:00 PM
“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!” itulah ungkapan wanita berstatus isteri, 28 tahun, yang dihebohkan berkhalwat dengan pemimpin tinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrolamin Bahron semalam.
Malah beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah, Rompin pada jam 9 pagi semalam untuk proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.
Pada ketika beliau menuntut cerai dan mengatakan tujuan bertemu Badrolamin untuk ‘melarikan diri’, Badrolamin pula tidak membuat laporan polis mengenai ada’orang memukulnya’.
Sejauh ini polis hanya menerima laporan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhubung tangkapan khalwat Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata setakat ini tiada sebarang laporan yang dibuat oleh Badrolamin berhubung dakwaan beliau dipukul ketika tangkapan itu. Kenapa ya?
Sementara itu kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.
“Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal. Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.
Ini bermakna wanita ini mahukan perceraian dan ketika ditangkap, beliau sudah nekad untuk meninggalkan suaminya. “Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.
“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini. Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.
“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian. Beliau menafikan berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin).
“Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab! Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan. Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya,”.
Beliau kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami (beliau dan Badrolamin) peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.
Malah beliau kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu. “Wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.
Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.
Entahlah mungkin selepas ini suaminya pula akan buat kenyataan?
Zaid Ibrahim Didakwa Bukan Lagi Ketua Parti KITAKOTA BAHARU, 25 Feb (Bernama) -- Anggota Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) sebulat suara menolak kepimpinan Datuk Zaid Ibrahim selaku ketua parti itu berkuatkuasa Sabtu dan mengumumkan pelantikan Pengerusi Kita Negeri Kedah, Zamil Ibrahim sebagai presiden yang baru.
Pengerusi Perhubungan Parti KITA Kelantan Abdullah Sani Musa berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu yang diadakan di sini, Sabtu.
"Kami juga menolak serta tidak mengiktiraf pemecatan dua pemimpin parti Kita iaitu Pengerusi Parti KITA Kedah, Zamil Ibrahim dan Pengerusi KITA Pulau Pinang Tan Tee Beng yang juga Anggota Parlimen Nibong Tebal kerana jawatankuasa terbabit menipu dan melanggar perlembagaan parti.
"Kami sebulat suara memilih Zamil Ibrahim untuk mengambil alih jawatan ketua parti yang kini dinamakan sebagai Presiden dan beliau akan dibantu Pengerusi Kita Sabah Datuk Pangeran Othman Rauf dan bekas presiden AKIM, Zakaria Salleh," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.
Sementara itu, Zamil berkata parti berkenaan akan melakukan satu rombakan jawatankuasa di peringkat pusat dan negeri dalam masa terdekat di samping memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-13.
PANAS...PANAS: Dr Badrul Amin kena cekup khalwat
Sabtu, 25 Februari 2012 19:49 ROSLI ISMAIL
Agendadaily
Di celah puak pembangkang berkampong di Kuantan untuk menyertai Himpunan Hijau membantah kilang Lynas pagi Ahad,rupanya ada juga yang sibuk dengan 'urusan' lain.
Suasana menjelang himpunan itu petang Sabtu dikejutkan dengan kisah orang kanan dalam kepimpinan PKR Selangor dan juga seorang penceramah,Dr Badrul Amin Baharom (gambar - kiri) kena cekup khalwat dengan isteri orang.
Beliau dikatakan dicekup oleh suami wanita itu sendiri ketika berdua-duan di sebuah hotel di Balok,tak jauh dari Kuantan pada jam 3 pagi Sabtu.
Suami wanita itu kemudiannya telah membuat aduan mengenai hal itu kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz telah mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dibuat.
Dr Badrul yang berasal dari Sabah baru-baru ini mencetuskan kontroversi bila dalam ceramahnya mengambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim macam Imam Mahadi.
Beliau kini bekhidmat sebagai Pengarah Penerangan Khas di pejabat Menteri Besar Selangor.
Fungsinya antara lain mengatur ceramah,penerangan,kawal selia laman web dan sebagainya.
Beliau juga pernah bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam,Selangor atas tiket PKR namun tewas.
Dr Badrul yang merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ,sebelum ini dikenal sebagai seorang penceramah agama.Banyak VCD zikir munajadnya di jual serata tempat termasuk pasar malam.
Sementara itu wanita yang didakwa berkhalwat dengan Dr Badrul dikatakan adalah seorang kakitangan sebuah kolej komuniti di Pahang.-25/2/2012
Pengundi harus bijak memilih
Posted on February 23, 2012, Thursday
LAMBIR: Semua pengundi yang bakal mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak diingatkan tidak menggadai masa depan dengan memilih pihak yang salah.
Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, pembangkang sentiasa mencari jalan untuk mencari kelemahan kerajaan sebagai senjata utama untuk menghasut dan memanipulasi pemikiran rakyat khasnya di kawasan luar bandar.
“Pembangkang hanya hadir pada masa pilihan raya dan membawa agenda tertentu untuk diperdagangkan kepada rakyat tetapi mereka lupa di belakang rakyat berdiri teguh sebuah kerajaan iaitu kerajaan Barisan Nasional,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.
Beliau memberitahu, sokongan rakyat terhadap kerajaan BN masih kuat khususnya di kawasan Parlimen Sibuti dan usaha pembangkang memberi ‘gula-gula’ hanya untuk meraih undi rakyat, adalah strategi lapuk.
“Jangan terperdaya dengan ‘keprihatinan’ pembangkang yang menghulurkan beras atau ubat-ubatan pada masa pilihan raya kerana ia hanya satu taktik lama untuk meraih undi rakyat,” katanya.
Berbanding kerajaan BN katanya, rakyat tidak kira di bandar atau luar bandar telah menerima kesan lonjakan pembangunan bahkan taraf hidup rakyat sekarang berada dalam keadaan selesa.
“Kerajaan BN menyalurkan pembangunan secara berterusan dan tidak terlepas pandang mana-mana keperluan rakyat.
“Belum pernah ada kerajaan yang mampu memberi bantuan wang tunai dan sebagainya kepada rakyat ketika negara lain menghadapi krisis ekonomi,” jelasnya.
Enggan mendaftar bukan tanda protes
by Saibi Gi. Posted on February 16, 2012, Thursday
Golongan enggan mendaftar sebagai pemilih mungkin selesa dengan cara BN
KUCHING: Golongan yang enggan mendaftar sebagai pemilih mungkin selesa dengan cara kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara, kata Menteri Muda Pembangunan Belia Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau menafikan dakwaan mengatakan majoriti daripada kalangan 3.7 juta orang layak enggan mendaftar sebagai pemilih petunjuk mereka meragui proses pilihan raya di negara ini.
“Kalau mereka tertindas dan marah dengan kerajaan sekarang, mesti mereka mengambil tindakan susulan untuk mengubah keadaan dan satu daripadanya ialah mengundi. Ini adalah amat logik,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengatakan 3,731,134 orang rakyat berusia 21 tahun dan ke atas tidak mendaftar sebagai pemilih.
Beliau berkata, sikap enggan mendaftar sebagai pemilih juga adalah hak individu dan BN serta parti-parti politik cuma dapat memberi kesedaran agar mereka menukar persepsi.
“Kalau BN mahu menang besar, tingkatkan kesedaran tentang pentingnya mereka yang layak mengundi, pergi mengundi dan untuk pergi mengundi, perlulah mendaftar sebagai pemilih,” katanya.
Tegas beliau, keadaan selesa dan ambil tidak peduli kerana memikirkan BN akan menang tanpa undi daripada mereka wajar dikikis.
Selain BN memberi kesedaran kepada golongan ini, SPR wajar lebih memudahkan proses pendaftaran pemilih.
Beliau berkata lagi, parti-parti pembangkang tidak memenangi sebarang kerusi jika pilihan raya di Malaysia dilaksanakan dengan tidak adil dan telus.
“Bukan itu sahaja beberapa kerajaan negeri pun dipegang oleh Pakatan Rakyat,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Negeri Abdullah Saidol berkata, dakwaan mengatakan belia sekarang enggan mendaftar sebagai pemilih kerana protes adalah bohong dan tidak berasas.
Katanya, pihak yang menuduh proses pilihan raya sebagai tidak telus cuba mencemar sistem demokrasi.
Malah pihak terbabit enggan bekerjasama dalam usaha mewujudkan kesedaran di kalangan belia tidak mendaftar sebagai pemilih.
“Hak untuk mengundi terjamin dalam perlembagaan.
Jika cukup syarat digalakkan untuk mendaftar sebagai pemilih dan tidak ada siapa boleh menghalang,” katanya.
Media tradisional terus unggul
by Rusnan Mustafa. Posted on February 14, 2012, Tuesday
Julaihi Narawi
KUCHING: Peningkatan edaran bagi tempoh 2005-Jun 2011 bukti media alternatif bukan ancaman.
Peningkatkan dari segi edaran keseluruhan bagi tempoh 2005 hingga Jun 2011 membuktikan bahawa media tradisio-nal masih lagi unggul di Sarawak di sebalik persaingan daripada media baharu atau alternatif.
Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelabur dan Promosi) Julaihi Narawi berkata, statistik itu merupakan hasil kajian yang dibuat oleh Audit Bureau Circulation (ABC).
“Di Sarawak, akhbar tempatan dalam bahasa Inggeris meningkat daripada 60,708 kepada 154,000 naskhah manakala akhbar bahasa Melayu pula melonjak daripada 11,124 kepada 72,600 dalam jangka masa tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2012 di sini semalam.
Kursus itu juga mendapat tajaan daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Petronas, Ambank, Bank Rakyat dan Sarawak Tourism.
Namun, bagi akhbar bahasa Cina di negeri ini, Julaihi yang juga Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar memberitahu ia mengalami sedikit penurunan iaitu daripada 160,864 kepada 125,179 naskhah.
“Manakala di Semenanjung Malaysia pula, dalam tempoh yang sama akhbar bahasa Inggeris menurun daripada 944,879 kepada 820,700 naskhah dan bahasa Cina pula meningkat daripada 806,487 kepada 869,622 naskhah.
“Bagi akhbar bahasa Melayu, edarannya meningkat daripada 1.7 juta kepada 2.1 juta dalam tempoh yang sama,” kata Julaihi sambil menambah peningkatkan edaran akhbar bahasa Melayu menunjukkan pembaca kini masih kekal memilih media tradisional berbanding media baharu (internet).
Justeru, beliau menyarankan agar pihak yang terlibat dalam kewartawanan mencari alternatif untuk memastikan media tradisional dapat survival ketika bersaing dengan media baharu (internet).
Selain itu, Julaihi turut menasihati para wartawan agar bersikap bertanggungjawab dan berdisiplin dalam penulisan mereka supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada pembaca.
“Saya puji sikap pengamal media tradisional yang menulis berdasarkan fakta dan berdisiplin berbanding media baharu (internet) yang segelintirnya hanya menggunakan nama samaran dan menulis tanpa fakta sebenar,” ujarnya.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Chamil Wariya, Pengarah Penerangan Sarawak Resat Salleh, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kuching Azman Abdul Aziz dan tetamu kehormat lain.
PAS telah kenalpasti pengganti Nik Aziz.
UtaraNews
PAS hari ini menolak tanggapan umum yang mendakwa ketiadaan pemimpin pelapis menyebabkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat terus memegang jawatan menteri besar Kelantan.
Sebaliknya, presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS melihat ramai pembantu dan wakil rakyat yang menolong Nik Aziz sehingga beliau berjaya memerintah negeri itu selama tempoh 20 tahun.
"(Mereka) ini yang menolong (beliau) sehingga bertahan sehingga 20 tahun. Takkan dalam masa 20 tahun ini, tak ada pelapis langsung," katanya.
Kata Abdul Hadi, Nik Aziz memegang jawatan itu kerana hasrat PAS Kelantan dan rakyat negeri itu yang mahu beliau terus memimpin, sekalipun beliau berhasrat mahu melepas jawatan dan tidak bertanding pada pilihan raya akan datang.
"Tok Guru Nik Aziz tak minta jawatan. Yang minta (memimpin) adalah rakyat negeri Kelantan.
"Dan beliau pun, dah minta nak letak jawatan menteri besar, (dan) minta tak bertanding beberapa kali. Tetapi hasrat rakyat negeri Kelantan, minta beliau dia memimpin," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS pusat.
Abdul Hadi berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung tanggapan ketiadaan pemimpin pelapis hingga menyebabkan Nik Aziz terus memegang jawatan menteri besar dan mengulas kesediaannya bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Ditanya siapa yang berpotensi untuk menggantikan Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan bagi jawatan menteri besar, Abdul Hadi berkata terpulang kepada PAS negeri itu, menentukannya.
PKR SELANGOR KECUT PERUT BILA SURUHANJAYA SKANDAL PASIR DIUSULKAN!!!
theflyingkick
Author: CUCU TOK WANTahu pulak kecut perut bila dicadangkan Suruhanjaya Siasatan Skandal Pasir ditubuhkan untuk menangani kemelut skandal pasir di Selangor yang sudah mula dikaitkan dengan pembunuhan Patrick Wong. Cepat-cepat Khalid Ibrahim kata, isu itu adalah isu lama dan tidak perlu lagi digembar-gemburkan kerana kononnya, sudah cukup untuk menjelaskan tentang skandal pasir itu.
Pelik juga PKR ini. Kalau bab orang lain, terutama sekali UMNO, yang terang bersuluh pun yang tuduhan-tuduhan mereka semuanya liar dan palsu, dipaksa juga agar mengaku dan paling tidak pun ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan. Kena tang batang hidung sendiri, cepat-cepat pula membuat kesimpulan suruhanjaya tidak perlu diadakan.
Tengok sahajalah dalam isu NFC... habis dikorek segala benda, sampaikan seluar dalam dan baju dalam Shahrizat Jalil pun dijaja-jaja dalam kempen serta ceramah mereka. Tapi cerita pembunuhan Patrick Wong yang sepatutnya mendedahkan tentang skandal penyelewengan pasir di Selangor, haram tak sepatah pun disebutkan.
Teoh Beng Hock yang mati bunuh diri sebab nak lindung penyeleweng dan perompak dalam Pakatan Rakyat Selangor pun, dijadikan isu sampaikan kematiannya pun disuruhanjayakan. Bila keputusan dah keluar, tak mahu pula terima sebab tidak ada unsur-unsur pengkhianatan yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional sebaliknya yang terdedah ialah pembohongan, kronisme, nepotisme dan korupsi melampau puak DAP Selangor.
Padahal kalau nak dikirakan, skandal pasir di Selangor yang menyebabkan kematian Patrick Wong jauh lebih besar kerana ia tidak sahaja melibatkan wang ringgit yang bukan pinjaman mudah seperti NFC, tetapi juga nyawa manusia dan salahguna kuasa yang sangat ketara oleh ADUN serta Menteri Besar Selangor.
Kenapa bab diri sendiri tak mahu pula didesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan?
Kalaulah Kerajaan Negeri Selangor adalah Kerajaan UMNO, sudah tentu ada Suruhanjaya Siasatan kerana dalam hal-hal ini, UMNO lebih bersifat terbuka dan mahu bertanggungjawab berbanding Pakatan yang sentiasa menyorokkan keharamjadahan mereka!!!
Jingga 13 tak mahu bersuara ke? Atau pun beranggapan ini isu lama yang tidak memberikan keuntungan kepada Pakatan Rakyat?
Ahmad Maslan Bikin Pembangkang Panas Hati!
Selangordaily
Orangnya agak sedikit berisi, dengan rambut ala skema dan ketinggiannya boleh dikategorikan sebagai rendah, Datuk Ahmad Maslan, atau Tok Mad, merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Namun, jangan diperlekehkan ketinggiannya, atau rambut skemanya, kerana bicaranya sering kali mematahkan hujah lawan.
Beliau juga merupakan tokoh yang tidak jemu “membelasah” pembangkang dalam setiap temubual atau program-program politiknya.
Sehingga ke hari ini, tugasnya selaku Ketua Penerangan dimanfaatkan sebagai modal terbaik untuk turun bertemu dengan rakyat. Rakyat disajikan dengan pelbagai informasi. Sebagai contoh, Majlis Penerangan Perdana yang dibuat di setiap negeri dengan berskala besar-besaran dilihat satu usaha untuk mendedahkan perihal kepincangan pembangkang.
Kali ini, Tok Mad berada satu tapak di hadapan berbanding dengan pemimpin BN yang lain dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Menariknya, perlakuannya membuang buku Jingga ke dalam tong sampah boleh dianggap berani. Mungkin ramai yang memperlekehkan tindakan Tok Mad, namun tidak semua pemimpin BN berani untuk memperlakukan sedemikian rupa.
Ada risikonya untuk Tok Mad. Selepas ini, beliau mungkin menjadi sasaran bertali arus dari pembangkang, berikutan “penghinaan” yang Tok Mad anugerahkan. Apa tidaknya, Buku Jingga adalah “umpan” terbaik dari pembangkang, dengan isi kandungannya yang menjanjikan bulan dan bintang. Namun standard buku tersebut rupanya hanyalah di dalam tong sampah!
Sememangnya itulah tempat yang paling molek untuk Buku Jingga, berdasarkan keupayaan Pakatan Pembangkang mengurustadbir negeri-negeri yang mereka tawan. Di Selangor, pelbagai janji PRU 2008 masih belum tertunai. Antaranya ialah elaun sara untuk suri rumah sepenuh masa, bantuan RM75 sebulan untuk anak yang dihantar ke nurseri, RM50 untuk anak-anak yang dihantar ke tadika, dan berpuluh lagi janji palsu mereka.
Betapa pembangkang sebenarnya cuba untuk terus memperbodohkan rakyat dengan janji-janji terbaru, sedangkan “hutang” mereka kepada rakyat sejak 2008 belum pun lunas. Dan cuba lihat nilai amaun itu, sekadar berpuluh ringgit utk seorang pun tidak mampu dilaksanakan oleh mereka. Apakah mampu mereka menunaikan janji berbillion-billion kepada rakyat?
Penulis sekadar menyentuh kebajikan rakyat Selangor yang telah dijanjikan oleh pentadbiran Khalid Ibrahim. Ingat, Selangor bukanlah negeri yang miskin. Akan tetapi, ke mana perginya hasil negeri? Yayasan Selangor menuju kehancuran, PKNS sudah tidak lagi dikuasai oleh kerajaan negeri. Apakah ini yang dipanggil ‘memfaraid harta rampasan perang”?
Maka tidak silap seandainya Tok Mad memilih untuk meletakkan maruah buku Jingga ke dalam tong sampah, persis maruah mereka yang memperjuangkannya.
Rakyat tidak boleh dibiarkan terus dibuai janji-janji sang munafik, apatah pula si kafir harbi!
Syabas Tok Mad, ini barulah anak jantan!!!
Projek pembinaan Jalan Miri-Marudi bernilai RM59.5 juta lancar
Utusan Borneo on February 14, 2012, Tuesday
TURUN PADANG: Uggah (empat kiri) ketika meninjau projek Jalan Miri-Marudi semalam sambil ditemani Manyin (dua kanan).
MIRI: Projek pembinaan Jalan Miri-Marudi yang bernilai RM59.5 juta berjalan lancar dengan 23.5 peratus daripada kerja-kerja pembinaannya telah disiapkan setakat ini iaitu mendahului jadual yang ditetapkan.
Kerja-kerja pembinaan projek jalan sepanjang 52km yang merangkumi pembinaan enam jambatan Bailey termasuk sebuah jambatan yang terpanjang iaitu merentangi Sungai Arang dijangka akan siap sepenuhnya pada 16 Februari tahun depan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas ketika meninjau projek berkenaan semalam turut melahirkan rasa gembira atas kelancaran projek berkenaan.
“Saya berasa amat gembira dengan kelancaran projek tersebut setakat ini.
“Berdasarkan jadual, kerja-kerja tersebut siap sebanyak 19.5 peratus, namun kita mendahului jadual dengan 23.5 peratus kerja telah disiapkan setakat ini,” ujar beliau lanjut.
Nescaya katanya, apabila siap sepenuhnya nanti, projek berkenaan akan mampu memberi seribu kegembiraan kepada rakyat di Miri dan Marudi yang telah sekian lama mengimpikan jalan raya yang sempurna dan selesa.
Dalam pada itu menurut Douglas, projek berkenaan telah diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk disiapkan di bawah Projek Jiwa Murni.
“Ini merupakan salah satu projek yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengadakan lawatan ke Sarawak sebelum pilihan raya negeri yang lepas. Apa yang kerajaan janjikan telah ditunaikan,” ujar beliau sambil menambah kerajaan bukan menabur janji kosong tetapi sebaliknya menyelesaikann masalah rakyat.
Beliau yang tiba di sini untuk diamanahkan meninjau kesemua projek yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berkata, apabila telah siap sepenuhnya nanti, Jalan Miri-Marudi akan tetap diselenggara pihak ATM untuk tempoh tiga tahun, sebelum ia diambil alih oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Keutamaan kita ialah perhubungan antara Miri dan Marudi.
“Apa yang penting ialah jalan ini lebih baik daripada yang ada sekarang ini serta dapat dilalui dengan selamat dan selesa,” katanya sambil menambah objektif kerajaan untuk membantu rakyat di kawasan terbabit telah tercapai.
Turut hadir melawat ke tapak projek jalan berkenaan semalam ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Datuk Seri Michael Manyin Jaong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan, Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, Komander 9 Briged Brigedier Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Residen Miri Antonio Kahti Galis dan Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat
Universiti Curtin Anugerah Ijazah Doktor Kehormat Persuratan Kepada RosmahPERTH, 12 Feb (Bernama) -- Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri, Malaysia, dianugerahi ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.
Canselor Universiti Curtin Dr Jim Gill menyampaikan ijazah doktor kehormat itu kepada Rosmah pada majlis konvokesyen universiti itu di sini pada Sabtu.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad serta Konsul Jeneral Malaysia di Perth Hamidah Ashari.
Pada majlis itu, lebih 500 graduan universiti itu, termasuk beberapa pelajar Malaysia, menerima ijazah masing-masing.
Sementara itu, Rosmah dalam ucapan penerimaannya, melahirkan penghargaan terhadap Anggota Majlis universiti itu bagi penganugerahan ijazah itu.
Menekankan mengenai pentingnya pendidikan awal, Rosmah berkata banyak gejala sosial di dunia akan dapat dibendung apabila peluang pendidikan diberi kepada semua termasuk di kawasan luar bandar dan juga golongan miskin di bandar.
Menurutnya apabila kanak-kanak dipersiapkan daripada peringkat awal lagi, mereka akan dapat membuat penyesuaian daripada segi mental, emosi dan psikologi dalam menentukan apa yang terbaik untuk diri mereka apabila sampai ke peringkat pengajian tinggi.
"Telah terbukti tahun-tahun pembentukan awal seorang kanak-kanak itu, kepada sehingga sekurang-kurangnya berumur lima tahun adalah amat penting untuk menentukan keupayaannya untuk berjaya kemudiannya dalam kehidupan. Akan wujud potensi untuk hilang peluang jika kita tidak melabur dalam pendidikan awal yang betul untuk anak-anak kita," katanya.
Rosmah berkata pewujudan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanakan-kanak atau lebih dikenali ECEC di bawah program Permata Negara adalah untuk memastikan pendidikan di Malaysia menumpukan pada pembangunan manusia holistik dari peringkat awal dan juga untuk memastikan negara dapat membina modal insan cemerlang.
Katanya untuk memenuhi hasrat dan harapan itu, dan menerusi perbincangan mendalam dengan pelbagai profesional dan sukarelawan di Malaysia pada 2007, program itu dilancarkan dan dikenali sebagai Permata, yang melambangkan generasi muda merupakan aset amat bernilai negara.
Rosmah berkata program Permata menawarkan peluang luas kepada kanak-kanak berumur lima tahun dan ke bawah daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar untuk mengikuti pembelajaran dalam persekitaran holistik.
"Pembelajaran berdasarkan Penerokaan, Pengalaman dan Eksperimen yang direka khusus untuk memupuk dan menggalakkan rasa ingin tahu dan mencuba dalam diri kanak-kanak. Kami meletakkan tandaaras Permata dengan beberapa program berprestasi tinggi dari seluruh dunia," katanya.
Katanya dalam tempoh hanya lima tahun, program Permata Negara telah diperluaskan daripada lima projek perintis kepada lebih 600 pusat asuhan kanak-kanak Permata di seluruh Malaysia.
"Usaha kami akan diteruskan bagi memastikan tiada kanak-kanak tercicir atau terabai daripada mendapat pendidikan awal berkualiti," katanya.
Program Permata juga meliputi empat program lain. Sebuah pusat untuk golongan berbakat dan cemerlang akademik mempunyai sebuah sekolah untuk pelajar berumur 16 hingga 17 tahun yang ditempatkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Program kem tahunan untuk kanak-kanak berbakat berumur 9 hingga 15 tahun turut diadakan dengan kerjasama Johns Hopkins Center for Talented Youth.
"Permata juga mempunyai program untuk kanak-kanak berbakat dalam seni persembahan dan juga pengajian dalam Quran dan Sunnah. Di bawah program ini juga (Permata) kami juga mengadakan program untuk memperkasakan Remaja Berisiko," katanya.
Rosmah turut mengucapkan terima kasih kepada keluarganya, terutama suami dan anak-anaknya yang telah menjadi teras kekuatannya dan membolehkan dirinya menyumbang kepada negara.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Profesor Jeanette Hacket, Naib Canselor Universiti Curtin yang telah dianugerahi anugerah berprestij iaitu "Member of the Order of Australia" pada sambutan Hari Australia baru-baru ini.
Universiti Curtin menganugerahkan ijazah kehormat teknologi kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2006. BERNAMA
Nikotin percuma
KUALA LUMPUR: Peningkatan jumlah perokok dan penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) akibat tabiat itu menyebabkan semalam Kementerian Kesihatan mengumumkan langkah pemberian nikotin percuma kepada mereka yang mahu berhenti merokok.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pemberian nikotin percuma melalui program berhenti merokok itu akan membabitkan lebih 800 klinik kesihatan dan 135 hospital kerajaan.
Langkah itu bertujuan mengekang pertambahan perokok yang kini mencecah 20 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia atau kira-kira 5.6 juta orang, selain menangani masalah rokok seludup yang kini 40 peratus di pasaran.
Katanya, pemberian nikotin percuma itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan memerangi tabiat merokok menerusi kempen antirokok yang sedang digariskan kementerian. Usaha itu juga menggabungkan kaedah kaunseling bagi memastikan individu tidak kembali merokok.
“Saya sudah arahkan Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman) supaya apabila pesakit yang merokok datang ke hospital dan klinik kerajaan, galakkan mereka menjalani program kurangkan ketagihan rokok itu.
“Program ini percuma untuk semua perokok dan kita harap mereka ambil peluang ini. Usaha ini untuk kurangkan NCD selain membantu mereka mengurangkan ketagihan merokok, seterusnya berhenti,” katanya selepas merasmikan karnival kesihatan Parlimen Gombak di K Club, Taman Melawati di sini semalam.
Beliau berkata, langkah itu juga bertujuan menangani peningkatan trend NCD seperti darah tinggi dan kardiovaskular akibat tabiat itu.
Perokok yang berminat perlu mendaftar untuk mengikuti program terbabit sebelum diberikan nikotin gantian dalam bentuk ubat/pil selain mengikuti kursus kaunseling sehingga mereka bebas daripada tabiat merokok sepenuhnya.
Kebiasaannya, melalui program terapi nikotin gantian, perokok akan diberikan nikotin gantian untuk tempoh tiga bulan sebelum dos nikotin itu dikurangkan hingga pesakit mempunyai kekuatan menahan ketagihannya.
Kerajaan sebelum ini menggalakkan perokok menyertai program kaunseling berhenti merokok membabitkan beberapa klinik kesihatan terpilih.
Program rawatan farmakologikal yang memerlukan perokok mengeluarkan wang sendiri untuk mendapatkan ‘nikotin gantian’ dalam bentuk ubat/pil, gam nikotin, pelekat, semburan atau sedutan itu, tidak mendapat sambutan.
Ditanya mengenai pelaksanaan skim penjagaan kesihatan 1Care seperti dilaporkan media baru-baru ini, beliau berkata ‘blueprint’ skim itu masih di peringkat jawatankuasa kementerian dan dijangka siap penghujung 2013. BH
Penyenaraian Felda Global ke Bursa Malaysia langkah tepat
2012/02/12
DUNGUN: Penyenaraian Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia menjelang pertengahan tahun ini adalah langkah tepat kerajaan menghadapi saingan semakin pesat industri perladangan di rantau ini yang meliputi Indonesia, Thailand, Myanmar, Kemboja dan Vietnam.
Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata sebagai satu-satunya syarikat perladangan terbesar di dunia yang mengeluarkan minyak sawit, FELDA kini menghadapi saingan hebat apabila banyak negara lain mula menumpukan fokus terhadap sektor perladangan kelapa sawit.
"Baru-baru ini, Indonesia mengumumkan gabungan 15 syarikat perladangan terbesar negara itu memberi tumpuan terhadap seluas satu billion hektar penanaman kalapa sawit.
"Malaysia negara yang mempunyai keluasan kecil dibandingkan dengan negara-negara jiran yang boleh muncul sebagai kuasa monopoli sektor pengeluaran minyak sawit dunia dalam tempoh yang terdekat ini.
"Oleh itu, langkah menyenaraikan FGVH dilihat pendekatan baru yang dalam tempoh jangka panjang boleh menguntungkan peneroka," katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Skim Insentif Tanam Semula (SITM) di Pusat Latihan Kerteh 2 di sini, hari ini. - BERNAMA
NUJ kesal dengan kenyataan Ketua Publisiti Pilihan Raya DAP
12/02/2012 7:04pm
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) — Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) kesal dengan kenyataan ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau yang melabelkan wartawan sebagai “pelacur”. Setiausaha Agung NUJ V. Anbalagan dalam kenyataan hari ini berkata kesatuan itu juga kesal dengan pendirian pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai yang menyokong dengan menegaskan Hew hanya menyatakan hakikatnya.
Beliau berkata kenyataan Hew telah mencemarkan imej semua wartawan yang bekerja dalam media cetak, elektronik dan online.
"Ini tidak adil kerana beliau memberikan label itu pada semua wartawan, kategori orang yang khusus berkhidmat untuk orang ramai dan mengetengahkan isu-isu kepentingan awam,” katanya.
Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Kuan Yau telah memohon maaf berhubung kontroversi yang timbul berpunca daripada kenyataannya.
Anbalagan berkata, Kuan Yau sepatutnya menyokong kenyataannya itu dengan kes spesifik seperti siapa wartawan itu dan daripada organisasi mana.
"Kuan Yau sepatutnya membuat aduan kepada organisasi terbabit supaya tindakan dapat diambil tanpa mengira wartawan itu adalah seorang eksekutif, petugas biasa, kebanyakannya ialah anggota NUJ, petugas kontrak atau petugas sambilan.
"Kami mendesak pucuk pimpinan DAP mengambil tindakan ke atas Kuan Yau dan Kok Wai kerana sesuatu kebenaran atau fakta mesti disokong dengan bukti dan keterangan.
"Jika tidak, ia berupa dakwaan tidak berasas yang dilemparkan terhadap wartawan dan profesion itu,” katanya. — BERNAMA
Lahir tenaga kerja teknikal untuk SCORE
by Rusnan Mustafa.Utusan Borneo 12 Feb 2012, Ahad
Dewan perniagaan Cina harus bantu kerajaan latih kemahiran generasi muda: Taib
KUCHING: Persatuan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Sarawak (ACCCIS) yang mewakili masyarakat perniagaan Cina di negeri ini diminta bersama-sama kerajaan negeri dalam melahirkan tenaga kerja teknikal untuk memenuhi keperluan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
PEMBERIAN IKHLAS: Wee menyampaikan cenderamata kepada Taib sambil disaksikan oleh ahli ACCCIS lain.
Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, masyarakat perniagaan Cina di Sarawak boleh membantu kerajaan negeri dalam misinya melahirkan pekerja berkemahiran teknikal SCORE.
Tambahnya, golongan perniagaan itu perlu menyedari tugas berat bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir yang tidak boleh ditanggung oleh kerajaan semata-mata.
“Kempen untuk mempromosikan bidang teknikal untuk mengetengahkan SOCRE dalam kalangan generasi muda akan giat dijalankan yang dijangka dimulakan hujung bulan ini, justeru kita mahu supaya genarasi muda merebut peluang yang ada di SOCRE dengan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Makan Malam anjuran ACCCIS di sini, malam kelmarin.
“Mereka boleh membantu dengan menggalakkan generasi muda mengikuti pendidikan teknikal,” katanya lagi.
Pada masa sama, Taib memberitahu kerajaan negeri sudah merancang untuk melancarkan kempen sebelum penghujung bulan ini untuk menarik lebih ramai golongan muda Bumiputera mengikuti latihan kemahiran teknikal.
“Kita mahu golongan muda memberi respons dan menukar tanggapan mereka terhadap pekerjaan teknikal ini,” tambahnya.
Selain itu, beliau berkata ACCIS perlu memainkan peranan dalam meneroka peluang perniagaan yang terbuka luas melalui kewujudan SCORE di negeri ini.
Jelasnya, penerokaan peluang perniagaan dalam wilayah SCORE itu untuk menarik pelabur melabur di situ tidak seharusnya diletakkan di bahu kerajaan sahaja.
“ACCCIS sebagai sebuah persatuan yang telah lama bertapak di negeri ini boleh membantu kerajaan dalam mengetengahkan lagi SCORE untuk menarik pelabur melabur dalam pelbagai sektor industri,” katanya.
Beliau turut menyarankan agar masyarakat Cina pada masa ini mencontohi ‘orang lama’ (masyarakat Cina dahulu) yang sentiasa berusaha gigih untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
“Bermula daripada bidang perniagaan kecil-kecilan, masyarakat Cina melangkah setapak demi setapak untuk membuka peluang peniagaan yang lebih besar sekali gus muncul antara peniaga yang berjaya.
“Kita mengagumi cara-cara mereka (masyarakat Cina) dalam menjalankan perniagaan, hasil usaha yang gigih kita membuahkan hasil dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat itu pada masa kini,” kata Taib.
Menurutnya lagi, perniagaan Sarawak mencatatkan bilangan tertinggi tersenarai dalam bursa saham berbanding negeri-negeri lain dengan hampir 30 buah syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia.
“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama kita semua tanpa mengira bangsa malah sektor perkayuan menyumbang kepada pendapatan paling besar yang mana Sarawak mempunyai tujuh syarikat perkayuan utama yang mempunyai aset melebihi 100 bilion dolar (AS),” ujarnya.
Hadir sama Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin dan Menteri Muda (Pembangunan Estet Perindustrian) Datuk Peter Nansian Ngusie, Presiden ACCCIS Datuk Wee Kok Tiong dan tetamu kehormat lain.
Sementara itu, majlis malam kelmarin merupakan kali pertama Chin bersua muka dengan Ketua Menteri pada majlis umum sejak Chin dilantik sebagai Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Chin yang merupakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sudah lama tidak kelihatan bersama Taib pada majlis umum sejak pemilihan ahli Majlis Tertinggi SUPP pada Disember lalu, bertemu juga selepas menjadi tetamu kehormat pada majlis tersebut.
Beliau yang tiba 30 minit sebelum kedatangan Taib, bagaimanapun enggan mengulas bagi mengesahkan sama ada majlis itu merupakan pertemuan pertama beliau bersama Taib pada majlis umum.
“No Comment, please, no comment (Tiada komen, tolong, tiada komen),” kata Chin.
Sementara itu, ketika ditanya apa yang akan dikatakan (bincang) dengan Taib, Chin berkata: “’No comment’ (tiada komen).”
Hasan Ali: 5 sebab Pas terus menyimpang
Wartawan Sinar Harian
9 Februari 2012
KUALA LUMPUR - Bekas naib presiden Pas Datuk Dr Hasan Ali, yang dipecat daripada parti itu 8 Januari lepas memberikan lima sebab kenapa beliau rela dilihat berpatah arang berkerat rotan dengan Pas.
Dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama, Hasan menggariskan sebab-sebab itu ialah:
- Pas meninggalkan perjuangan asalnya untuk menubuhkan sebuah Negara Islam dan menggantikannya dengan Negara Kebajikan, yang boleh dilaksanakan di mana-mana negara sekular dalam apa juga sistem dan amalan politik.
- Pas sudah hilang pendirian dan ketegasan yang boleh dihormati apabila diperkotakkatikkan oleh rakan sekongkolnya dalam pakatan pembangkang khasnya DAP sehingga menolak bulat-bulat Negara Islam.
- Pas terlalu ghairah memimpikan Putrajaya sehingga mengorbankan Islam dengan bersekongkol dengan DAP yang terang merupakan musuh Islam.
- Pemikiran ulama di dalam Pas yang ada sekarang sudah "dilarutkan" dengan kehadiran sebanyak 70 peratus "parasit" di dalam kepimpinannya yang membawa kepentingan politik berlainan daripada hala tuju Pas.
Hasan berkata, Pas kini sudah menyimpang jauh dan terus hanyut daripada perjuangan asalnya selagi parti itu berada dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
- Kesetiaan wakil rakyat Pas dalam Parlimen lebih besar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi perhatian besar dan hadir dengan ramai setiap kali ketua pembangkang itu berucap sedangkan ketika Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap, banyak bangku yang kosong.
Menjelaskannya, beliau berkata apa yang dijanjikan kepada masyarakat Islam di negara ini sebelum ini adalah penubuhan sebuah Negara Islam tetapi impian itu sudah mustahil untuk dicapai apabila pakatan pembangkang ditubuhkan dan Pas, atas pertimbangan kepentingan politik semata-mata, telah menyertainya.
"Yang kita dapat di Selangor sekarang, samalah akan terjadi di Putrajaya.
Kalau mereka (pembangkang) menang atas konfigurasi komponen (parti) yang ada, tak akan adalah Negara Islam, tak akan adalah hukum hudud. Begitu juga pelaksanaan Islam dalam ekonomi, sosial, pertanian dan dasar luar negara.
"Jadi bila gabung dengan DAP dan PKR, Pas tak boleh lagilah dengan negara Islam. Ketua Umum PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun tak berminat.
"Saya baru 15 tahun dalam Pas. Saya masuk Pas kerana saya nak Islam dan kepimpinan ulama iaitu 'tagline' Pas. Itu sebab utama saya masuk Pas. (Tapi) kepimpinan ulama tidak lagi dominan. Negara Islam tak ada lagi, jadi saya nak bergantung ke mana?" katanya.
Hasan, yang sebelum ini Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, berkata Pas terpaksa mengubah inti perjuangan kepada Negara Kebajikan.
"Negara Kebajikan semua negara boleh buat. Negara di Eropah misalnya, Norway, Sweden pun buat tetapi atas prinsip sekular, mereka tak nampak faktor agama.
"Dalam keadaan banyak umat Islam bergantung harapan kepada Pas, parti itu sendiri menolak Negara Islam. Alasan yang dahulunya dikatakan oleh Pas sendiri bahawa ia dituntut oleh Islam telah tiba-tiba diputar belitkan oleh Pas juga bahawa tiada disebut dalam al-Quran," katanya.
Menyentuh cita-cita Pas untuk menawan Putrajaya, Hasan berkata beliau tidak mempertikaikannya semasa masih berada di dalam parti itu tetapi tidak mahu Islam dikorbankan dalam usaha berkenaan.
"Orang Pas mungkin dah tak sabar nak jadi menteri, itu yang nak ke Putrajaya, itu agak sayalah, sampaikan prinsip perjuangan diketepikan. Dalam soal ini, saya tidak setuju.
"Saya dari awal lagi sudah menentang Negara Kebajikan ni. Walaupun Putrajaya itu penting tetapi mendaulatkan Islam, Melayu dan Raja adalah matlamat perjuangan politik kita," katanya.
Hasan berkata tarikan ke Putrajaya itu sangat kuat disebabkan Pas terus digula-gulakan dan dikipas oleh pemimpin parti pembangkang, dan banyak kepimpinan Pas sekarang rela memejamkan sebelah mata walaupun mereka mungkin sedar Pas sedang diperalatkan oleh rakan pakatan untuk mencapai cita-cita itu.
"Bila ke Putrajaya sekalipun, akan berlaku perebutan kuasa antara Pas, DAP dan PKR dalam kementerian-kementerian penting. Dalam pakatan pembangkang pun tak kukuh kerana ini sekadar gabungan tidak kukuh, dan bukannya desakan kemahuan ikhlas dan suci untuk mendaulatkan Islam.
Beliau juga berkata kepimpinan Pas perlu berubah dan membuat 'islah' kerana pelbagai prinsip di dalam parti itu dilihatnya sudah tidak betul.
Contohnya, Hasan berkata beliau dimaklumkan oleh rakan-rakan dalam parti bahawa apabila Abdul Hadi berbahas di Parlimen, tidak ramai yang berada di kerusi mereka tetapi berbeza apabila Anwar yang berucap, itu pula yang diberi perhatian penuh.
"Takkan kita dalam Pas, kesetiaan kita adalah kepada orang lain pula. Pada saya ini prinsip yang sangat tak betul. Prinsip berjemaah tak betul, prinsip berketua tak betul dan prinsip pengikut tak betul. Akhirnya prinsip mengurus organisasi tak betul dan ini yang berlaku sekarang.
"Saya dah gambarkan sebelum ini selepas menjadi kerajaan di Selangor selama tiga tahun dan 10 bulan dengan melihat semula kekuatan, kelemahan dan peluang.
"Saya boleh senaraikan 20 kelemahan tetapi pakatan pembangkang tak buat dan tak berani buat," katanya.
Hasan juga membidas Anwar kerana suka menimbulkan reaksi masyarakat dengan mengadakan demonstrasi.
"Bukan tak bagus demonstrasi tapi bukan semuanya sesuai untuk demonstrasi.
Akhirnya (negara) akan jadi anarki dengan masing masing mentafsir berdasarkan pemikiran masing-masing. Itupun perlu mengikut kehendak syariat," katanya.
Beliau mengakui diberitahu bahawa di dalam pakatan pembangkang apa juga perkara perlu dirujuk kepada Anwar dan akhirnya akan berlaku amalan autokratik dan dengan itu senang untuk 'menunggangi' Pas.
"DAP tak mudah ditunggangi," katanya.
Taib enggan campur tangan
by Sandy Mark Luna. Posted on February 5, 2012, Sunday
SUPP, SPDP perlu ambil inisiatif sendiri selesaikan masalah kepimpinan mereka
KUCHING: Dua parti komponen Barisan Negeri (BN) perlu meng-ambil inisiatif sendiri untuk menyelesaikan masalah kepim-pinan yang melanda parti tersebut.
CERIA: Taib memberi tanda ucap selamat kepada maskot kucing ketika tiba pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MBKS di Kuching, semalam. Turut kelihatan isterinya Ragad, Wong dan Chan (memegang maskot kucing).
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu, beliau memilih untuk tidak campur tangan dalam krisis yang melanda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kerana telah banyak memberikan panda-ngan dan nasihat sebelum ini.
“Bukannya saya mahu lepas tangan tetapi saya sudah banyak memberi nasihat kepada mereka (SUPP) namun kata-kata saya seolah-olah tidak relevan… (bagi masalah SPDP) biarkan mereka (untuk sementara waktu),” katanya.
Beliau yang merupakan Pengerusi BN Negeri berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini, semalam.
Disember lepas, Menteri Kanan yang juga bekas Timbalan Setiausaha Agung SUPP Dato Sri Wong Soon Koh bertindak memboikot Persidangan Delegasi Tiga Tahun Sekali parti yang diterajui Presiden baharu Datuk Seri Peter Chin kerana mendakwa terdapat penyelewengan dalam proses pemilihan cawangan parti.
Kumpulan Wong dianggotai oleh Ahli Parlimen Lanang Datuk Tiong Thai King, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin, ADUN Opar Ranum Mina, ADUN Simanggang Datuk Francis Harden Hollis, ADUN Bengoh Dr Jerip Susil dan ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong.
Manakala bagi SPDP, kesemua kumpulan berlima keluar parti sejurus penyingkiran Menteri Muda Bekalan Air dan Pertanian Datuk Sylvester Entri Muran yang juga ADUN Marudi.
Empat lagi anggota berkenaan ADUN Tasik Biru yang juga Menteri Muda Pembangunan Prindustrian Datuk Peter Nansian Ngusie, Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe, ADUN Bekenu Rosey Yunus dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang.
Mereka baru-baru ini juga menubuhkan Kelab Barisan Nasional (BN) untuk membolehkan mereka terus berkhidmat kepada rakyat dan kerajaan selain mendakwa, ramai yang keluar daripada SPDP untuk menyertai mereka.
Menurut Taib, fokus utamanya adalah memastikan tidak mahu ada sesiapa pun yang terkecuali dalam proses transformasi Sarawak.
Dalam perkara ini, katanya masyarakat Cina merupakan komponen penting dalam menjayakan matlamat tersebut memandangkan kaum itu lebih peka terhadap perubahan.
“Justeru saya berharap terdapat pergerakan yang mewakili masyarakat Cina dapat tampil untuk me-mainkan peranan dalam perkara ini,” katanya.
Turut hadir isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Datuk Bandar MBKS James Chan.
Bunyi aneh mungkin berpunca daripada aktiviti kilang sawit
Posted on February 3, 2012, Friday
PUTRAJAYA: Penemuan awal siasatan ke atas bunyi aneh di Kota Samarahan dipercayai berkemungkinan besar berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh kilang kelapa sawit milik FELCRA di Kampung Endap.
Perkara ini telah dinyatakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof dalam kenyataan medianya semalam.
Menurut Fadillah, perkara ini telah disahkan oleh Penolong Pengurus kilang sawit berkenaan Yusmizan Desa.
Pihak kilang telah menjalankan penentu ukuran (setting) dan pengujian tekanan dandang secara automatik yang mengakibatkan pelepasan wap akibat lebihan tekanan.
Berikutan proses tersebut ia telah menghasilkan bunyi yang didakwa sebagai ‘ngauman langit’ oleh penduduk setempat sehingga menimbulkan pelbagai andaian.
Bagaimanapun menurut Fadillah, analisis saintifik dan pencirian frekuensi yang sedang dilakukan akan diteruskan bagi tujuan pengesahan secara saintifik.
Susulan laporan bunyi yang tidak diketahui sumbernya pada 11 dan 12 Januari 2012 lepas, satu Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit telah diwujudkan di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dan MOSTI bagi tujuan menyiasat aduan yang telah dibuat.
Antara andaian oleh penduduk setempat ialah mengaitkan bunyi ngauman tersebut dengan kejadian gempa bumi di Sumatera dan High Frequancy Active Auroral Research Programme (HAARP) yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Namun begitu, siasatan jawatankuasa mendapati kedua-dua andaian tersebut tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan bunyi ngauman tersebut. Jawatankuasa Siasatan telah menggunakan beberapa metodologi dalam siasatan seperti menemu bual saksi-saksi kejadian, mengenal pasti sumber-sumber potensi punca bunyi dan melakukan siasatan berkaitan, mendapatkan khidmat pakar tempatan untuk menganalisis audio bunyi berkenaan dan analisis maklum balas yang diterima daripada orang ramai.
Datuk Seri Ibrahim Mahmud meninggal pagi tadi
by Jessica Jawing. Posted on February 3, 2012, Friday
KUCHING: Adik Ketua Menteri, Datuk Seri Ibrahim Mahmud, meninggal dunia akibat serangan angin ahmar pada jam 8.10 pagi 2 Februari 2012..
Allahyarham Ibrahim, 69, yang juga anak kedua dari 10 adik beradik, meninggal dunia di Hospital Pakar Kuching di sini.
Anak kedua selepas Pehim Sri Abdul Taib itu, merupakan seorang ahli perniagaan juga bekas superitenden polis Samarahan.
Allahyarham Ibrahim yang meniggalkan seorang balu, Datin Seri Hajijah Abdullah dan lima orang 3 anak serta 14 cucu akan dikebumikan di tanah perkuburan Demak Jaya selepas solat Zohor hari ini. Anak sulung beliau adalah Dato Ahmad Bin Ibrahim yang merupakan Ketua Pemuda Parti PBB Cawangan Batu Kawah.
Kelab pecah belah Barisan Nasional, kata Ngau
by Clare Cinderella. Posted on February 1, 2012, Wednesday
Usaha segelintir pihak mahu tubuh Kelab Penyokong UMNO kurang disenangi dan dianggap tidak logik
MIRI: Usaha segelintir pihak yang mahu menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di utara negeri ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) di sini, yang menganggap usaha itu boleh memecahbelahkan perpaduan di kalangan penyokong BN kerana UMNO tidak wujud di Sarawak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, isu itu boleh menjadi sesuatu yang sensitif jika ada yang salah faham mengenai penubuhannya, terutama jika ada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan ketika ini.
Katanya, ketika ini semua mata tertumpu dengan usaha wakil rakyat BN yang tidak berparti menubuhkan Kelab Penyokong BN dan jika kelab ini diterima umum, maka mereka juga terpaksa menerima Kelab Penyokong UMNO dan kemudian akan ada lagi kelab-kelab lain yang tidak pasti keperluannya.
“Keduanya kita perlu lihat, adakah Kelab Penyokong UMNO ini ditubuhkan dengan ikhlas mahu menyokong BN Negeri ini atau sekadar untuk menguji?
“Sedangkan kita tahu dan sudahpun dijelaskan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa UMNO tidak akan masuk ke Sarawak walaupun sebelumnya ada usaha-usaha cuba membawa masuk UMNO ke Sarawak.
“Justeru apabila kita mendengar pula kelab ini ditubuhkan, apakah tujuan mereka,” katanya.
Menurut Dennis beliau secara peribadi merasakan bahawa kelab seumpama itu tidak perlu ditubuhkan bagi mengelak salah faham atau kekeliruan di kalangan penyokong BN sendiri.
“Jika bekas ahli-ahli PKR ini benar-benar mahu menyokong kerajaan maka mereka boleh menyertai mana-mana parti kompenan BN yang ada di negeri ini.
“Kita amat mengalu-alukan penyertaan mereka, tak perlulah bagi mereka menubuhkan kelab yang bermacam-macam yang boleh mengeruhkan lagi keadaan,” tambah beliau.
Dennis memberitahu demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar ini semalam yang menyatakan bekas orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR), kini sedang dalam usaha menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di Miri.
Timbalan Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Jaya Ramba yang telah meletak jawatan secara rasmi dalam parti pembangkang itu pada 5 Januari lalu, kelmarin memberitahu Utusan Borneo bahawa beliau kini sudah mempunyai senarai nama 3,000 penyokong yang akan menjadi ahli kelab itu, yang dijangka dilancarkan dalam sedikit masa lagi.
Bagi seorang pemimpin sebuah parti komponen BN peringkat cawangan di sini, usaha menubuhkan kelab tersebut dilihat bukan membantu mengukuhkan lagi BN di Miri tetapi ia tidak ubah seperti ‘musuh dalam selimut’.
“Memang benar UMNO adalah parti BN, malah merupakan tunjang belakang kerajaan BN. Namun apa yang menjadi persoalan di sini ialah, UMNO itu sendiri tidak wujud di Sarawak, malah pemimpin tertinggi UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membenarkan UMNO mengembangkan sayapnya di Sarawak, jadi apa pula logiknya kelab penyokong UMNO di sini?
“Malah ia seolah menentang atau melanggar arahan pemimpin parti itu sendiri.
“Jika ia tidak direstui bermakna ia tidak sah? Bukankah ini nanti akan mewujudkan satu kekeliruan di kalangan penyokong BN itu sendiri dan boleh diambil kesempatan oleh pembangkang,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika dihubungi dari sini, semalam enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu sebaliknya berkata ia terpulang kepada individu itu sendiri sama ada mahu menubuhkan kelab berkenaan dengan niat yang baik atau sebaliknya.
“Terpulang kepada individu itu sendiri. Yang penting sesebuah kelab yang hendak ditubuhkan perlulah berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Kalau ia disahkan terpulang (untuk menubuhkannya) tetapi jika ia tidak disahkan, bermakna adalah salah untuk menubuhkan kelab seperti itu kerana ia diharamkan,” tambahnya.
Ahmad Lai berkata beliau tidak menyokong, namun tidak pula menentang, terutama jika ditubuhkan secara sah dan direstui.
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants